Thursday, August 30, 2012

Rawatan Alternatif

19 Januari 2012 - Khamis

Sejak Ibu tahu Ibu ada endometriosis, tiap-tiap hari Ibu berdoa supaya penyakit Ibu ni cepat-cepat sembuh supaya Ibu dapat bagi baby kat Ayah. Tiap kali berdoa, tiap kali tu la airmata mengalir. Sedih sangat bila difikirkan.

Emak Ibu dan emak Ayah ada suruh pergi cuba buat rawatan Islam. Mana tahu kan boleh sembuh. Seboleh-bolehnya memang taknak buat operation. Semua orang takut bila sebut operation. Macam-macam boleh jadi kan?

So pada tarikh ni, Ibu & Ayah pergi ke Pusat Rawatan Islam Darusshifa' Bangi. Ini rawatan alternatif pertama kami cuba. Bila dah terangkan semua masalah Ibu kepada Ustaz tu, kemudian Ustaz tu bacakan doa untuk Ibu dan diberinya air mineral yang dah dibaca doa kat Ibu. Hati makin berbunga-bunga mengharap agar usaha ni berjaya. Air tu Ibu kena minum setiap hari.

21 Januari 2012 - Sabtu

Alternatif kedua, emak mertua Ibu suruh balik kampung sebabnya dia nak bawak Ibu pergi mengurut pulak. Mana la tahu penyakit ni boleh susut sikit-sikit. Kita sebagai manusia cuma boleh berusaha. Berhasil atau tak, tu kerja Allah. Makcik ni pon urut la satu badan Ibu dari 7.30 pagi, sampai la pukul 1.00 tgh hari. Lama tu... Ibu tak pernah mengurut seumur hidup Ibu. Terasa sakit jugak la pada mulanya. Bila dah lama-lama, rasa ok. Sejak daripada tu, makan pun dah kena berpantang. Makcik tu kata badan Ibu banyak angin. Elakkan makan makanan yang berangin. Hurrmmm... yang bestnya, makcik tu boleh rasa Ibu punya endo tu.. Hai la makcik, kalau la makcik boleh keluarkan terus masa tu kan best. Tak payah susah-susah saya pergi operate. Tapi makcik tu mengharap agar ketulan tu boleh susut sikit-sikit.

Selang dua hari lepas mengurut, mak mertua bagitahu makcik tu sakit. Adoi.. hati dah mula gelisah.. adakah disebabkan mengurut Ibu, makcik tu sakit? Seminggu jugak la makcik tu sakit. Risau sangat sebab takut ada benda halus yang kacau makcik tu. Tapi lepas seminggu tu, mak bagitahu makcik tu dah ok. Syukur alhamdulillah. Makcik tu bagitahu dia sakit bukan disebabkan mengurut Ibu. Fuuhhh.. Lega.. Terima Kasih Makcik Manje!!!

Alternatif ketiga, emak Ibu bagi air saffron yang dah dibaca doa oleh tahfiz. Ibu kena minum air saffron ni sama macam air yang Ustaz Darusshifa' tu bagi. Duit dah tak kisah dah masa ni. Asalkan Ibu cepat sembuh dan boleh mengandung macam orang lain jugak.

Dugaan demi dugaan Allah uji Ibu. Tapi Ibu & Ayah pasrah dan tetap bersabar. Insyaallah ada jalan penyelesaiannya.

~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers