Ok.. Ikutkan harini Ibu ada check up dengan KKIA. Tapi Ibu maaaaaalas sangat nak pergi. Why??? Sebab check up kat sana tak best. Ada je yang tak kena. Better Ibu check up kat HUKM sahaja. Lagi pun last week masa kelas antenatal tu Ayah dah tanya kat doktor Natasha.. bole tak kalau skip pergi check up kat KKIA? Penat laa... tiap minggu kena check up. Kalau kat HUKM ada jugak dia scan. Tapi kat KKIA ni sekali pon tak pernah. Doktor kata ok je..
Masa Ibu dekat office, nurse call handphone Ibu. Tapi Ibu tak jawab pun. Nurse call office Ibu pulak. Errrr... tak tahu nak bagi reason apa. Bila angkat phone, talian dah terputus. Semua terkejut kenapa nurse cari Ibu.. termasuk la boss Ibu. Tak cukup dengan tu, nurse call Ayah pula. Dapat kat Ayah, habis laa. Terus terang Ayah bagitahu dia taknak buat check up dekat KKIA. Huh... kental betol Ayah ni. Nurse pun terpaksa cakap ok je la. Tapi esok Ayah kena datang klinik untuk tandatangan mengatakan nak stop check up kat sana. Hooorey... Tq Ayah!
Harini juga anak-anak buah Ayah yang dekat Johor datang KL. Dorang bermalam 1 malam kat rumah Ibu sebab esok pagi nak naik Cameron Highland. Ibu dan Ayah pun follow juga. Tapi kami gerak lepas solat jumaat. Ibu kerja separuh hari. Anak buah Ayah yang namanya Iman tersangat la nakal. Banyak kali di tumbuknya perut Ibu. Kesian baby ye... mesti terkejut kan? Sorry sayang.. Ibu tak boleh buat apa. Kadang-kadang tu halang jugak dia. Tapi dah anak orang kan.. mane boleh marah. Tegur cara lembut je la. Start dari tu anak Ibu asyik memberontak je. Ibu letak je tangan Ibu, baby kick. Agak susah juga la Ibu nak tidur masa tu. Dah la terganggu sebab kepanasan. Hurrrmmm... sabar je la.
* Lepas ni Ibu kena lebih berhati-hati dengan Iman. Dia ingat perut Ibu ni ada belon kot?
~Ibu~
No comments:
Post a Comment