Thursday, January 10, 2013

You Make Me Smile Baby!

09 Januari 2013 - Rabu

Alhamdulillah... Harini genap anak Ibu 12 minggu = 3 bulan. Ibu makin melepasi trimester pertama dan akan melangkah ke trimester kedua pula. Loya dan muntah2 Ibu makin berkurangan. Cumanya pening dan sakit kepala tu susah sikit nak hilang.

6 am - Masa untuk Ibu mandi dan bersiap-siap untuk pergi check up kat HUKM. Jumpa dengan doktor Natasha. Dah hampir seminggu Ibu tak muntah pagi masa mandi, boleh pulak harini muntah. Belum gosok gigi lagi pun. Baby excited sangat nak pergi hospital yeee...

8 am - Sampai HUKM, timbang berat, ambil tekanan darah dan buat ujian air kencing. Berat Ibu naik lagi. Jadi 38.5kg. Tekanan darah Ibu normal dan air kencing Ibu negatif untuk protein dan glukos. Alhamdulillah...

9.15am - Masuk jumpa doktor Natasha. Wahhh... makin ramai bakal-bakal doktor dalam bilik ni. Mereka ni semua pelajar doktor Natasha. Harap-harap nanti kalau anak Ibu ni Gegurl, Ibu nak anak Ibu jadi doktor sakit puan juga. Aminnn..Tanya tu tanya ni, dapat ubat baru pulak. OBIMIN namanya.. Doktor Natasha arrange kan masa untuk buat details scan kat baby Ibu ni untuk check sama ada syndrom atau tak. Pukul 2 nanti kena datang HUKM balik. Then doktor check perut Ibu. Ditekan-tekannya untuk rasa kedudukan baby. So, Ibu pun dapat la MC 1 hari.

Obimin
10 am - Hantar Ayah pergi sekolah, Ibu kena bawak Acu Ikin pergi Jusco untuk shopping! Ibu tak sempat nak servey barang-barang baby. Sorry.. next time kita servey dengan Ayah ye.

1 pm - Rushing untuk keluar dari Jusco. Hantar Acu Ikin balik hostel. Rushing pergi sekolah Ayah pula untuk pergi HUKM sama-sama.

2.15 pm - Doktor dah call tanya Ibu dekat mana. Oh no!!! Maaf doktor.. jalan jammed sangat ni. Apa-apa pun saya akan datang juga. Sampai sekolah Ayah, terus rushing pergi hospital.

2.50 pm - Sampai HUKM. Ibu termengah-mengah disebabkan penat sangat. Sambil tu usap-usap perut sebab takut anak Ibu pun penat juga. Sorry baby sayang..

3.15 pm - Doktor panggil untuk mulakan buat ultrasound. Cakkk!! Ibu nampak anak Ibu tengah berehat. Penat sangat ye sayang. Kesian dia.. Doktor pun mula la ukur panjang, denyut nadi, tengok otak baby, ukur tebal leher. Alhamdulillah semuanya normal. Anak Ibu say hai to Ibu and Ayah. Anak Ibu angkat tangan dekat kami. Oh.. so cute baby! Then doktor tukar image ke 4D, anak Ibu angkat dua-dua belah tangan. Wah... macam tahu-tahu je doktor tengah scan dia. Alahai.. comel je anak Ibu ni. Dah pandai posing-posing. Bila doktor nak check lagi, awak melompat-lompat pula ye baby. Nakalnya anak Ibu ni. Baru 12 minggu dah tunjuk macam-macam perangai. You Make Me Smile Baby!

4 pm - Pergi sekolah Ayah balik tunggu habis aktiviti sekolah.

5.30 pm - Sampai rumah. Mandi dan berehat.




Jadual yang sangat padat harini. Penat! Apa-apa pun Ibu dan Ayah happy dapat tengok awak baby!

~Ibu~

Thursday, January 3, 2013

Untuk Anak Ibu

3 Januari 2013 - Khamis

Setahun sudah berlalu.. Kalau ikutkan tarikh ni pada tahun 2012, harini merupakan hari airmata bagi Ibu dan Ayah.. Anak Ibu ingat lagi tak Ibu pernah cerita sebelum ni. Pada tarikh ni la Ibu dapat tahu Ibu ada endometriosis. Tapi itu cerita lama. Jadi kenangan Ibu sahaja.

Now Ibu nak cerita sikit berkenaan dengan persediaan kesihatan Ibu dan anak Ibu. Firstly, mesti lah ubat-ubatan. Banyak ubat Ibu kena telan. Ada yang sedap, ada jugak yang tak sedap. Yeekkk... Tapi ini semua untuk menjamin kesihatan baby dan Ibu.


Second, susu EnfaMama. Hurrmm... yang ni Ibu yang excited nak beli. Tapi Ibu cuma minum 2 minggu je. Pastu Ibu stop sebab Ibu rasa meloya. Kembang tekak Ibu tengok susu. Nanti loya-loya ni dah hilang, Ibu cuba minum balik. Nanti Ayah marah sebab tak minum susu. huhu


Third, kasut baru. Ini Ayah yang beriya sangat suruh Ibu tukar kasut. Katanya untuk keselamatan Ibu. Ok.. Ibu memang suka kalau dapat kasut baru. So now nak ke mana-mana pun Ibu pakai sandle oyen ni je. Anti licin dan selesa. Thanks Ayah!


Fourth, diary dan bahan bacaan. Diary hamil ni Ibu yang nak sangat. Siap pujuk-pujuk Ayah pergi beli lagi. Bukan apa... Ibu nak catatkan semua kenangan masa Ibu mengandungkan anak Ibu ni. Kalau lepas ni Ibu mengandung lagi untuk anak yang ke-2 3 dan 4, Ibu akan tuliskan juga. Tiap kali mengandung, mesti kenangannya berbeza kan? Majalah Pa&Ma. Haa.. ni bahan bacaan Ibu sekarang. Al maklum laa.. mengandung anak sulung kan.. Banyak yang Ibu kena belajar.


Fifth, tak sabar punya pasal, Ibu ada beli 3 helai baju mengandung. Kononnya nak pakai masa perut dah besar nanti. Lagi pun koleksi baju Ibu boleh diakatakan 80% cuma tshirt je. hehehe confirm la dah 7 8 9 bulan nanti dah tak boleh pakai kan. Tapi yang paling penting sekali, Ibu dah kena tukar seluar. Jeans dah ketat. Seluar track pun dah ketat kat bahagian pinggang. Jalan penyelesaian, Ibu beli seluar yang ada tali.. So baby Ibu akan selesa la.

Sixth, al-quran, kismis, dan air zam-zam. Haaa... yang ni memang tak boleh tinggal. Wajib Ibu kena telan tiap-tiap hari. Ibu nak anak Ibu pandai. Sebab tu Ibu makan kismis. hehehe Actually ni sunnah Nabi Muhammad swt. Yang moden kita amalkan, yang Islam pun kita amalkan juga. Insyaallah baby akan jadi anak yang soleh & solehah. Bila Ibu sihat, Ibu akan baca al-quran. Ibu tahu baby Ibu mesti tenteram dan aman bila dengar ayat-ayat al-quran kan?

Ibu saaaaaayang anak Ibu... Muaahhh...

~Ibu~

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers