Monday, September 23, 2013

Dup Dap Dup Dap

15 Julai 2013 - Isnin

Ayah bawa Ibu ke HUKM sebab Ibu rasa dah tak selesa. Kejap kejap mengeras kejap ok.. Nak tak nak, Ibu kena pergi hospital jugak untuk kepastian. On the way ke hospital, Ibu suruh Ayah berhenti dekat Petronas sebab Ibu nak terkencing

Dah selesai buang air, Ayah pecut ke HUKM. Tapi Ibu suruh Ayah drive slow slow. Ibu ok lagi.. jangan kelam kabut. Huhu.. very relax kan? Yesss... memang Ibu relax sangat-sangat masa tu. Ibu tak rasa sakit sangat masa tu.

Sesampai di HUKM, Ibu daftar di kaunter emergency. Nurse tanya sikit-sikit, then Ibu kena check urine. Doktor panggil Ibu masuk bilik untuk check baby dan Ibu. Ibu kena baring... Nurse pasang CTG kat perut Ibu. Gedeguk gedegak bunyi jantung anak Ibu. Bila sakit datang, bunyi jantung anak Ibu laju. Nurse biarkan Ibu baring sekejap untuk berehat.

Tak lama lepas tu, doktor datang check perut Ibu. Ditekan-tekan perut Ibu sebab nak rasa kedudukan baby. Doktor bagitahu kepala baby masih tinggi lagi. Tapi why Ibu dah rasa sakit? Doktor bagitahu dia nak buat VE (seluk dalam miss V untuk check bukaan). Ibu ngeri bila doktor nak seluk. Sakit!!! Tapi bila Ibu relax dan bertenang, it should be ok. Doktor check, doktor bagitahu dah terbuka 5cm. Hah??? Ibu tak terasa sakit sangat pon dah buka 5cm? Confirm Ibu kena masuk labour room terus ni.

Dan memang tepat tekaan Ibu.. Nurse cucuk drip kat tangan Ibu siap-siap. Ibu tunggu kat depan sekejap, then nurse tolak Ibu guna wheel chair ke labour room. Dalam hati Ibu excited sangat. Tapi dalam hati kecil Ibu, Ibu nervous sangat-sangat. Ibu masih boleh tersenyum macam tak de apa-apa yang akan berlaku lepas ni. Sedangkan kejap lagi Ibu dah kena bertarung nyawa untuk lahirkan baby sulung Ibu.

10 pm - Sesampai di labour room, nurse masukkan ubat uk uk untuk bagi Ibu uk uk. Tak sampai 5 minit, segala makanan semua keluar. Usus Ibu dah kosong. Ibu kena tukar baju, pakai baju hospital warna putih. Sekali lagi Ibu kena seluk. Memang 5cm dah terbuka. Tak lama lepas tu, doktor datang bagi penerangan kat Ibu sebab dia nak pecahkan air ketuban. Nurse pasang CTG.. Doktor seluk, dan pecahkan air ketuban. Banyak sangat air keluar. Terasa panas je air ketuban mengalir. Legaaaa... Perut Ibu dah kempis sikit. Ibu rasa ringan je..

Taaaaaapi... lepas air ketuban pecah, contraction Ibu makin kerap. Nurse cakap kalau terasa sakit, sedut gas. Kalau dahaga, boleh minum air kosong yang dia bagi tu. Bila contraction tu datang, CTG jadi laju. Bacaannya pun jadi tinggi. Ayah peneman Ibu dari mula Ibu masuk labour room. Bila sakit contraction datang, Ayah usap-usap kepala Ibu, tenangkan Ibu, bagi kekuatan untuk tahan sakit. Ibu pun apa lagi, genggam tangan Ayah sekuat hati. Memang sakit.. sakit sangat-sangat. Sekejap-sekejap nurse datang check bukaan.

16 Julai 2013 - Selasa

3 am - Nurse check bukaan... Tapi baru buka 6cm.. Ya allah.. punya la lama Ibu tahan sakit, baru buka 6cm je? Tunggu punya tunggu, sakit punya sakit, tahan punya tahan, check punya check, sedut gas punya pasal, Ibu rasa nak muntah. Weeeekkkkk..... Ibu tak tahan bau gas tu sampai termuntah 3 kali. Nasib baik Ayah tolong Ibu ambil plastik muntah.

4 am - Rahim Ibu makin terbuka... 7cm... 8cm... 9cm... Nurse... Doktor.. semua dah get ready. Ibu makin sakit. Gap contraction makin dekat. Ibu dah berpeluh-peluh masa tu. Sedangkan dalam bilik tu ada aircond yang sangat kuat. Emosi Ibu terganggu sekejap bila Ibu dengar orang sebelah (cina) pun nak beranak juga. Tapi dia menjerit jerit bila contraction datang. Sampai dia bergaduh dengan husband dia. Huhu Syukur Ibu tak sampai tahap bergaduh dengan Ayah. Sebab Ibu tahu kalau Ibu menjerit, Ibu takde tenaga untuk push baby nanti.

4.40 am (agak-agak je) - Bukaan Ibu dah 10cm.. Nurse dan doktor ambil tempat masing-masing. Kiri Ibu nurse jaga. Kanan pulak doktor. Ayah duduk sebelah kanan juga sebelah doktor. Bibir Ibu sentiasa mengucap dan baca ayat-ayat al quran yang Ibu ingat masa tu untuk kurangkan kesakitan Ibu. Doktor dan nurse suruh Ibu push bila contraction datang. Nasib baik Ibu dah belajar cara-cara pernafasan untuk push. Ibu pun push dan teran sekuat hati. Bila contraction dah slow, Ibu berehat, Ibu minum air untuk dapatkan tenaga. 2 3 kali Ibu push, nurse bagitahu dah nampak kepala baby. Dimain-mainnya rambut anak Ibu. Tu buatkan Ibu lagi tak sabar nak tengok muka anak Ibu.

4.53 am - Sekali lagi 2 3 kali push, sekali gedebuk... Ibu terasa seperti ada benda yang besar keluar dari rahim Ibu. Alhamdulillah... Ibu dah berjaya keluarkan anak Ibu. Ibu dengar suara anak nangis.. Sebak rasanya.. Terus Ayah cium dahi Ibu ucap Alhamdulillah.. Nurse tanya Ibu, baby boy or girl? Ibu nampak bird-bird baby.. confirm la BOY.. Nurse letak atas dada Ibu sekejap bagi baby bau badan Ibu. So nanti baby tahu la siapa Ibunya. Anak Ibu nangis sikit je lepas keluar dari perut Ibu. Lepas tu sambung tidur balik kat bawah warmer. Anak Ibu penat ye sayang.. Sementara nak tunggu nurse jahit luka Ibu, Ayah azankan baby. Anak Ibu comel sangat-sangat.

faizatunaim
Ayah azankan baby
Selesai jahit luka, nurse bagi baby dekat Ibu untuk breastfeeding. Anak Ibu clever boy.. Ibu sua puting, baby terus buka mulut. Walaupun masa tu tak keluar susu lagi, tapi Ibu happy sangat sebab baby dah pandai cari puting. Dalam masa yang sama, Ibu makan dan minum untuk ganti balik tenaga yang dah digunakan tadi.

Clever Boy nak minum susu
7.30 am - Ibu dan baby ditolak ke wad pula. Happy sangat-sangat sebab baby duduk dengan Ibu 24 jam. Baby sentiasa ada dengan Ibu.

Bermula lah kehidupan Ibu menjaga anugerah Allah ni sebaik-baiknya. Bermulalah juga kehidupan Ibu dan Ayah sebagai penjaga baby. Tanggungjawab Ibu dan Ayah makin besar dan berat. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu ini. Selama 2 tahun Ibu tunggu untuk merasa saat-saat manis ni. Hilang rasa sakit bersalin tadi bila tengok muka suci anak Ibu ni.

Nanti Ibu cerita kisah Ibu dengan baby masa dalam wad pula ye..

~Ibu~


No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers