Thursday, January 3, 2013

Untuk Anak Ibu

3 Januari 2013 - Khamis

Setahun sudah berlalu.. Kalau ikutkan tarikh ni pada tahun 2012, harini merupakan hari airmata bagi Ibu dan Ayah.. Anak Ibu ingat lagi tak Ibu pernah cerita sebelum ni. Pada tarikh ni la Ibu dapat tahu Ibu ada endometriosis. Tapi itu cerita lama. Jadi kenangan Ibu sahaja.

Now Ibu nak cerita sikit berkenaan dengan persediaan kesihatan Ibu dan anak Ibu. Firstly, mesti lah ubat-ubatan. Banyak ubat Ibu kena telan. Ada yang sedap, ada jugak yang tak sedap. Yeekkk... Tapi ini semua untuk menjamin kesihatan baby dan Ibu.


Second, susu EnfaMama. Hurrmm... yang ni Ibu yang excited nak beli. Tapi Ibu cuma minum 2 minggu je. Pastu Ibu stop sebab Ibu rasa meloya. Kembang tekak Ibu tengok susu. Nanti loya-loya ni dah hilang, Ibu cuba minum balik. Nanti Ayah marah sebab tak minum susu. huhu


Third, kasut baru. Ini Ayah yang beriya sangat suruh Ibu tukar kasut. Katanya untuk keselamatan Ibu. Ok.. Ibu memang suka kalau dapat kasut baru. So now nak ke mana-mana pun Ibu pakai sandle oyen ni je. Anti licin dan selesa. Thanks Ayah!


Fourth, diary dan bahan bacaan. Diary hamil ni Ibu yang nak sangat. Siap pujuk-pujuk Ayah pergi beli lagi. Bukan apa... Ibu nak catatkan semua kenangan masa Ibu mengandungkan anak Ibu ni. Kalau lepas ni Ibu mengandung lagi untuk anak yang ke-2 3 dan 4, Ibu akan tuliskan juga. Tiap kali mengandung, mesti kenangannya berbeza kan? Majalah Pa&Ma. Haa.. ni bahan bacaan Ibu sekarang. Al maklum laa.. mengandung anak sulung kan.. Banyak yang Ibu kena belajar.


Fifth, tak sabar punya pasal, Ibu ada beli 3 helai baju mengandung. Kononnya nak pakai masa perut dah besar nanti. Lagi pun koleksi baju Ibu boleh diakatakan 80% cuma tshirt je. hehehe confirm la dah 7 8 9 bulan nanti dah tak boleh pakai kan. Tapi yang paling penting sekali, Ibu dah kena tukar seluar. Jeans dah ketat. Seluar track pun dah ketat kat bahagian pinggang. Jalan penyelesaian, Ibu beli seluar yang ada tali.. So baby Ibu akan selesa la.

Sixth, al-quran, kismis, dan air zam-zam. Haaa... yang ni memang tak boleh tinggal. Wajib Ibu kena telan tiap-tiap hari. Ibu nak anak Ibu pandai. Sebab tu Ibu makan kismis. hehehe Actually ni sunnah Nabi Muhammad swt. Yang moden kita amalkan, yang Islam pun kita amalkan juga. Insyaallah baby akan jadi anak yang soleh & solehah. Bila Ibu sihat, Ibu akan baca al-quran. Ibu tahu baby Ibu mesti tenteram dan aman bila dengar ayat-ayat al-quran kan?

Ibu saaaaaayang anak Ibu... Muaahhh...

~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers