Tuesday, February 5, 2013

Check Up Lagi...

18 Januari 2013 - Jumaat

Ibu kerja separuh hari je harini. Pukul 2.45pm nak pergi check up baby kat klinik kesihatan pula. Sesampai je kat klinik, Ibu sorang je yang buat check up sebab Ayah mintak tukar. Mula ambil sample air kencing. Pastu timbang berat. Berat Ibu 39kg. Pastu terus jumpa nurse.

Nurse tanya la beberapa soalan. Semua ok je. Pastu check darah. Darah Ibu masih lagi rendah. 10.7 je dari 10.4. Ibu tak tahu la nak makan ape lagi untuk naikkan bacaan darah Ibu ni. Lepas tu nurse check perut Ibu. Nurse ukur tinggi rahim, dengar heartbeat baby. Alahai... comel je Ibu dengar heartbeat dia. Rasa lega bila tahu anak Ibu ni sihat.

Nurse suruh jumpa doktor. Tapi dia tak check apa pun. Dia check heartbeat Ibu, tengok buku pink, pastu dia tandatangan. Itu je..

Nurse bagitahu darah Ibu jenis O+. Katanya baby ada risiko kena kuning nanti. So, Ibu tak boleh la makan jamu masa berpantang nanti. Ibu kena bagi susu Ibu kat baby banyak-banyak untuk elakkan kuning. So far, everything is ok and normal. Kita tunggu appointment bulan depan pulak untuk tahu perkembangan anak Ibu ni.

~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers