Friday, May 31, 2013

1st Time Ponteng Check Up

30 Mei 2013 - Khamis

Ok.. Ikutkan harini Ibu ada check up dengan KKIA. Tapi Ibu maaaaaalas sangat nak pergi. Why??? Sebab check up kat sana tak best. Ada je yang tak kena. Better Ibu check up kat HUKM sahaja. Lagi pun last week masa kelas antenatal tu Ayah dah tanya kat doktor Natasha.. bole tak kalau skip pergi check up kat KKIA? Penat laa... tiap minggu kena check up. Kalau kat HUKM ada jugak dia scan. Tapi kat KKIA ni sekali pon tak pernah. Doktor kata ok je..

Masa Ibu dekat office, nurse call handphone Ibu. Tapi Ibu tak jawab pun. Nurse call office Ibu pulak. Errrr... tak tahu nak bagi reason apa. Bila angkat phone, talian dah terputus. Semua terkejut kenapa nurse cari Ibu.. termasuk la boss Ibu. Tak cukup dengan tu, nurse call Ayah pula. Dapat kat Ayah, habis laa. Terus terang Ayah bagitahu dia taknak buat check up dekat KKIA. Huh... kental betol Ayah ni. Nurse pun terpaksa cakap ok je la. Tapi esok Ayah kena datang klinik untuk tandatangan mengatakan nak stop check up kat sana. Hooorey... Tq Ayah!

Harini juga anak-anak buah Ayah yang dekat Johor datang KL. Dorang bermalam 1 malam kat rumah Ibu sebab esok pagi nak naik Cameron Highland. Ibu dan Ayah pun follow juga. Tapi kami gerak lepas solat jumaat. Ibu kerja separuh hari. Anak buah Ayah yang namanya Iman tersangat la nakal. Banyak kali di tumbuknya perut Ibu. Kesian baby ye... mesti terkejut kan? Sorry sayang.. Ibu tak boleh buat apa. Kadang-kadang tu halang jugak dia. Tapi dah anak orang kan.. mane boleh marah. Tegur cara lembut je la. Start dari tu anak Ibu asyik memberontak je. Ibu letak je tangan Ibu, baby kick. Agak susah juga la Ibu nak tidur masa tu. Dah la terganggu sebab kepanasan. Hurrrmmm... sabar je la.

* Lepas ni Ibu kena lebih berhati-hati dengan Iman. Dia ingat perut Ibu ni ada belon kot?

~Ibu~



Monday, May 27, 2013

Kelas Antenatal @ HUKM

25 Mei 2013 - Sabtu


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ibu dan Ayah hadir kelas antenatal yang dianjurkan oleh HUKM. Antenatal class ni biasanya untuk orang-orang yang first time untuk jadi Ibu Bapa. Punya lah excited, Ibu orang pertama yang register pagi tu. Masa register tu dapat 2 gift bag. Emm.. mestilah barang-barang untuk baby kan. Tapi kan.. orang-orang yang datang ni macam dah tua je. Rasa macam Ibu dan Ayah yang paling muda. hehe (perasan kan?)

Dalam kelas tu ada doktor Natasha juga. Glamour doktor Natasha ni. Macam-macam yang diajarnya. Mula-mula explain pasal Epidural. Tanda-tanda nak bersalin, perancang keluarga, cara-cara nak push bersalin, cord blood banking (ini sangat boring.. consultant yang bercakap tu tak menarik perhatian orang). Ada diajar senaman untuk orang mengandung juga. Cara penyusuan susu Ibu dan cara untuk mandikan baby pun ada tau. Nak bedung baby pun diajar. Praktikal tau... Best jugak sebab Ayah pun terlibat sama. Hehe

Breakfast with muffin
Doktor Natasha
Kena ingat ni
Exercise time!
Ayah pun kena buat juga
Peace Ayah!
Errr... kenape ni?
Ibu
Antara slot yang diberikan
Slot terakhir... mereka bawa lawatan ke wad bersalin dan labour room. Untuk wad bersalin Ibu dah tahu keadaannya. So far Ibu berpuas hati walaupun wad HUKM is open ward. Untuk labour room, Ibu sangat teruja sebab tak sangka labour room kat HUKM ada bilik tersendiri. Kiranya sorang pesakit dapat 1 bilik sendiri. Dalam labour room hanya sorang je yang boleh teman. Of course la Ibu nak Ayah yang temankan Ibu nanti. Excited pulak Ibu nak bersalin kan.. Tapi dalam hati TAKUT!!! Kalau nak dibandingkan dengan hospital kerajaan yang lain, labour room kat sana hanya dipisahkan dengan kain langsir je. Betol ke? Syukur HUKM tak macam tu. Hope Ibu dapat bersalin dekat HUKM. Aminnn...

Dah selesai round.. semua bersurai balik. Ibu dah sakit-sakit pinggang sebab duduk dalam bilik kuliah tadi lama sangat. huhu... Malam tu Ayah jadi mangsa jadi tukang urut Ibu. hehe Sorry Ayah.. Time ni je Ibu nak mengada lebih dengan Ayah. Lebih kurang pukul 8pm Ibu dah tidur. Errr... awalnya tidur. Penat tau... Seharian dekat HUKM. Lembik Ibu dibuatnya.. Apa-apa pun Ibu happy sebab dapat banyak ilmu. So Ibu dan Ayah tak la mengelabah nanti bila baby nak keluar kan..

* Baby jangan keluar time jalan jem tau..
* Jangan keluar awal sangat.. Tunggu cukup bulan baru keluar tau.
* Kalau boleh keluar masa Ibu cuti. Ibu takut kalau Ayah takde dengan Ibu masa tu.

Baby ingat pesan Ibu tau. Tiap-tiap hari Ibu remindkan baby. hehe Love u Baby...

Tembam.. Tapi pucat..
3 giftbag Ibu dapat
Ini isi kandungannya

~Ibu~

2nd Time MGTT @ HUKM

22 Mei 2013 - Rabu

Ok.. harini mimpi ngeri Ibu kembali dalam hidup Ibu. Ibu kena minum air gula untuk kali kedua. Huwaaaa.... boleh ke tak ni Ibu bertahan dalam masa 2 jam? Pagi-pagi lagi Ayah dah hantar Ibu kat HUKM. Pukul 7am dah sampai. Ayah kena pergi sekolah dulu. Ayah ada kelas sampai pukul 830am. Nanti Ayah datang balik kat HUKM.

Pukul 8am klinik dah buka. Ibu terus pergi makmal untuk minum air tak sedap tu. Terkebil-kebil juga la Ibu telan air gula. Tapi berjaya juga Ibu habiskan. Dalam hari yang sama Ibu kena jumpa dengan doktor Natasha juga. So lepas minum tu Ibu terus letak kad biru untuk register. Sementara nak tunggu register tu, Ibu dah mula mual loya-loya. Sekali dua Ibu terasa nak muntah juga. Tapi Ibu berjaya tahankan. Anak Ibu bagi kerjasama kat Ibu kali ni. Weeee~~~ Sayang baby sangat-sangat.

Dah settle timbang berat, urine test, tekanan darah, Ibu tengok nombor Ibu bukan dengan doktor Natasha. What???!! Doktor takde ke harini? Tak lama lepas tu Ibu nampak doktor Natasha lalu depan Ibu. Doktor ade la!! Cepat-cepat Ibu sms Ayah tanya macam mana. Nasib baik Ayah dah sampai cuma tak dapat parking lagi je. Tak lama lepas tu Ayah datang terus minta nombor Ibu. Entah apa yang Ayah bagitahu kat kaunter depan, terus Ayah bagi nombor Ibu kat doktor Natasha. Tak lama lepas tu terus nombor Ibu naik. Cepat betol.. Rupa-rupanya memang salah orang yang bagi nombor tu. Dia salah tekan nombor.

Senyum je bila masuk bilik doktor. Macam biasa.. doktor check perut Ibu. Kali ni doktor dengar jantung baby sebab kali ni Ibu tak scan baby. Alhamdulillah semua ok.. Cumanya doktor suruh naikkan hemoglobin sebab bacaan hemoglobin Ibu cuma 10.4 je. Ok.. akan diusahakan lagi.

Sekejap je jumpa doktor. Ibu kena tunggu sampai pukul 1015am sebab kena ambil darah kali kedua untuk MGTT pagi tadi. Syukur... Ibu tak muntah dah. Ibu rasa lapar sangat masa tu. Terasa pening pun ada lagi. Doktor suruh tunggu esok. Kalau takde sesiapa yang call Ibu, maknanya result Ibu normal. Hopefully normal la.. Amin..

Ibu tak bekerja harini. Ikutkan Ibu nak masuk office lepas lunch. Tapi keadaan Ibu macam tak mengizinkan je. Ibu tak larat sebabkan MGTT tu tadi. Sampai rumah Ibu terus rehat. Ibu cuba untuk tidur sekejap. Tapi anak Ibu ni taknak tidur sama. Anak Ibu ajak Ibu main pula. Herrrmmm... kuat main la anak Ibu ni. Dapat la Ibu tidur sejam je. Jadi la tu kan..


Ibu  7 months @ 31 weeks

Ibu & Ayah


* Sayang anak Ibu sangat-sangat.. Jangan noty-noty dalam perut Ibu tau..

~Ibu~


Tuesday, May 21, 2013

2nd Time For Kancing Gigi

16 Mei 2013 - Khamis

Tiap kali Ibu ada check up, mesti Ibu risau sebab Ibu takut nak pergi sorang-sorang. Ibu banyak bergantung kepada Ayah. Harini Ayah ada meeting dekat Putrajaya sampai tengah hari. Check up Ibu pukul 2 petang. Sempat ke? Tapi disebabkan Ayah superhero Ibu, pukul 1.30 petang Ayah dah sampai depan office Ibu. Teror Ayah kan?

Ayah bawa Ibu makan dulu. Bagi anak Ibu ni kenyang. Nanti tak la meronta-ronta dalam perut Ibu. Tapi nama pun baby boy. Anak Ibu ni tak leh duduk diam. Kenyang ke lapar ke, kalau rasa nak main, baby main jugak kan?

Macam biasa.. dah sampai klinik, Ibu kena check air kencing. Berat Ibu naik lagi jadi 47kg. Bacaan hemoglobin Ibu pulak menunjukkan peningkatan sikit. Kalau yang lepas ambil darah kat jari bacaannya 8 atau 9 je kan? Kali ni bacaan kat jari dah 10. Yeay... tak payah ambil darah lagi dah untuk ujian makmal. Kira ok la tu kan.. Sebab Ibu baru start makan iberet seminggu.

Sembang-sembang, tanya-tanya sikit, check perut Ibu, semua ok. Alhamdulillah.. heartbeat baby 152. Kaki Ibu tak bengkak lagi. Syukur.. Dah settle semuanya, sebelum balik Ibu kena cucuk kancing gigi untuk kali kedua. Macam yang pertama, tangan Ibu akan lenguh dalam masa 2 3 hari. Next week Ibu kena minum air gula pulak kat HUKM. Huuu... takut muntah lagi.

Progress anak Ibu pulak, baby semakin kuat tendang perut Ibu. Ayah makin seronok main dengan baby. Kadang-kadang bila Ibu salah baring, baby geletek pinggang Ibu. Geli tau.. Suhu badan Ibu rasanya makin naik kot. Sebab asal bangun tidur je mesti Ibu berpeluh. Ibu tak sakit pinggang. Tapi belakang Ibu ni yang sakit. Tak tahu la kenapa. Tapi normal untuk ibu mengandung. Ibu dah cepat penat sekarang ni. Dah tak suka pergi tempat ramai orang. Tak boleh berjalan lama-lama. Tapi Ibu masih boleh berjalan kaki pergi kerja. Siap naik jejantas lagi. Kuat Ibu kan? Alhamdulillah... Allah bagi kekuatan untuk Ibu.

Petang...

Ibu teringin nak jalan-jalan masa tu. Tapi taknak pergi tempat yang sibuk. Ibu ajak Ayah pergi One Baby World. Boleh Ibu shopping barang baby lagi yang tak cukup-cukup lagi tu. Lepas Asar kami keluar. Sampai sana mula la Ibu melilau cari barang. Best shopping barang baby. Semua cute-cute. Ibu suka..

Ini hasilnya...

Tungku Ibu / Bantal kecil baby / Nursing pillow / Nursing bra (tiada dalam gambar)

Thank you Ayah untuk semua barang ni. Walaupun sikit je. Tapi habis jugak la dalam RM200. huhu

Oh ya.. harini 16 Mei kan? Selamat Hari Guru Ayah! Sebagai ganjaran, Ibu ajak Ayah pergi makan. Ibu belanja Ayah makan pulak. Secret recipe? Mcdonald? Kenny rogers? KFC?
Huh.. semua Ayah taknak. Ayah nak makan nasi lemak kat Malis Corner tu je. Ok.. ape-ape je la Ayah. Ayah order nasi lemak jugak untuk Ibu. Nasi 1 mangkuk je. Tapi ayam berketul-ketul. Wah Ayah.. betol-betol paw Ibu ye. hehehe tak pe la.. janji Ayah happy kan. Dah habis makan singgah kedai sebelah. Kedai sebelah ialah kedai aiskrim Tutti Fruity. Hambek... 1 cup tu je dah RM17 tau. Sesekali boleh la makan mahal kan.. lagi pun harini hari Ayah. Sempena hari guru, Ayah terpilih untuk dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Tahniah Ayah.. tak sia-sia Ayah kerja keras selama ni. Ibu and Baby sayang Ayah ketat-ketat.. Muahhh...

Happynya Ayah

~Ibu~

Monday, May 13, 2013

Mengemas Bilik @ Ipoh

11 & 12 Mei 2013 - Sabtu & Ahad

Ibu balik Ipoh ada tujuan. Ibu nak mengemas bilik Ibu untuk waktu berpantang. Ibu nak anak Ibu ni selesa bila lahir nanti. Sebelum ni pun Ibu & Ayah dah mula mengemas sikit-sikit. Buang apa yang dah tak boleh guna dah. Dalam tak larat nak bangun duduk, Ibu gagahkan juga mengemas mana yang Ibu larat.

Kali ni Ibu & Ayah cat bilik pula. Ibu cat warna biru. Guna cat murah je pun. Jadi la kan.. janji bilik tu nampak kemas dan lawa. Kesian kat Ayah.. dia yang banyak tolong Ibu mengemas. Thank you dear..

Ibu & Ayah tak sempat nak clearkan bilik tu sepenuhnya. Cuma dapat habiskan mengecat 1 bilik. Barang-barang yang lain Ibu tak sempat nak susun betul-betul lagi. Nanti kalau balik Ipoh lagi sekali hope dapat settlekan semuanya. Lagi sebulan setengah je baby nak keluar dah. huhu mintak-mintak sempat la.

Kali ni Ibu tak dapat mengemas banyak sangat sebab dalam masa yang sama kena melayan Aqram juga. Jadi la dapat kemas sikit-sikit. Janji ada perubahannya juga.

Bersepah lagi kan??

Aqram @ Sepupu Baby
Aqram @ Budak Nakal
Haaa... Ayah belikan hanger bulat untuk gantung baju baby nanti. Ayah beli yang besar tau. huhu Lepas tu Ayah belikan picnic basket. Ni banyak kegunaannya. Ibu nak guna masa Ibu kat hospital nanti. Lepas tu boleh guna untuk isi peralatan baby pula. Tak kisah la makanan ke, pampers ke, apa-apa je la. Thank you sekali lagi Ayah!

Picnic basket / Round hanger
Ibu sayang baby & Ayah sangat-sangat.

~Ibu~

Mom & Baby Ekspo

10 Mei 2013 - Jumaat

Ibu cuti harini! Ibu minta cuti sebab Ibu tak larat nak bekerja. Lagi pun harini Ibu nak pergi shopping barang baby lagi. Waktu pagi Ibu kemas-kemas rumah sikit. Tengah hari Ayah balik kerja. Lepas solat jumaat, Ayah bawa Ibu pergi Midvalley sebab ada Mom & Baby Ekspo.

Bila sampai sana, Ibu tak tahu nak beli barang apa. Baru jalan sikit Ibu dah mula penat. So, ni je yang Ibu & Ayah belikan untuk baby. Haaa... barang Ibu pun ada juga. Tapi barang Ibu ni untuk kegunaan baby juga.

Breastpump Ibu
Pampers Untuk Baby
Lotion / Bedak
Cooler Bag / Ice pack
Fancy Barut for Baby
Ibu dapat macam-macam gift masa jalan-jalan kat ekspo tu
Bottle Liquid Cleanser
Storage Bottle untuk Susu Ibu
Gifts: Buku Panduan Ekspo / Palmer's Product / Baby Powder / Children Vit C - Scott's Emulsion / Sapu Tangan Baby - Fiffy
Thank you Ayah..

Lepas balik dari Midvalley, Ibu & Ayah kena bersiap untuk balik kampung Ipoh pula. Lepas magrib kami dah keluar rumah. Kali ni Ibu balik Ipoh kena bawa Aqram. Huwaaaaa... penat la Ibu camni. Tapi tak pe.. Ibu practice jaga Aqram, nanti senang la Ibu jaga anak Ibu ni pula.

Aqram - Otw balik Ipoh
Nasib baik tidur... fuhhhh..
Malam ni Ibu makan lambat sikit. Kesian anak Ibu ni lapar. Perut Ibu pun tak selesa sebab dah masuk angin. Apa-apa pun anak Ibu ni baik. Anak Ibu faham keadaan Ibu. Sayang baby sangat-sangat.

~Ibu~

Thursday, May 9, 2013

7th Month @ HUKM

8 Mei 2013 - Rabu

Cramp!!! Oh no.. kaki Ibu tiba-tiba kejang lagi masa tidur. Tapi masa tu dah nak subuh. Bila Ibu mengerang kesakitan, cepat-cepat Ayah bangun tolong urutkan kaki Ibu. Kali ni Ibu cramp tersangat la teruk. Sebab lama Ibu rasa sakitnya tu. Rasa nak nangis dah masa tu. Ayah urut, letak krim angin, baru lah ok sikit. Baru boleh gerak kaki Ibu.

Ibu terus bangun dan mandi sebab harini ada temujanji dengan doktor Natasha @ HUKM. Walaupun Ibu boleh berjalan, tapi sakit disebabkan cramp tu masih Ibu rasa lagi. Jalan pun tak boleh laju. Bila sampai hospital, macam biasa la timbang berat, check tekanan darah, check urine. Berat Ibu naik lagi. Harini dah 46kg.

Sebelum jumpa doktor, Ibu kena scan dulu. Sebelum masuk bilik scan, anak Ibu ni aktif sangat. Tendang sana sini. Bila Ibu baring je nak scan, anak Ibu duduk diam-diam. Senang kakak scan tu ukur badan baby. Oooo... depan Ibu & Ayah tunjuk baik ye.. nakal anak Ibu ni. Dah habis scan, aktif balik menendang perut Ibu. Huhu Berat baby dah 1.2kg. Hurmm... patut la belakang Ibu asyik sakit je. Anak Ibu ni dah berat rupanya. Sekali lagi kakak scan tu confirmkan jantina baby. You're Boy! Kesihatan anak Ibu semuanya ok. Alhamdulillah...

Masuk bilik doktor Natasha, doktor happy sangat harini. Tanya itu ini.. check perut Ibu. Everything ok.. Ibu kena minum air gula dan check darah untuk hemoglobin 22 Mei ni. Air gula??? Mimpi ngeri buat Ibu. huhu.. Takpe la.. Ibu cuba je k..

Masa set date untuk air gula tu ada salah faham sikit antara orang makmal dengan doktor Natasha. Emmm.. doktor Natasha nak Ibu jumpa dia hari yang sama dengan hari Ibu minum air gula. Tapi orang makmal tak bagi. Ibu malas nak masuk campur sebab Ayah dah bersuara. Last kali orang makmal ikut cakap Ayah sama macam doktor Natasha bagitahu. Errr.. Ibu yang pening.. Ibu ikutkan je.

Habis awal temujanji kali ni. Dalam pukul 10 dah settle. Lepas HUKM, pergi sekolah Ayah pula untuk hantar kunci. Ayah cuti harini. Ibu pun cuti.. Ibu minta MC kat doktor. Ibu tak larat nak bekerja. huhu Lepas sekolah Ayah, pergi Dominos sebab Ibu nak belanja kawan-kawan Ibu kat office. Lepas tu beli makanan Ibu pula. Lepas tu balik rumah berehat.

Petang, Ibu & Ayah pergi Tesco beli barang rumah. Masa nak bayar kat kaunter, cashier india tu senyum je kat Ibu. Rupanya dia ngan kawan dia dok mengata pasal Ibu. Dia suka tengok perut Ibu ni. hehehe Macam-macam ditanyanya. Baby belum keluar lagi, orang dah excited tengok baby dalam perut Ibu. Anak Ibu ni comel sangat ye. Tunggu dah keluar nanti macam mana pulak...

Perut dah melebar - Comel tak?
Fuhhh.. penat harini. Malamnya pula, sebelum tidur Ayah urutkan kaki Ibu. Ibu pakai stokin masa tidur. Hope tak kejang lagi dah. Anak Ibu duduk baik-baik ye dalam perut Ibu ni.

~Ibu~

Iberet Folic

2 Mei 2013 - Khamis

Disebabkan nurse suggest Ibu untuk tukar ubat, Ibu pun ajak la Ayah pergi farmasi untuk beli ubat yang nurse cakap tu. Ni semua disebabkan hemoglobin Ibu rendah. Tapi takpe.. duit tak menjadi masalah bagi Ibu dan Ayah. Asalkan Ibu dan baby dalam keadaan sihat je.

Sebelum pergi beli Ibu ada buat research sikit kat internet berkenaan dengan ubat ni. Boleh dikatakan ramai yang guna ubat ni, ramai hb nya naik. Sebab tu la Ibu ajak Ayah pergi beli walaupun masa tu hujan dan tersangat la jem. Memang la jem sebab masa Ibu pergi tu waktu orang balik kerja.

So sekarang ni Ibu consume ubat tu pulak la. Hope next appointment hb Ibu akan naik. In syaa Allah.. Ibu cuma boleh usaha je. Yang lain Allah yang tentukan.


~Ibu~

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers