Monday, May 13, 2013

Mom & Baby Ekspo

10 Mei 2013 - Jumaat

Ibu cuti harini! Ibu minta cuti sebab Ibu tak larat nak bekerja. Lagi pun harini Ibu nak pergi shopping barang baby lagi. Waktu pagi Ibu kemas-kemas rumah sikit. Tengah hari Ayah balik kerja. Lepas solat jumaat, Ayah bawa Ibu pergi Midvalley sebab ada Mom & Baby Ekspo.

Bila sampai sana, Ibu tak tahu nak beli barang apa. Baru jalan sikit Ibu dah mula penat. So, ni je yang Ibu & Ayah belikan untuk baby. Haaa... barang Ibu pun ada juga. Tapi barang Ibu ni untuk kegunaan baby juga.

Breastpump Ibu
Pampers Untuk Baby
Lotion / Bedak
Cooler Bag / Ice pack
Fancy Barut for Baby
Ibu dapat macam-macam gift masa jalan-jalan kat ekspo tu
Bottle Liquid Cleanser
Storage Bottle untuk Susu Ibu
Gifts: Buku Panduan Ekspo / Palmer's Product / Baby Powder / Children Vit C - Scott's Emulsion / Sapu Tangan Baby - Fiffy
Thank you Ayah..

Lepas balik dari Midvalley, Ibu & Ayah kena bersiap untuk balik kampung Ipoh pula. Lepas magrib kami dah keluar rumah. Kali ni Ibu balik Ipoh kena bawa Aqram. Huwaaaaa... penat la Ibu camni. Tapi tak pe.. Ibu practice jaga Aqram, nanti senang la Ibu jaga anak Ibu ni pula.

Aqram - Otw balik Ipoh
Nasib baik tidur... fuhhhh..
Malam ni Ibu makan lambat sikit. Kesian anak Ibu ni lapar. Perut Ibu pun tak selesa sebab dah masuk angin. Apa-apa pun anak Ibu ni baik. Anak Ibu faham keadaan Ibu. Sayang baby sangat-sangat.

~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers