4 April 2012 - Rabu
Tiba-tiba lebih kurang pukul 5.30 pagi Ibu terjaga dari tidur yang panjang. Ibu terasa katil Ibu siap ada halang, pastu tinggi sikit. Ni sebab Ibu tak bangun langsung lepas bedah semalam. Masa tu Ibu terasa nak buang air kecil. Mujur masa tu nurse tengah round untuk ambil tekanan darah. So, Ibu cakap la Ibu nak ke toilet. Ibu minta tolong untuk papah Ibu. Sebab Ibu terasa sakit kat tempat bedah tu. Nurse tu pun bantu Ibu tegakkan katil. Terus Ibu rasa melayang. Mana taknye.. Hampir 24 jam Ibu tidur. Tiba-tiba bangun, rasa pening sangat-sangat. Bila dah stabil sikit, nurse bawak Ibu pergi toilet guna kerusi roda. Lega rasanya dapat buang air. Lepas tu Ibu tak boleh tidur dah. Rasa puas sangat dapat tidur lama.
Hari dah terang, semua nurse kemaskan semua katil pesakit. Doktor buat round, bila turn Ibu, doktor senyum tanya Ibu ok ke tak. Ibu ok.. cumanya Ibu dahaga, lapar. Sebelum doktor Natasha datang, nurse tak bagi Ibu breakfast, minum air pun tak boleh lagi. Sedih sangat tau. Katanya kena tunggu arahan doktor. Tapi lepas doktor Natasha datang, doktor bagitahu Ibu dah boleh makan dan minum. Tapi kena mulakan dengan soft diet. Contohnya minum milo, makan sup atau pun bubur.
Ibu pun cepat-cepat la SMS Ayah pesan suruh beli milo. Sebab Ibu tahu lunch nanti confirm Ibu tak dapat makan makanan hospital tu. Masa lunch Ayah datang bawa milo. Alhamdulillah lega rasanya tekak Ibu. Habis mulut Ibu pecah-pecah sebab terlalu kering. Waktu lunch, doktor datang untuk tanya perkembangan Ibu. Doktor tunjuk gambar dalam perut Ibu sebelum dan selepas pembedahan. Ngeri.. ngilu.. semua Ibu rasa. Tapi rasa lega sebab ketulan endo dah dibuang. Sembang-sembang dengan doktor, dia bagitahu Ibu dah boleh keluar hospital petang ni. Yeay... rasa nak lompat-lompat je masa tu. Cepat-cepat SMS Ayah bagitahu. =)
Taaaaapi... sebelum Ibu balik, doktor ada bagitahu Ibu kena ambil ubat hormon yang dipanggil LUCRIN. Ubat ni untuk berhentikan sekejap period Ibu. Doktor nak sembuhkan semua luka Ibu dulu. Dalam masa yang sama untuk hilangkan saki baki endo dalam perut Ibu. Doktor lucrin datang jumpa Ibu bagi serba sedikit penerangan. Ibu faham dan Ibu terima.
Bila waktu melawat sesi petang, Ayah datang jumpa Ibu untuk bawa Ibu balik rumah. Mak Ibu siap-siapkan Ibu, kemaskan barang-barang Ibu. Tiba-tiba doktor datang bawak jarum besar. Menakutkan betol la jarum lucrin tu. Disebabkan nak balik, Ibu relakan muntot Ibu kene cucuk. Errmmm... takde la sakit sangat pun. hehehe dah selesai kemas, Ibu balik. Ayah yang tolong settlekan urusan keluar ward. Alhamdulillah.. keluar juga Ibu dari hospital. Bye bye doktor.. bye bye nurse..
Ibu balik dengan hati yang gembira. Tapi jalan macam kura-kura. Slowwwww sangat. Bila dalam kereta, mulut Ibu membebel dekat Ayah. Mana taknya, bawak kereta macam orang gila. Masa tu kami pakai kereta kancil je. Bila masuk je lubang, berdenyut-denyut tempat operate Ibu. huhuhu Finally... sampai juga rumah Ibu. Yeay!
Bila di rumah pulak, Ayah sibuk tolong kemaskan baju-baju Ibu untuk balik Ipoh. Mak & Baba Ibu kena balik Ipoh malam tu jugak. Disebabkan takde siapa yang nak jaga Ibu di KL, Ibu terpaksa la ikut mereka balik ke Ipoh. Ibu berehat sekejap, lepas tu kami pun pulang la ke Ipoh. Ibu sedih tinggalkan Ayah sorang-sorang kat KL. Tak terubat lagi rindu Ibu di hospital, dah kena berpisah lagi. Tapi nak buat macam mana. Terpaksa la Ibu terima. Ayah janji hujung minggu nanti Ayah akan balik Ipoh jumpa Ibu. Yeay!
Dalam perjalanan balik Ipoh, Ibu tidur je. Tapi tak selesa. Kejap-kejap terjaga sebab terhentak sikit, terasa sakitnya. Bila dah sampai Ipoh, Ibu terus tidur. Penat rasanya hari ni. Dalam masa yang sama Ibu masih teringatkan Ayah.. Kesian Ayah kena duduk rumah sorang-sorang. Ibu sayang Ayah sangat-sangat!
~Ibu~
No comments:
Post a Comment