Saturday, February 9, 2013

Check Up For 2nd Trimester

6 Februari 2013 - Rabu

Pejam celik pejam celik dah 16 minggu anak Ibu dalam rahim Ibu. Cepatnya masa berlalu. Masuk trimester kedua ni alahan Ibu dah takde. Cumanya akan meloya bila nampak benda kotor. Anak Ibu ni pembersih orangnya. Good!

Pagi ni Ibu ke HUKM. Berat Ibu dah naik jadi 40kg. Yeay! Tapi Ibu rasa Ibu tak gemuk pun. Maybe campur berat baby kot. Laaaaaaama sangat nak tunggu doktor Natasha harini. Tapi best bila jumpa dia. Sebab dia baik. Doktor check perut Ibu. Lepas tu dia suruh pergi scan. Excitednya Ibu nak tengok anak Ibu ni.

Cakkk!! Ibu nampak dia tengah duduk diam je. Bila kakak scan tu tekan sikit, awak dah mula lompat-lompat ye sayang. Kicking-kicking Ibu lagi. Anak Ibu dah besar... Alhamdulillah.. membesar dengan sihat ye. Macam-macam diukurnya. Kepala, badan, peha, macam-macam la. Kakak tu dah nampak nonet awak la.. katanya maybe awak boy. Betul ke??? Tapi kakak tu tak berani nak confirmkan sebab takut tersalah pulak. It's ok either you are boy or girl. Ibu tak kisah pun... Kalau boy nanti dah besar boleh jaga Ibu dan adik-adik. Kalau girl, boleh Ibu bagi pakai baju cute-cute. Apa-apa pun, awak tetap anak Ibu dan Ayah. Love you baby!

Bulan depan nanti doktor Natasha bagi tarikh untuk buat detail scan. Haaa... mase tu nanti kita check and confirmkan semuanya ya. Sebab masa tu baby dah besar. Lega rasanya dapat tengok anak Ibu tadi.

Ikutkan tengah hari Ibu kena jumpa nurse kat Klinik Kesihatan pula. Tapi doktor Natasha cakap tak payah sebab sama je apa yang dia check. Fuhhhh... lega. So, next month kita jumpa doktor Natasha lagi ye baby.

~Ibu~




Tuesday, February 5, 2013

Check Up Lagi...

18 Januari 2013 - Jumaat

Ibu kerja separuh hari je harini. Pukul 2.45pm nak pergi check up baby kat klinik kesihatan pula. Sesampai je kat klinik, Ibu sorang je yang buat check up sebab Ayah mintak tukar. Mula ambil sample air kencing. Pastu timbang berat. Berat Ibu 39kg. Pastu terus jumpa nurse.

Nurse tanya la beberapa soalan. Semua ok je. Pastu check darah. Darah Ibu masih lagi rendah. 10.7 je dari 10.4. Ibu tak tahu la nak makan ape lagi untuk naikkan bacaan darah Ibu ni. Lepas tu nurse check perut Ibu. Nurse ukur tinggi rahim, dengar heartbeat baby. Alahai... comel je Ibu dengar heartbeat dia. Rasa lega bila tahu anak Ibu ni sihat.

Nurse suruh jumpa doktor. Tapi dia tak check apa pun. Dia check heartbeat Ibu, tengok buku pink, pastu dia tandatangan. Itu je..

Nurse bagitahu darah Ibu jenis O+. Katanya baby ada risiko kena kuning nanti. So, Ibu tak boleh la makan jamu masa berpantang nanti. Ibu kena bagi susu Ibu kat baby banyak-banyak untuk elakkan kuning. So far, everything is ok and normal. Kita tunggu appointment bulan depan pulak untuk tahu perkembangan anak Ibu ni.

~Ibu~

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers