Monday, November 4, 2013

Status Bertukar Secara Rasminya

16 Julai 2013 - Selasa

Alhamdulillah anak Ibu dah selamat lahir ke dunia ni. Mata, hidung, tangan, kaki, mulut, badan anak Ibu semuanya cukup takde apa yang cacat. Syukur kerana semuanya sempurna. Rasa tak percaya status Ibu dan Ayah dah bertukar secara rasminya harini bila anak Ibu dah lahir.

Kami masih rasa macam tak percaya sebab sebelum ni kami hidup berdua je. Tapi harini dah bertiga. Tanggungjawab makin besar, makin berat, makin banyak kerja yang perlu diuruskan, makin banyak komitmen. Tapi kami terima amanah Allah ni dengan tangan terbuka. Sebab selama 2 tahun kami bersabar menunggu kehadiran permata hidup kami ni.

In syaa Allah Ibu dan Ayah akan jalankan tanggungjawab kami dengan sebaik mungkin. In syaa Allah kami akan didik kamu sayang ke jalan Allah dan In syaa Allah kami akan beri yang terbaik untuk cahaya mata kami ni kerana kami saaaaaayang kamu wahai ANAK!

~Ibu~

Monday, September 23, 2013

Welcome to The World My Boy!

Introducing Our Baby...




                                                                                  16 Julai 2013 / Selasa / 7 Ramadhan
                                                                                                           Boy
                                                                                                        2.56kg
                                                                                                        Normal
                                                                                                     @PPUKM

Anugerah Allah yang tak ternilai.. TQ Allah..

Pesanan untuk anak Ibu:
  • Jadi anak yang soleh
  • Beriman kepada Allah
  • Taat kepada Ibu dan Ayah / Hormat orang tua
  • Jadi orang yang berguna
  • Be a good and clever boy
  • Pilot wannabe (In Syaa Allah)

~Ibu~

Dup Dap Dup Dap

15 Julai 2013 - Isnin

Ayah bawa Ibu ke HUKM sebab Ibu rasa dah tak selesa. Kejap kejap mengeras kejap ok.. Nak tak nak, Ibu kena pergi hospital jugak untuk kepastian. On the way ke hospital, Ibu suruh Ayah berhenti dekat Petronas sebab Ibu nak terkencing

Dah selesai buang air, Ayah pecut ke HUKM. Tapi Ibu suruh Ayah drive slow slow. Ibu ok lagi.. jangan kelam kabut. Huhu.. very relax kan? Yesss... memang Ibu relax sangat-sangat masa tu. Ibu tak rasa sakit sangat masa tu.

Sesampai di HUKM, Ibu daftar di kaunter emergency. Nurse tanya sikit-sikit, then Ibu kena check urine. Doktor panggil Ibu masuk bilik untuk check baby dan Ibu. Ibu kena baring... Nurse pasang CTG kat perut Ibu. Gedeguk gedegak bunyi jantung anak Ibu. Bila sakit datang, bunyi jantung anak Ibu laju. Nurse biarkan Ibu baring sekejap untuk berehat.

Tak lama lepas tu, doktor datang check perut Ibu. Ditekan-tekan perut Ibu sebab nak rasa kedudukan baby. Doktor bagitahu kepala baby masih tinggi lagi. Tapi why Ibu dah rasa sakit? Doktor bagitahu dia nak buat VE (seluk dalam miss V untuk check bukaan). Ibu ngeri bila doktor nak seluk. Sakit!!! Tapi bila Ibu relax dan bertenang, it should be ok. Doktor check, doktor bagitahu dah terbuka 5cm. Hah??? Ibu tak terasa sakit sangat pon dah buka 5cm? Confirm Ibu kena masuk labour room terus ni.

Dan memang tepat tekaan Ibu.. Nurse cucuk drip kat tangan Ibu siap-siap. Ibu tunggu kat depan sekejap, then nurse tolak Ibu guna wheel chair ke labour room. Dalam hati Ibu excited sangat. Tapi dalam hati kecil Ibu, Ibu nervous sangat-sangat. Ibu masih boleh tersenyum macam tak de apa-apa yang akan berlaku lepas ni. Sedangkan kejap lagi Ibu dah kena bertarung nyawa untuk lahirkan baby sulung Ibu.

10 pm - Sesampai di labour room, nurse masukkan ubat uk uk untuk bagi Ibu uk uk. Tak sampai 5 minit, segala makanan semua keluar. Usus Ibu dah kosong. Ibu kena tukar baju, pakai baju hospital warna putih. Sekali lagi Ibu kena seluk. Memang 5cm dah terbuka. Tak lama lepas tu, doktor datang bagi penerangan kat Ibu sebab dia nak pecahkan air ketuban. Nurse pasang CTG.. Doktor seluk, dan pecahkan air ketuban. Banyak sangat air keluar. Terasa panas je air ketuban mengalir. Legaaaa... Perut Ibu dah kempis sikit. Ibu rasa ringan je..

Taaaaaapi... lepas air ketuban pecah, contraction Ibu makin kerap. Nurse cakap kalau terasa sakit, sedut gas. Kalau dahaga, boleh minum air kosong yang dia bagi tu. Bila contraction tu datang, CTG jadi laju. Bacaannya pun jadi tinggi. Ayah peneman Ibu dari mula Ibu masuk labour room. Bila sakit contraction datang, Ayah usap-usap kepala Ibu, tenangkan Ibu, bagi kekuatan untuk tahan sakit. Ibu pun apa lagi, genggam tangan Ayah sekuat hati. Memang sakit.. sakit sangat-sangat. Sekejap-sekejap nurse datang check bukaan.

16 Julai 2013 - Selasa

3 am - Nurse check bukaan... Tapi baru buka 6cm.. Ya allah.. punya la lama Ibu tahan sakit, baru buka 6cm je? Tunggu punya tunggu, sakit punya sakit, tahan punya tahan, check punya check, sedut gas punya pasal, Ibu rasa nak muntah. Weeeekkkkk..... Ibu tak tahan bau gas tu sampai termuntah 3 kali. Nasib baik Ayah tolong Ibu ambil plastik muntah.

4 am - Rahim Ibu makin terbuka... 7cm... 8cm... 9cm... Nurse... Doktor.. semua dah get ready. Ibu makin sakit. Gap contraction makin dekat. Ibu dah berpeluh-peluh masa tu. Sedangkan dalam bilik tu ada aircond yang sangat kuat. Emosi Ibu terganggu sekejap bila Ibu dengar orang sebelah (cina) pun nak beranak juga. Tapi dia menjerit jerit bila contraction datang. Sampai dia bergaduh dengan husband dia. Huhu Syukur Ibu tak sampai tahap bergaduh dengan Ayah. Sebab Ibu tahu kalau Ibu menjerit, Ibu takde tenaga untuk push baby nanti.

4.40 am (agak-agak je) - Bukaan Ibu dah 10cm.. Nurse dan doktor ambil tempat masing-masing. Kiri Ibu nurse jaga. Kanan pulak doktor. Ayah duduk sebelah kanan juga sebelah doktor. Bibir Ibu sentiasa mengucap dan baca ayat-ayat al quran yang Ibu ingat masa tu untuk kurangkan kesakitan Ibu. Doktor dan nurse suruh Ibu push bila contraction datang. Nasib baik Ibu dah belajar cara-cara pernafasan untuk push. Ibu pun push dan teran sekuat hati. Bila contraction dah slow, Ibu berehat, Ibu minum air untuk dapatkan tenaga. 2 3 kali Ibu push, nurse bagitahu dah nampak kepala baby. Dimain-mainnya rambut anak Ibu. Tu buatkan Ibu lagi tak sabar nak tengok muka anak Ibu.

4.53 am - Sekali lagi 2 3 kali push, sekali gedebuk... Ibu terasa seperti ada benda yang besar keluar dari rahim Ibu. Alhamdulillah... Ibu dah berjaya keluarkan anak Ibu. Ibu dengar suara anak nangis.. Sebak rasanya.. Terus Ayah cium dahi Ibu ucap Alhamdulillah.. Nurse tanya Ibu, baby boy or girl? Ibu nampak bird-bird baby.. confirm la BOY.. Nurse letak atas dada Ibu sekejap bagi baby bau badan Ibu. So nanti baby tahu la siapa Ibunya. Anak Ibu nangis sikit je lepas keluar dari perut Ibu. Lepas tu sambung tidur balik kat bawah warmer. Anak Ibu penat ye sayang.. Sementara nak tunggu nurse jahit luka Ibu, Ayah azankan baby. Anak Ibu comel sangat-sangat.

faizatunaim
Ayah azankan baby
Selesai jahit luka, nurse bagi baby dekat Ibu untuk breastfeeding. Anak Ibu clever boy.. Ibu sua puting, baby terus buka mulut. Walaupun masa tu tak keluar susu lagi, tapi Ibu happy sangat sebab baby dah pandai cari puting. Dalam masa yang sama, Ibu makan dan minum untuk ganti balik tenaga yang dah digunakan tadi.

Clever Boy nak minum susu
7.30 am - Ibu dan baby ditolak ke wad pula. Happy sangat-sangat sebab baby duduk dengan Ibu 24 jam. Baby sentiasa ada dengan Ibu.

Bermula lah kehidupan Ibu menjaga anugerah Allah ni sebaik-baiknya. Bermulalah juga kehidupan Ibu dan Ayah sebagai penjaga baby. Tanggungjawab Ibu dan Ayah makin besar dan berat. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu ini. Selama 2 tahun Ibu tunggu untuk merasa saat-saat manis ni. Hilang rasa sakit bersalin tadi bila tengok muka suci anak Ibu ni.

Nanti Ibu cerita kisah Ibu dengan baby masa dalam wad pula ye..

~Ibu~


Thursday, September 12, 2013

1st Day Cuti & Baby Signal

15 Julai 2013 - Isnin

Hooreyyy... Ibu dah mula cuti. Boleh Ibu bangun lambat sikit. Berehat dan relax-relax. Tak de la Ibu rushing-rushing nak ke office. Harini Ibu sempat mengemas rumah sikit-sikit. Ibu tak larat nak buat banyak-banyak sebab Ibu cepat penat sekarang ni. Ye laaa.. nak ke mana-mana, mesti usung bawak perut yang besar ni. Kadang-kadang tu terasa gak perut Ibu ni mengeras. Bila rasa macam tu, Ibu berehat.

Lepas Ayah balik sekolah, Ayah ajak pergi KL Festival. Ibu pun ok je sebab nanti boleh pergi bazar ramadhan untuk cari makanan berbuka. Sebelum ke KL Festival, Ayah singgah beli sup mamak kat Genting Klang. Baunya... harum sungguh. Tak sabar nak berbuka. Huhu

Sampai KL Festival, tujuan utama adalah untuk beli bear Tigger untuk anak Ibu ni. Pusing punya pusing kat parkson, jumpa Tigger yang diidamkan. Ayah bagitahu baby, kalau baby nak keluar dah pun boleh dah ni.. sebab semua barang baby dah lengkap. Selesai buat pembayaran, Ibu ajak Ayah balik sebab Ibu terasa kerap pulak perut ni mengeras. Lagi pun pinggang Ibu dah sakit sangat-sangat ni. Dah tak larat nak jalan lagi dah. Ayah ada tanya Ibu, nak pergi hospital ke tak? Tapi Ibu cakap, kalau nak pergi pun kita tunggu malam lepas berbuka. Sebab Ibu takut kena tahan wad. Hehehe

Waktu berbuka, Ibu tak berselera sangat nak makan sebab Ibu susah hati fikirkan perut yang asyik mengeras ni. Maybe baby dah bagi signal kat Ibu. Huhu Ok baby... malam nanti kita pergi hospital ye sayang...

.....bersambung.....


~Ibu~

Last Day Bekerja

13 Julai 2013 - Sabtu

Omai!! Harini Ibu last bekerja. Esok Ibu dah mula cuti then tunggu masa untuk bersalin. Kejap je masa berlalu. Harini kat office Ibu tak buat kerja sangat. Ibu banyak habiskan masa dengan mengemas workstation Ibu. Fuhhh.. letih gak. Tapi sempat jugak Ibu settlekan semuanya.

Petang pula Ayah ajak berbuka kat rumah mak ngah kat kuala selangor. So kat sana Ibu berbuka ayam & ikan bakar. Emmm... sedapnye..

Lepas berbuka nenek suruh tidur sana. Alahai... Ibu tak bawak apa-apa baju pun. Tapi at last, Ibu bermalam juga kat sana. Bukan apa.. Ibu takut Ibu nak bersalin nanti. Sekarang ni Ibu dah kena berjaga-jaga. Anytime baby boleh keluar. Nenek kata, kalau rasa nak beranak dah, semua orang boleh hantar Ibu ke hospital. Hohoho... baby jangan keluar lagi ye. Tunggu masa yang sesuai baru keluar ok..

Esok pagi baru balik KL balik.

* Anak Ibu, sila bersabar ye sayang..

~Ibu~

Iftar @ Vistana

11 Julai 2013 - Khamis

Semalam anak Ibu berjaya puasa 1 hari. Yeaayy.. good boy.. Harini puasa hari kedua, kite berbuka kat Vistana Hotel pulak k.. Iftar ni dengan officemate Ibu. Tapi Ayah pun ikut sekali. Emmm... sedap makanan-makanan kat sana. Ibu makan selagi boleh. Kalau boleh, semua nak makan sebab nanti dalam pantang, confirm tak dapat makan dah. Selected makanan je bole makan.

Lama juga Ibu dan Ayah makan kat sana. Dari waktu berbuka, sampai la pukul 9 malam. Haaa.. lama kan? Makanan yang paling sedap mesti la kambing golek. Wah... Ibu siap minta lebih lagi. Hehehe Ayah pulak ulang makan kambing 2 3 kali. Ibu kenyang sangat-sangat. Mesti anak Ibu tertidur sebab kekenyangan kan? hehehe

Officemate Ibu


~Ibu~

Check up yang terakhir kali kah?

10 Julai 2013 - Rabu

Harini Ibu ada check di HUKM. Maybe untuk kali yang terakhir. Siapa tahu kot minggu depan dah bersalin. Puas Ibu pujuk Ayah untuk teman Ibu pergi check up dari awal pagi sampai habis. Tapi Ayah tetap dengan pendiriannya. Ayah suruh Ibu drive pergi hospital dulu. Nanti dah habis kelas waktu pagi baru Ayah jumpa Ibu dekat hospital.

Oh no! Ibu kena drive sorang-sorang pergi hospital? Nak tak nak, Ibu kena pergi jugak. Dalam kereta otw ke hospital, Ibu sembang dengan baby je. Suruh behave sikit masa Ibu tengah drive.

Sampai hospital, Ibu tunggu pukul 8 baru buka untuk register. Ibu buat semua tu sendiri. Macam biasa la.. check berat, tekanan darah, check urine. Dalam kertas nurse tak tick untuk scan. So Ibu terus duduk depan bilik doktor. Sambil tu tunggu Ayah sampai. Berat Ibu kali ni 48kg. Emm... not bad..

Bila Ayah sampai, Ibu dah lega. Harini lambat sangat doktor panggil. A little bit kelam kabut sikit HUKM harini. Mana tak nye.. nombor Ibu doktor lain yang panggil. Rupanya dia salah tekan nombor. Nasib baik Ayah ada.. rupanya doktor suruh scan baby dulu. Ibu excited nak tengok muka baby. Tapi macam biasa la.. baby still tutup muka dengan tangan. Yang nampak clear cuma nonet anak Ibu je. Siap print lagi gambar nonet anak Ibu untuk sahkan anak Ibu ni boy. Alhamdulillah baby Ibu sihat. Berat baby jangkaan dalam 2.7kg. Emmm... berat jugak tu.

Dah selesai scan, jumpa doktor Natasha pulak. Doktor bagitahu baby semua ok cumanya Ibu ada GBS. Apa tu GBS? GBS ni jangkitan kuman dekat miss V Ibu. Adoi.. dah nak last-last la dapat penyakit tu. So Ibu kena makan antibiotik untuk matikan kuman tu. Haa... lagi 1, urine Ibu ada kencing manis. What?? Rupanya disebabkan Ibu minum glukos masa bersahur tadi, tu yang manis naik. Doktor check perut Ibu juga. Doktor tekan-tekan, tapi kepala anak Ibu masih tinggi lagi. So far, semua ok.

Harini 1st day puasa. Ibu harap anak Ibu dapat bertahan sampai berbuka. Ibu kena puasa.. kalau tak puasa, nanti lagi banyak Ibu kena ganti. Harini Ibu dapat MC. Ibu rehat je dekat rumah.

See.. perut pon nak interframe

Itu gambar scan nonet baby

~Ibu~

Ibu @ 9 months

6 Julai 2013 - Sabtu

Ibu dah terasa sarat sangat-sangat dah ni. Nak berjalan pun kadang-kadang mengah. Tapi Ibu kuatkan semangat sebab Ibu ada lagi seminggu untuk bekerja. Lepas tu Ibu dah start cuti, tunggu masa baby keluar je. Tak sabar rasanya nak jumpa anak Ibu ni.

Ibu @ 9 months

Love u baby!

~Ibu~

Ketam Oh Ketam

4 Julai 2013 - Khamis

Ibu tak tahu la kenapa Ibu terasa sangat-sangat nak makan ketam. Kalau dapat mee ketam lagi puas rasanya. Sebab sebelum ni Ibu dapat makan mee udang. Waahh... sedapnya..

Malamnya, Ayah ajak pergi makan ketam. Kami pun berGPS la cari kedai jual mee ketam. Pusing punya pusing, tak jumpa. Ayah ajak pergi kat kedai tepi jalan tu je. Dengan hampanya Ibu makan je la apa yang ada kat kedai tu. Ibu merajuk sebab tak dapat apa yang Ibu idamkan tu.

On the way nak balik, sekali ternampak la kedai yang dicari tadi tu. Disebabkan anak Ibu ni teringin sangat nak makan ketam, Ayah belikan juga mee ketam untuk Ibu. Waahh... thanks Ayah..

Hajat dah tercapai.. Alhamdulillah..

Mood: Happy

~Ibu~

Saturday, June 29, 2013

Malang Tidak Berbau

28 Jun 2013 - Jumaat

Batuk Ibu masih tak sembuh lagi. Tekak sakit, dada sakit, oucchhh... tak selesanya. Tapi harini Ibu drive kereta untuk ke pejabat. Bukan apa.. Ibu dah tak larat nak berjalan sangat dah. Bila sampai office, air toilet pulak takde. Bila tanya tuan tanah, katanya kena catu. Oh.. stress!

Pagi-pagi lagi Ibu dah rasa pitam. Perut Ibu pulak rasa macam mild period pain. Ibu dah risau. Baby taknak duduk diam. Asyik bergerak tolak-tolak perut Ibu. Ibu makin tak selesa. Dalam hati asyik berdoa supaya jangan lah bersalin lagi. Sebab anak Ibu baru 36 minggu. Ibu tak bersedia lagi nak push baby boy Ibu ni. Ibu tahankan juga. Ibu breakfast biskut sikit untuk lapik perut.

Bila dah tengah hari, Ibu turun untuk bayar parking kereta. On the way nak ke kereta, kaki Ibu terseliuh masuk lubang. Ouuchhh... sakitnya. Kaki Ibu berdarah sikit. Alhamdulillah.. malaikat lindungi kita sayang. Nasib baik Ibu tak jatuh tersungkur. Kalau tak, lain jadinya nanti. Terhencut-hencut la Ibu naik ke office. Ibu cuci luka Ibu, letak detol. Pedih... merah je kaki Ibu. Kawan-kawan Ibu tahu, dorang bagitahu dekat boss Ibu pulak. Apa lagi.. Ibu kena bebel la dengan boss. Boss suruh Ibu lebih berhati-hati.

Apa la nasib Ibu harini kan? Tapi lepas kejadian masuk lubang, baby Ibu ni tak meragam dah. Tahu pulak duduk diam. Anak Ibu kesiankan Ibu ye.. Good boy.. Sayang baby boy Ibu ni. Balik rumah, Ayah geleng kepala je tengok Ibu. Ayah bagi green light kalau Ibu nak cuti awal 2 minggu dari due date. Yeaayy..

* Ibu kena siapkan kerja office cepat-cepat ni.

Tengok macam sikit je.. Tapi lebam jugak la.. Huuuu

~Ibu~

Check Up @ 36 Weeks

26 Jun 2013 - Rabu

Check up time! setelah 3 minggu tak jumpa doktor, berdebar pulak Ibu rasa harini. Bukan apa.. Ibu takut tiba-tiba check, doktor kata awak dah kena bersalin dah ni. Huhu... takmo takmo macam tu. Banyak lagi benda yang Ibu tak settlekan lagi. Barang baby ada sikit lagi tak kemas. Kerja-kerja office tak payah cakap la... memang takkan habis.

Pagi ni Ayah teman Ibu. So Ayah nampak la baby masa dalam scan room. Anak Ibu makin sihat. Dari 2.1kg 3 minggu lepas, harini naik jadi 2.6kg. Wah... anak Ibu mesti bambam kan? Nampak je perut Ibu ni kecik. Tapi isi dalamnya sihat walafiat. Alhamdulillah... anak Ibu tak ada apa-apa masalah. Kepala baby pun dah ke bawah. Cuma tunggu baby parking elok-elok je. Bila dah engage, Ibu dah boleh push baby keluar. Tapi bukan sekarang ye sayang. Awak ada masa 4 minggu lagi. Tunggu... sabar... jangan awal sangat tau. Pakar yang scan baby tu nak tunjuk muka anak Ibu ni. Tapi macam biasa laa... baby boy Ibu ni shy.. tangan tu mesti letak kat muka. Apa yang dimalukan sangat tu tak tahu la. Bebird awak tak nak tutup pulak ye.

Dah habis scan, jumpa doktor Natasha pula. Kali ni lama juga Ibu dalam bilik dia. Dalam bilik tu ada 3 4 orang student praktikal. Confirm Ibu jadi bahan eksperiman dorang. Dan... memang betul pun. Sorang budak ni pegang-pegang perut Ibu. Tapi tak sakit pun. Ibu relakan je sebab niat dorang untuk belajar. Dah selesai presentation, doktor nak swipe sikit keputihan dalam servik Ibu. Tujuannya untuk check ada bakteria atau pun tidak. O'ooo.. student praktikal juga yang akan buat untuk masukkan spekulum dalam miss v Ibu. Tapi semuanya berjalan lancar sebab doktor bantu dia untuk buat semua tu. Ibu memang tak selesa.. tapi Ibu tahankan juga. Sekejap je pun.. Syukur.. takde apa-apa yang buruk jadi. Minggu depan baru tahu keputusannya.

Ayah bagitahu doktor yang Ibu sekrang ni batuk-batuk. Memang Ibu batuk pun. Sampaikan terasa nak terkencing masa batuk tu. Kesian anak Ibu.. mesti bergegar bila Ibu batuk kan? Doktor bagi Ibu mc dan ubat batuk. Ibu batuk mungkin disebabkan jerebu tebal. Aduhai la jerebu..

Ubat batuk untuk Ibu
Sesampai di rumah, Ibu terpaksa ke DBKL dengan mak long sebab ada urusan yang perlu diselesaikan. Dalam keadaan penat, Ibu kuatkan juga kaki Ibu untuk ke Jalan Raja Laut. Malamnya pula Ibu berehat je sebab dah penat sangat.

* Lagi 2 minggu jumpa doktor Natasha lagi kalau tak bersalin lagi laa.. Hope dapat jumpa doktor lagi. In sya Allah...

~Ibu~

Jerebu Jerebu Jerebu

25 Jun 2013 - Selasa

Hadoi.. time hujung-hujung nak bersalin ni la jerebu datang melanda. Bukan apa.. Ibu takut Ibu tak sihat lagi. Ini pun dah terasa pedih mata, batuk-batuk sikit. Tekak Ibu terasa gatal je. Sudahnya Ibu kena pakai mask pergi kerja. Dah macam pakar bedah kan?

Ibu @ 36weeks / 9 months
Baby dah besar kan? Makin sarat perut Ibu ni. Esok kita timbang berat baby ye sayang. Mesti dah makin bambam.

~Ibu~

Baju Raya Baby

22 Jun 2013 - Sabtu

Ibu bekerja harini. Dalam dah tak larat tu, Ibu laratkan juga untuk pergi kerja. Tapi macam biasa la.. kalau hari sabtu memang Ibu takkan bersemangat sangat nak kerja. Banyak main dari buat kerja. Ayah kata lepas Ibu balik kerja, Ayah nak bawa Ibu pergi Baby Outlet lagi. Baby Outlet ada buat sales.

Lepas waktu kerja, Ayah ambil Ibu balik rumah dulu untuk makan. Jerebu makin tebal kat KL ni. Sampaikan Ibu boleh bau asap kalau duduk luar. Boleh dikatakan ramai yang pakai mask untuk tutup hidung dan mulut. Ibu pun sama sebab Ibu taknak baby hidu bau asap. Malangnya, lepas makan tu, Ibu dan Ayah dah kepenatan dan terus tertidur.

Sebelum asar tiba-tiba Ayah ajak Ibu pergi Jalan TAR untuk cari baju raya. Ibu ok je.. janji naik kereta sebab Ibu dah tak larat nak berjalan kaki naik LRT. Dalam pukul 6 pm Ibu dan Ayah pergi Sogo dulu. Punya lah sakan berjalan dalam Sogo, sudahnya Ibu dapat beli baju baby sahaja. Baju Ibu dan Ayah tak ada. Sedih kan? Sogo ada buat sales. Tapi Ibu tak berminat untuk shopping barang-barang yang dibuat sales tu. Handbag Polo murah... tapi Ibu juat cuci mata je.

See.. murah kan?
Ibu dan Ayah cuba jalan-jalan dekat Jalan TAR (kedai kecil-kecil tu...) Malangnya Ibu dapat sehelai blouse untuk Ibu sahaja. Tu je yang kami dapat shopping.

Dalam keadaan kecewa, pergi balik ke kawasan parking kereta. Ibu ajak Ayah pergi Danau Kota pula. Motif? Ibu nak beli selipar masa di hospital nanti. Sesampai Danau Kota, Ibu dapat beli selipar, tudung, dan getah rambut. Emmm.... jadi la tu kan dari tak dapat apa-apa langsung.

So, itu je yang Ibu dapat beli harini. Baju baby comel... entah muat ke tidak pakai masa raya nanti. Kalau tak muat lagi, tunggu raya haji je la ye sayang!



~Ibu~

Tuesday, June 25, 2013

Tilam & Bantal Baby

19 Jun 2013 - Rabu

Dalam banyak-banyak barang baby, tilam dan bantal la Ibu & Ayah tak perlu pening-pening fikirkan. Sebab? Sebab Nek Mak & Nenek nak sponsor. Wah.. untung baby boy Ibu ni ye. Nek Mak tempah bantal baby & selimut untuk newborn dekat kawan Nek Mak. Set bantal dan tilam yang besar sikit tu Nek Mak beli. Nenek pula bagi 4 biji bantal. Semua Nenek buat sendiri. Semua bantal dan tilam baby ni buat dari kekabu.

Thank you Nek Mak and Nenek.. Love both of you!

Selimut & Bantal Newborn
Set Bantal & Tilam
4 biji bantal busuk baby

 * All in blue theme...

~Ibu~

Sakit Itu Nikmat

10 Jun 2013 - Isnin

Sebenarnya Ibu tak sihat lagi. Ibu balik Ipoh pun dalam keadaan sakit tekak dan batuk-batuk. Tapi Ibu tahankan juga sebab Ibu taknak makan ubat.

Pagi ni Ibu pergi office dalam keadaan yang sangat lemah. Ibu nak cuti, tapi bila fikirkan kerja yang menimbun, Ibu gagahkan juga. Kesian kat anak Ibu.. tiap kali Ibu batuk kuat sikit, baby mesti terkejut kan? Tak duduk diam baby dibuatnya.

Bila boss Ibu masuk office, dia nampak Ibu terbatuk-batuk. Dia suruh Ibu balik rumah dan jumpa doktor. Nak tak nak, Ibu terpaksa balik juga. Ayah ambil Ibu dalam pukul 3pm. Sampai rumah, Ibu terus rehat dan tidur. Malamnya, Ibu masih lagi batuk-batuk. Mata dah mula berair. Ayah ajak pergi klinik sebab nampak Ibu macam dah teruk.

Di klinik, orang ramai juga. Hampir pukul 10pm baru Ibu selesai. Lepas tu Ayah dan Ibu pergi makan. Masa tu dah lewat. Kedai pun dah nak tutup. Habis je makan, terus balik rumah dan tidur. Esok Ibu dapat mc 1 hari. Ibu akan rehat secukupnya untuk sembuhkan sakit ni. Ibu kesian kat anak Ibu ni. Antibodi Ibu makin lemah masa Ibu pregnant ni. Maybe baby yang serap antibodi Ibu kot. Tu yang Ibu tak sihat, tapi baby makin sihat. Hehe takpela.. janji anak Ibu ni tak sakit dan sentiasa sihat sampai la dah deliver nanti ye sayang.

* Ibu batuk-batuk ni, jangan baby terkeluar awal sudah.. Tunggu cukup bulan ye sayang!

Ubat untuk Ibu

~Ibu~

Mengemas Bilik @ Ipoh - Part 2

7 Jun 2013 - Jumaat

Lepas Ibu habis kerja, Ayah terus datang ambil Ibu dan terus balik Ipoh. Ayah buat macam tu sebab nak cepat sampai. Lagi pun Ayah tak berapa penat sebab Ayah masih dalam tempoh cuti sekolah. Dalam pukul 9 pm, Ayah dan Ibu sampai rumah Tok Baba.

8 Jun 2013 - Sabtu

Ibu dah mula mengemas bilik baby sikit-sikit. Kali ni tenaga Ibu tak macam dulu. Kalau dulu gigih lagi bangun duduk laju-laju. Tapi kali ni agak slow sikit dan Ibu cepat penat. Dah penat kemas bilik, Ibu dan Ayah jalan-jalan pergi Jusco. Malamnya Ibu tidur awal sebab dah kepenatan.

9 Jun 2013 - Ahad

Ibu dan Ayah touch up sikit-sikit je lagi dekat bilik tu. Bersihkan lantai, buang habuk, tapi Ayah tak sempat nak gantung jam, letak lampu tidur baby, dan cermin. Tak pe la.. lain kali Ayah buat semua tu. Ibu dan Ayah balik KL awal sebab takut jalan jem. Dalam pukul 5pm, dah sampai rumah.

Maybe ni kali terakhir Ibu balik Ipoh sebelum bersalin. Lepas ni kalau balik Ipoh, Ibu balik dengan baby! Yeaaayy!

Tadaaa.. better than before kan? Jadi la tu walaupun bawah katil tu agak messy sikit.

~Ibu~

Check Up Time!

5 Jun 2013 - Rabu

Macam yang Ibu beritahu dalam post yang lepas, Ibu dah tak check up dekat KKIA. Sekarang ni check up dekat HUKM je. So pagi ni Ayah teman Ibu pergi check up. Macam biasa.. bila Ibu scan baby, anak Ibu ni mesti tutup muka. Tambahan pula anak Ibu ni dah besar. Lagi la susah nak tengok muka baby dengan jelas. Anak Ibu ni baik.. bila scan, duduk diam je. Senang nak ukur semua badan baby. Good Boy! Bila keluar bilik scan, mula la taknak duduk diam. Haisshh.. notty boy la anak Ibu ni. Notty.. tapi pemalu nak tunjuk muka. Oh ya.. berat baby dah 2.1kg pada masa 33 minggu. Fuiyoo... dah 2kg anak Ibu ni. Patut la Ibu asyik penat. Perut Ibu dah berat rupanya.

Ibu jumpa doktor Natasha, tak banyak yang nak ditanya sebab banyak yang Ibu dah tahu. Nanti jumpa doktor sekali lagi masa Ibu dah 36 minggu. Harap-harap baby tak keluar awal ye sayang. Ibu nak jumpa doktor lagi. Doktor check perut Ibu. Semua ok alhamdulillah.. Masa ni kepala baby dah turun ke bawah. Hope nanti boleh la Ibu bersalin normal. Kalau boleh Ibu tak nak ceaser. Mudah-mudahan... Amin..

Ibu minta mc harini sebab Ibu rasa tak sihat, penat balik holiday haritu pun tak hilang lagi.

~Ibu~


Mendobi Baju Baby

3 Jun 2013 - Isnin

Ibu dah nak masuk 33 minggu mengandungkan baby. Lebih kurang 7 minggu lagi baby nak lahir tengok dunia dan jumpa Ayah & Ibu. Dalam masa yang sama, Ibu nervous juga bila terfikir nak bersalin nanti. Sakit ke tak? Holiday dah.. barang-barang baby pun rasanya dah lengkap. So sekarang ni masa untuk mendobi baju-baju baby.

Disebabkan Ayah cuti sekolah, Ayah la yang jadi mangsa untuk cuci baju baby. Tapi sebelum Ibu pergi kerja, Ibu tolong Ayah asingkan baju warna dan putih. Tak sangka banyak juga baju anak Ibu ni.


Bila dah basuh, Ayah pening kepala masa nak sidai dekat ampaian. Banyak sangat! So ni lah hasil Ayah sidai baju baby.


Dah kering semua baju, Ibu pula yang pening kepala sebab Ibu punya turn untuk melipat semua baju baby. Dalam pening tu, Ibu excited melipatnya. Sebab baju baby comel-comel. Kecik-kecik je. Kejap-kejap Ibu cium baju baby. Alahai... tak sabar dibuatnya. Finally... siap juga melipatnya. Fuhhhh...


* Tak semua baju newborn. Ada yang saiz besar sikit. Seeeemua untuk anak Ibu. Love u sayang!

~Ibu~

Wednesday, June 12, 2013

Family Gathering @ Cameron Highland

31 Mei 2013 - Jumaat

Yeaayy.. masa untuk holiday! Kali ni Ibu dan Ayah pergi bercuti kat Cameron Highland. Tapi kali ni dengan semua family Ayah. Ibu akan stay kat sana 3 hari 2 malam dekat Apartment Crown Imperial Court, Brinchang. Ayah dan Ibu bertolak ke sana lepas solat jumaat. Ibu kerja setengah hari je harini.

Cameron Highland.. here we come!
Lebih kurang pukul 6 petang Ibu dan Ayah sampai dekat sana. Jalannya agak mencabar sebab kena mendaki bukit. Alhamdulillah.. kami selamat sampai juga.

Malamnya Ibu & Ayah pergi jalan-jalan dekat pasar malam. Kebetulan apartment kami dekat dengan pasar tu. So Ibu dan Ayah jalan kaki je pergi pasar malam. Malangnya, kedudukan apartment dekat atas bukit. Waktu pergi pasar malam memang takde masalah sebab turun bukit. Bila nak balik, termengah-mengah Ibu dibuatnya. Jalan sikit, berhenti rehat.

Dekat pasar malam tu Ibu & Ayah tak membeli sangat. Banyak servey-servey harga je. Yang bestnya kat pasar malam tu ada jual sarang lebah. Menarik kan? First time Ibu makan madu dari sarangnya. Pelik... tapi sedap. Fresh sangat. Benda wajib kena rasa dekat Cameron Highland ni ialah strawberi coklat. Emmm.. sedap. Malam ni Ibu dan Ayah shopping makanan je. Tak banyak pun kami shopping. Dah letih jalan, kami balik apartment, tidur...

Pasar malam Brinchang yang sangat crowded
Sarang madu lebah - Yummy!
Lots of cactus
1 Jun 2013 - Sabtu

Awal pagi Ibu dah bangun. Pukul 6 pagi dah siap-siap mandi sebab takut berebut bilik air dengan orang lain. Apartment tu sejuk sangat. Tak pasang kipas pun rasa kesejukannya. Mandi awal pagi mesti la guna water heater. Kalau tak, memang menggigil la Ibu dengan baby. Lepas mandi, solat subuh, sarapan pagi, dan bersiap untuk mulakan aktitviti percutian.

Destinasi pertama, Mardi. Tak banyak benda yang menarik. Hanya ada tumbuh-tumbuhan yang kita tak biasa nampak. Pokok epal, pokok anggur, tomato, macam-macam la. Yang bestnya dekat sini sebab dapat snap gambar family yang tengah happy berholiday. hehehe
@ Pintu masuk Mardi
Tomatoman
Cute Iman and Syifa
Besar bunga raya ni
Sweet Ibu & Ayah
One happy family @ Mardi
Destinasi kedua, Ladang Teh Boh Sungei Palas. Perjalanan dari Mardi ke Sungei Palas sangat sesak. Dari Mardi ke apartment pun ambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Bila dah lama sangat sesak, masing-masing dah kepenatan, boring menunggu. Semua nak balik apartment untuk berehat. Ibu dan Ayah hantar mereka balik.

Jem mengalahkan KL
Lepas tu Ayah ajak naik pergi Sungei Palas juga. Ibu dan Ayah sambung perjalanan yang sesak tu. Tapi alhamdulillah.. tak la sesak sangat masa tu. Tak sampai 1 jam pun dah sampai. Perjalanan dari simpang jalan besar ke ladang teh memang sangat mencabar. Jalan sempit dan betul-betul lereng bukit. Takut!! Tapi Ayah kan teror.. kami selamat juga sampai kat ladang teh Ombak Rindu. Wah... lawa sangat tempatnya.

Jalan ke Tea Boh Sungei Palas
Ayah
Ibu dan Ayah kena parking kereta kat bawah, lepas tu kena mendaki bukit. Ibu yang pregnant ni pun jalan la terkedek-kedek. Jalan slow-slow.. bila penat, Ibu berhenti kejap. Akhirnya sampai juga. Yeay! (terus cari toilet.. hehe) Pusing-pusing sekejap, lepas tu kami minum teh dan makan sikit. Refreshing sangat.. dengan udara yang sejuk, minum teh panas, wahhh.. nikmatnya. Kami beli 1 kotak teh boh. Lepas tu turun balik ke kereta. Ibu & Ayah guna laluan pokok teh pula. Fuhhhh... penat Ibu berjalan. Tapi seronok!

See.. tak nampak pon perut Ibu kan? (taktik camera.. hehe)
Dari bawah nak ke atas.. fuhhh..
Q.. tea tarik satu!
Hi tea
Baby nak interframe juga ye..
Ayah with tea tree
Destinasi ketiga, Cactus Point. Dekat sini ada banyak sangat pokok. Nama je cactus point. Selain cactus, pokok lain pun ada jual juga. Tapi Ibu dan Ayah lebih berminat untuk shopping kaktus. Ibu beli 6 pokok je. Malam nanti nak beli dekat pasar malam pula.

Colorfull
All about cactus
Destinasi keempat, SCorner. Kenapa nama dia macam tu? Sebab lokasinya betul-betul dekat selekoh yang berbentuk S. Dekat sini tak ada apa pun. Cuma ada kedai sayur, cendawan, kafe, kedai jual cenderahati. Dekat sini Ibu beli ubi rebus je. Sedap bila makan panas-panas. Ubi dekat Cameron ni manis.
Ibu yang chubby
Cendawan @ Mushroom
Lepas tu Ibu dan Ayah balik apartment semula. Kami berehat sebab malam nanti nak sambung shopping lagi dekat pasar malam.

Waktu malam, masa untuk shopping lagi. Kali ni apa yang Ibu dan Ayah nampak, terus ambil je. Sebab esok dah nak balik dah. Nanti tak sempat nak membeli lagi dah. Macam-macam yang Ayah beli. Yang utamanya mestilah strawberi. Again... sarang madu lebah lagi untuk Ibu dan baby. hehe Tak lupa juga untuk anak Ibu. Ayah belikan baju sejuk untuk baby. Cuteee...

Yummy strawberry
Baby punya sweater
Ape ni? macam selendang yang dibuat untuk balut badan. Tapi Ibu beli untuk buat nursing cover baby nanti.

T-shirt for Ibu & Ayah

2 Jun 2013 - Ahad

Last day @ Cameron Highland. Sebelum check out, 1 family snap picture untuk kenangan. Lepas tu semua keluar untuk sambung jalan-jalan. Sekali lagi.. Ibu dan Ayah pergi Ladang Teh Boh Sungei Palas. Kenapa? Sebab family Ayah yang lain ajak pergi sama sebab dorang tak pergi semalam. Ayah dah expert jalan dekat sana. Tiba-tiba.... GEDEGANG!!! errrr... bunyi apa tu? Elok-elok Ayah berhenti nak bagi laluan dekat orang depan jalan, kereta dia rosak la. Ayah kata arm tayar dia patah. So dah tak boleh jalan dah. Haaa??? camne nak pergi ni. Kereta kat belakang makin banyak. Sama juga kereta yang nak keluar. Jalan sempit pula tu. Masa tu semua dah putus asa. Family Ayah kata kita patah balik je. Tapi dah nak dekat sampai dah. Sayangnya kalau patah balik. Entah macam mana, orang semua datang tolong tolakkan kereta tu ketepi. So kami pun boleh la pergi ke sana. Yeay!

All of us - Family Ayah
Candid!
Sampai ke destinasi, Nenek tak larat nak jalan kaki ke atas. Tak best la macam tu kan? Ayah tanya orang yang jaga dekat situ. Dia kata boleh bawa 1 kereta je naik. Mulanya nak bawa Nenek sorang je. Tapi dah alang-alang, Ibu pun tumpang sama la. Mak Ngah pun sama sebab dia pun pregnant juga. So tak la Ibu penat mendaki macam semalam. Hehe

Kereta Along yang bawa Nenek & Ibu-ibu mengandung
Dah sampai atas, kami minum pagi dengan teh. Habis semua pantang Ibu langgar. Hehe 2 hari ni je Ibu tak berpantang. Rugi la kalau Ibu tak minum dekat tempat yang best ni kan. Dah habis minum, snap picture sikit, lepas tu turun ke parking semula. Ibu dan Ayah berpisah dengan family yang lain dekat situ. Ibu dan Ayah kena balik KL. Family yang lain sambung holiday dekat Penang.

Ibu, Ayah, Along
Ayah & Ibu Baby
On the way turun ke bawah, Ibu dan Ayah singgah beberapa tempat. Kami singgah beli lobak, makan aiskrim strawberi, minum teh strawberi dekat Cameron Bharat, lepas tu terus turun masuk hi-way untuk balik KL. Dalam pukul 6 petang sampai rumah.

Ice-cream with strawberry paste
Malamnya kami dinner dengan sup lobak merah. Ibu dah kesakitan kaki. Ibu rasa macam nak demam je. Esok Ibu kena kerja. Lepas dinner Ibu terus tertidur. Ayah pun sama. Percutian yang singkat tapi amat menyeronokkan sebab dapat jalan-jalan dengan family Ayah. Kiranya macam family gathering la ni. Best... nanti kita gathering lagi ye. Maybe masa tu anak Ibu dah keluar dari perut Ibu. Mesti lagi seronok bila ada baby. Anak Ibu memang suka jalan kan... Sepanjang di Cameron Highland, anak Ibu baik je. Tak buat hal pun. Sakit belakang, lenguh kaki tu perkara biasa.

Lobak putih & Lobak merah
Dinner untuk malam ni
* Tak sangka Ibu mengandung 8 bulan, Ibu seaktif ni. Orang yang tengok Ibu pun rasa macam tak percaya! Ibu kuat, baby boy Ibu pun mesti la kuat jugak kan?

~Ibu~

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers