Tuesday, May 21, 2013

2nd Time For Kancing Gigi

16 Mei 2013 - Khamis

Tiap kali Ibu ada check up, mesti Ibu risau sebab Ibu takut nak pergi sorang-sorang. Ibu banyak bergantung kepada Ayah. Harini Ayah ada meeting dekat Putrajaya sampai tengah hari. Check up Ibu pukul 2 petang. Sempat ke? Tapi disebabkan Ayah superhero Ibu, pukul 1.30 petang Ayah dah sampai depan office Ibu. Teror Ayah kan?

Ayah bawa Ibu makan dulu. Bagi anak Ibu ni kenyang. Nanti tak la meronta-ronta dalam perut Ibu. Tapi nama pun baby boy. Anak Ibu ni tak leh duduk diam. Kenyang ke lapar ke, kalau rasa nak main, baby main jugak kan?

Macam biasa.. dah sampai klinik, Ibu kena check air kencing. Berat Ibu naik lagi jadi 47kg. Bacaan hemoglobin Ibu pulak menunjukkan peningkatan sikit. Kalau yang lepas ambil darah kat jari bacaannya 8 atau 9 je kan? Kali ni bacaan kat jari dah 10. Yeay... tak payah ambil darah lagi dah untuk ujian makmal. Kira ok la tu kan.. Sebab Ibu baru start makan iberet seminggu.

Sembang-sembang, tanya-tanya sikit, check perut Ibu, semua ok. Alhamdulillah.. heartbeat baby 152. Kaki Ibu tak bengkak lagi. Syukur.. Dah settle semuanya, sebelum balik Ibu kena cucuk kancing gigi untuk kali kedua. Macam yang pertama, tangan Ibu akan lenguh dalam masa 2 3 hari. Next week Ibu kena minum air gula pulak kat HUKM. Huuu... takut muntah lagi.

Progress anak Ibu pulak, baby semakin kuat tendang perut Ibu. Ayah makin seronok main dengan baby. Kadang-kadang bila Ibu salah baring, baby geletek pinggang Ibu. Geli tau.. Suhu badan Ibu rasanya makin naik kot. Sebab asal bangun tidur je mesti Ibu berpeluh. Ibu tak sakit pinggang. Tapi belakang Ibu ni yang sakit. Tak tahu la kenapa. Tapi normal untuk ibu mengandung. Ibu dah cepat penat sekarang ni. Dah tak suka pergi tempat ramai orang. Tak boleh berjalan lama-lama. Tapi Ibu masih boleh berjalan kaki pergi kerja. Siap naik jejantas lagi. Kuat Ibu kan? Alhamdulillah... Allah bagi kekuatan untuk Ibu.

Petang...

Ibu teringin nak jalan-jalan masa tu. Tapi taknak pergi tempat yang sibuk. Ibu ajak Ayah pergi One Baby World. Boleh Ibu shopping barang baby lagi yang tak cukup-cukup lagi tu. Lepas Asar kami keluar. Sampai sana mula la Ibu melilau cari barang. Best shopping barang baby. Semua cute-cute. Ibu suka..

Ini hasilnya...

Tungku Ibu / Bantal kecil baby / Nursing pillow / Nursing bra (tiada dalam gambar)

Thank you Ayah untuk semua barang ni. Walaupun sikit je. Tapi habis jugak la dalam RM200. huhu

Oh ya.. harini 16 Mei kan? Selamat Hari Guru Ayah! Sebagai ganjaran, Ibu ajak Ayah pergi makan. Ibu belanja Ayah makan pulak. Secret recipe? Mcdonald? Kenny rogers? KFC?
Huh.. semua Ayah taknak. Ayah nak makan nasi lemak kat Malis Corner tu je. Ok.. ape-ape je la Ayah. Ayah order nasi lemak jugak untuk Ibu. Nasi 1 mangkuk je. Tapi ayam berketul-ketul. Wah Ayah.. betol-betol paw Ibu ye. hehehe tak pe la.. janji Ayah happy kan. Dah habis makan singgah kedai sebelah. Kedai sebelah ialah kedai aiskrim Tutti Fruity. Hambek... 1 cup tu je dah RM17 tau. Sesekali boleh la makan mahal kan.. lagi pun harini hari Ayah. Sempena hari guru, Ayah terpilih untuk dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Tahniah Ayah.. tak sia-sia Ayah kerja keras selama ni. Ibu and Baby sayang Ayah ketat-ketat.. Muahhh...

Happynya Ayah

~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers