Tuesday, November 27, 2012

Bekerja Semula

3 Mei 2012 - Khamis

Hari ni Ibu masuk office semula untuk bekerja. Alhamdulillah Ibu dah makin sihat. Dah boleh buat kerja dah. Tapi masih dalam keadaan berhati-hati. Di pejabat, semua kawan-kawan Ibu bertanyakan keadaan Ibu. Ibu pun cerita la pengalaman Ibu.

Sebulan Ibu tak masuk office. Banyak juga Ibu kena update. Staff baru pun ramai juga. Ibu rasa macam jadi pekerja baru pulak. Banyak yang Ibu kena belajar balik. Tapi tak pe, Ibu kan hebat!

Sebelum balik rumah, Ibu dapat hadiah dari kawan-kawan office Ibu. Ibu dapat pati ayam brand's dengan kad wish supaya cepat sembuh. Terharu... Terima kasih semua.. =)


~Ibu~

Follow Up Lucrin

18 April 2012 - Rabu

Hari ni Ibu kena jumpa doktor yang cucuk lucrin kat Ibu. Dia nak follow up keadaan kesihatan Ibu. Bila dah sampai Daycare HUKM, Ibu dan Ayah terpaksa tunggu doktor sebab doktor ada di operation theater. Lama juga kami tunggu doktor. Dari pukul 8am sampai la hampir pukul 11am. Lama tau.. kesian Ayah sebab tunggu lama. Dah la kerja masa tu.

Tunggu punya tunggu, doktor Ibu masih belum datang lagi. Nak tak nak, doktor lain yang check Ibu. Ok la daripada tak check langsung kan. Bila Ibu dah balik rumah, doktor telefon Ibu untuk minta maaf sebab dia ada kes kecemasan tadi. Tak pe la doktor.. saya faham. Dia ada juga la tanya sikit-sikit berkenaan kesihatan Ibu. Alhamdulillah... semuanya OK.

4 Mei 2012 - Jumaat

Sekali lagi Ibu kena jumpa doktor untuk follow up dengan doktor lucrin. Kali ni Ibu dapat jumpa doktor yang Ibu tunggu masa temujanji yang lepas. Ibu dan Ayah tak tunggu lama pun. Doktor tanya beberapa soalan. Ibu bagitahu doktor, sepanjang tempoh lucrin ni badan Ibu asyik panas je. Mood pun swing. Miss V pulak tersangat la kering. Doktor bagitahu itu normal untuk pesakit yang ambil ubat lucrin ni.

Alhamdulillah... kesihatan Ibu makin OK. Sebelum balik doktor ambil darah Ibu. Kemudian Ayah hantar Ibu pergi kerja. Semua berjalan lancar buat sementara waktu. Syukur..


~Ibu~

Monday, November 26, 2012

Masa Untuk Berehat

2 April 2012 - 15 April 2012

Dalam tempoh ni Ibu diberi cuti sakit untuk berehat. Lepas je operate, Ibu berehat kat Ipoh sampai la habis cuti sakit Ibu. Bila habis cuti, Ayah bawa Ibu balik Kuala Lumpur semula. Seronok.. tapi yang tak seronoknya luka Ibu belum sembuh sepenuhnya. Ibu tak dapat jalan betul-betul lagi. Masih lagi macam kura-kura. Huhu

16 April 2012 - Isnin

Disebabkan Ibu tak sihat sepenuhnya lagi, Ayah bawa Ibu jumpa doktor balik kat HUKM. Bila jumpa doktor, nurse bersihkan luka Ibu. Lepas tu doktor bagi cuti sakit lagi dekat Ibu selama 2 minggu lagi. So, jadinya sebulan la Ibu cuti sakit. Seronok!!! Dalam tempuh sebulan, memang Ibu berpantang dari segi makanan sebab takut luka lambat sembuh.

Alhamdulillah. Lepas sebulan Ibu dah sembuh walaupun luka masih belum 100% pulih. Tapi tak la jalan macam kura-kura lagi. Terima kasih dekat Ayah sebab menjaga Ibu tanpa jemu selama Ibu sakit. Termasuk la Mak dan Baba Ibu. Ibu Saaaaaayang Ayah!

~Ibu~


Monday, November 5, 2012

Check Out Time

4 April 2012 - Rabu

Tiba-tiba lebih kurang pukul 5.30 pagi Ibu terjaga dari tidur yang panjang. Ibu terasa katil Ibu siap ada halang, pastu tinggi sikit. Ni sebab Ibu tak bangun langsung lepas bedah semalam. Masa tu Ibu terasa nak buang air kecil. Mujur masa tu nurse tengah round untuk ambil tekanan darah. So, Ibu cakap la Ibu nak ke toilet. Ibu minta tolong untuk papah Ibu. Sebab Ibu terasa sakit kat tempat bedah tu. Nurse tu pun bantu Ibu tegakkan katil. Terus Ibu rasa melayang. Mana taknye.. Hampir 24 jam Ibu tidur. Tiba-tiba bangun, rasa pening sangat-sangat. Bila dah stabil sikit, nurse bawak Ibu pergi toilet guna kerusi roda. Lega rasanya dapat buang air. Lepas tu Ibu tak boleh tidur dah. Rasa puas sangat dapat tidur lama.

Hari dah terang, semua nurse kemaskan semua katil pesakit. Doktor buat round, bila turn Ibu, doktor senyum tanya Ibu ok ke tak. Ibu ok.. cumanya Ibu dahaga, lapar. Sebelum doktor Natasha datang, nurse tak bagi Ibu breakfast, minum air pun tak boleh lagi. Sedih sangat tau. Katanya kena tunggu arahan doktor. Tapi lepas doktor Natasha datang, doktor bagitahu Ibu dah boleh makan dan minum. Tapi kena mulakan dengan soft diet. Contohnya minum milo, makan sup atau pun bubur.

Ibu pun cepat-cepat la SMS Ayah pesan suruh beli milo. Sebab Ibu tahu lunch nanti confirm Ibu tak dapat makan makanan hospital tu. Masa lunch Ayah datang bawa milo. Alhamdulillah lega rasanya tekak Ibu. Habis mulut Ibu pecah-pecah sebab terlalu kering. Waktu lunch, doktor datang untuk tanya perkembangan Ibu. Doktor tunjuk gambar dalam perut Ibu sebelum dan selepas pembedahan. Ngeri.. ngilu.. semua Ibu rasa. Tapi rasa lega sebab ketulan endo dah dibuang. Sembang-sembang dengan doktor, dia bagitahu Ibu dah boleh keluar hospital petang ni. Yeay... rasa nak lompat-lompat je masa tu. Cepat-cepat SMS Ayah bagitahu. =)

Taaaaapi... sebelum Ibu balik, doktor ada bagitahu Ibu kena ambil ubat hormon yang dipanggil LUCRIN. Ubat ni untuk berhentikan sekejap period Ibu. Doktor nak sembuhkan semua luka Ibu dulu. Dalam masa yang sama untuk hilangkan saki baki endo dalam perut Ibu. Doktor lucrin datang jumpa Ibu bagi serba sedikit penerangan. Ibu faham dan Ibu terima.

Bila waktu melawat sesi petang, Ayah datang jumpa Ibu untuk bawa Ibu balik rumah. Mak Ibu siap-siapkan Ibu, kemaskan barang-barang Ibu. Tiba-tiba doktor datang bawak jarum besar. Menakutkan betol la jarum lucrin tu. Disebabkan nak balik, Ibu relakan muntot Ibu kene cucuk. Errmmm... takde la sakit sangat pun. hehehe dah selesai kemas, Ibu balik. Ayah yang tolong settlekan urusan keluar ward. Alhamdulillah.. keluar juga Ibu dari hospital. Bye bye doktor.. bye bye nurse..

Ibu balik dengan hati yang gembira. Tapi jalan macam kura-kura. Slowwwww sangat. Bila dalam kereta, mulut Ibu membebel dekat Ayah. Mana taknya, bawak kereta macam orang gila. Masa tu kami pakai kereta kancil je. Bila masuk je lubang, berdenyut-denyut tempat operate Ibu. huhuhu Finally... sampai juga rumah Ibu. Yeay!

Bila di rumah pulak, Ayah sibuk tolong kemaskan baju-baju Ibu untuk balik Ipoh. Mak & Baba Ibu kena balik Ipoh malam tu jugak. Disebabkan takde siapa yang nak jaga Ibu di KL, Ibu terpaksa la ikut mereka balik ke Ipoh. Ibu berehat sekejap, lepas tu kami pun pulang la ke Ipoh. Ibu sedih tinggalkan Ayah sorang-sorang kat KL. Tak terubat lagi rindu Ibu di hospital, dah kena berpisah lagi. Tapi nak buat macam mana. Terpaksa la Ibu terima. Ayah janji hujung minggu nanti Ayah akan balik Ipoh jumpa Ibu. Yeay!

Dalam perjalanan balik Ipoh, Ibu tidur je. Tapi tak selesa. Kejap-kejap terjaga sebab terhentak sikit, terasa sakitnya. Bila dah sampai Ipoh, Ibu terus tidur. Penat rasanya hari ni. Dalam masa yang sama Ibu masih teringatkan Ayah.. Kesian Ayah kena duduk rumah sorang-sorang. Ibu sayang Ayah sangat-sangat!

~Ibu~

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers