Thursday, December 20, 2012

Buku Biru & Buku Pink

19 Disember 2012 - Rabu

Seronok sangat Ibu nak pergi HUKM harini. Mesti la kena seronok sebab Ibu nak bagi surprise dekat doktor Natasha yang Ibu dah berjaya mengandung. Sampai je hospital, macam biasa la. Ibu kena timbang berat dan ambil tekanan darah. Surprising!!! Berat Ibu dah naik dari 34kg ke 37kg. Pertambahan angka yang menggembirakan Ibu. Syukur..

Kalau ikutkan temujanji Ibu, kali ni Ibu kena scan nak tengok Ibu punya endo masih ada lagi atau tak. So Ibu pun pergi la bilik scan. Excited sangat nak scan masa tu. Tapi malangnya orang yang scan tu, doktor yang Ibu tak suka. Alaaa.. doktor yang nak sambung lucrin Ibu dulu tu. Huh.. kenapa dia lagi?? Ok la.. takpe la. Ibu pun bagitahu la masalah Ibu. Dia nampak je anak Ibu, terus je dia ukur panjang anak Ibu. Pastu print gambar baby, pastu dah. Alaaa... Ibu tak puas tengok anak Ibu. Ibu tak nampak heartbeat anak Ibu. Isshhh... doktor ni buat hal lagi dengan Ibu. Tapi Ayah sempat la nampak kepala baby dah besar sikit dari minggu lepas. Fuhhh.. alhamdulillah.. anak Ibu dan Ayah membesar dengan sihat.

Tik tok tik tok.. nombor Ibu kena panggil. Ibu happy... masuk je bilik doktor Natasha, dia senyum kat Ibu. hehehe Ibu tahu doktor pun happy dengan berita gembira ni. Kali ni lama juga Ibu jumpa dengan doktor Natasha. Dia buka buku pink untuk Ibu (sedangkan buku tu warnanya biru..) Dalam masa yang sama doktor suruh Ibu pergi buat test air kencing. Dah settle, bawak result kat doktor balik. Pastu doktor check perut Ibu, breast dan leher Ibu. Semuanya ok. Doktor bagi banyak ubat kat Ibu. Sebab Ibu mengadu sekarang ni Ibu dah mula muntah-muntah. Meloya tak yah cakap la kekerapannya. Bila semua dah selesai, doktor bagi MC dekat Ibu. Tapi sebelum balik Ibu kena ambil darah dulu.

Bulan Januari 2013 Ibu kena jumpa doktor Natasha lagi. Selesai untuk hari ni di HUKM. Alhamdulillah...

Next... Ibu kena daftar dekat Klinik Kesihatan Kerajaan pula. Doktor Natasha suruh pergi sana untuk check up di kawasan terdekat dengan rumah. Dah sampai sana, nurse-nurse kat sana semuanya happy-happy. Hurrmm.. macam ni la yang Ibu nak. Takde la Ibu stress. Nurse buka buku pink pulak untuk Ibu. Aiyaaa... Ibu ada 2 buku rekod kesihatan anak Ibu. Apa-apa je laa.. janji yang terbaik untuk anak Ibu. Lama juga buka buku pink ni. Hampir satu jam Ibu kena interview dengan nurse. Nurse buat ujian darah HIV. Resultnya negatif. Syukur.. Nurse check pula darah Ibu.. alamak.. tak cukup darah la pulak. Darah Ibu cair. Ibu kena banyak makan kerang, hati, tak pun ikan bilis. Ok nurse.. saya akan cuba banyakkan darah balik.

Bulan Januari 2012 seminggu selepas jumpa doktor Natasha Ibu kena jumpa nurse-nurse Klinik Kesihatan ni lagi. Selesai untuk hari ni di Klinik Kesihatan. Ibu dan Ayah penat sangat harini. Tapi demi anak Ibu dan Ayah, rasa berbaloi penatnya.



Love you Baby!

~Ibu~

Monday, December 17, 2012

Scan Time!

11 Disember 2012 - Selasa

Ibu dah mula mual-mual, pening, sakit kepala. Kadang-kadang tu muntah juga masa Ibu gosok gigi. Makan pun dah mula cerewet + memilih sangat-sangat. Kadang-kadang Ibu tak tahan. Tapi bila fikirkan anak Ibu, Ibu jadi kuat. Ibu rela sakit demi anak-anak Ibu.

8,9,10 haribulan Disember. Ibu dan Ayah berjalan. Kami pergi holiday ke Langkawi. Syukur sangat sepanjang perjalanan di Langkawi, Ibu sihat je. Baby tak buat hal. Agaknya anak Ibu ni suka berjalan kot. Kadang-kadang tu Ibu risau juga dengan baby. Tapi Ibu tawakal je. Hope anak Ibu ni sihat-sihat je.

@ Dataran Helang
Island Hopping
@ Cable Car
Balik je dari Langkawi, Ibu dan Ayah pergi Pusat Perubatan Al-Ridhuan kat Ipoh untuk scan baby. Ni la first time Ibu tengok anak Ibu dalam perut Ibu. Alahai... kecilnye anak Ibu ni. Doktor bagitahu waktu ni anak Ibu dah 8 minggu. Alhamdulillah semuanya ok dan normal. Ibu dah nampak heartbeat baby. Comel je. Terharu sangat-sangat Ibu tengok anak Ibu.

Anak Ibu yang comel
Ibu harap anak Ibu membesar dengan sihat sepanjang tempoh kehamilan ni. Be nice with Ibu ye sayang!

* Nanti kita pergi jumpa doktor Natasha pulak k...

~Ibu~

Happy Birthday Ibu!!!

23 November 2012 - Jumaat

Harini merupakan hari lahir Ibu yang ke-25. Semalam Ayah suruh buat pregnancy test pagi esok. Mana taknye.. period Ibu dah delay lebih kurang seminggu. Pukul 4.30am Ibu rasa perut Ibu sakit nak buang air besar. Ibu pun terus buat pregnancy test.

Jeng jeng jeng... double line muncul kat test tu. Wah.. rasa macam tak percaya je. Biar betol!!! Ibu pun usaha la gerak Ayah pagi-pagi buta untuk tengok test tu. Ayah pun senyum tengok Ibu. Tahniah sayang!!! itu lah kata-kata yang keluar dari mulut Ayah.

Akhirnya berjaya juga usaha Ibu dan Ayah. Kami haaaaaappy sangat. Pagi tu Ibu dan Ayah pergi  klinik swasta untuk buat kepastian. Doktor buat ujian air kencing, dan dia bagitahu baby Ibu ni dah lima minggu usianya. Alhamdulillah... Syukur kepada Mu Ya Allah atas rezekiMu ini. 

Double line - 1 test di rumah / 1 test di klinik
Excited punya pasal, Ibu minta MC dekat doktor. hehehe Ibu bagitahu kat Nek Mak, Tok Baba, Nenek, ngan Atok. Semuanya gembira dengan berita ni. Ini la hadiah hari lahir yang paling bermakna buat Ibu. Terima kasih Allah!

~Ibu~

Saturday, December 15, 2012

Jumpa Dr Natasha Lagi

7 November 2012 - Rabu

Haaa... kali ni Ibu excited sangat-sangat nak jumpa dengan doktor Natasha. Ibu nak tahu apa plan doktor lepas dah buat ujian HSG. IUI kah.. IVF kah... atau kena makan pil clomid?? Ok.. tunggu jumpa dia baru dapat tahu apa Ibu kena buat lepas ni.

Nombor Ibu pun dipanggil. Macam sebelum ni juga.. masuk je bilik doktor, dia tanya dah period? Owh.. kali ni Ibu senyum sambil angguk-angguk kepala. hehehe Doktor pun bagitahu la sekarang ni dia bagi masa 3 bulan untuk Ibu cuba conceive secara natural. Kalau bulan depan masih takde lagi, dia akan bagi pil clomid. Kalau bulan mac 2013 masih tak berjaya lagi, doktor akan proceed buat IUI. Folic asid jangan lupa ambil ye puan.. Ok.. saya paham doktor!

Ibu dan Ayah pun balik laa.. Dalam masa yang sama kami masih berdoa dan berusaha supaya Ibu dapat hamil secara semulajadi. Takyah la Ibu dan Ayah pening-pening fikir pasal duit untuk rawatan.

Harap-harap ada la rezeki untuk kami berdua. Amin...

~Ibu~



Ujian HSG

23 Oktober 2012 - Selasa

Awal pagi lagi Ibu dan Ayah dah sampai HUKM dekat bahagian radiologi. Ibu excited sangat nak buat ujian HSG ni. Tapi dalam masa yang sama Ibu takut juga. Ibu takut sakit je masa buat tu. Sebelum ni doktor Natasha ada bagitahu, kalau taknak sakit, makan panadol sebelum pergi hospital. Ibu pun buat la macam tu.

Tunggu punya tunggu, doktor panggil nama Ibu. Doktor lelaki??? Errr... terpaksa terima. Kalau tak, nanti lambat pulak proses Ibu nak mengandung. Ibu fikir secara professional je. Tak anggap benda lain pun. Doktor bagi serba sedikit penerangan dekat Ibu dan Ayah berkenaan dengan ujian ni.

Kemudian Ibu diarahkan untuk tukar baju. Ujian pun bermula. Mula-mula doktor masukkan spekulum yang macam muncung itik tu kat miss V Ibu. Masa ni confirm la Ibu terasa sakitnya. Ibu tak selesa sangat-sangat. Tapi Ibu terpaksa la tahan demi anak-anak Ibu. Bila doktor dah selesai masukkan tiub kecil macam wayar, spekulum dikeluarkan. Fuhhhh... lega.

Lepas tu doktor letak mesin x-ray betul-betul dekat dengan perut Ibu. Bila semua dah ready, sejenis cecair yang dipanggil dye dicucukkan masuk ke dalam tiub wayar yang dah dimasukkan ke dalam miss V Ibu. Tiub wayar tu panjangnya sampai ke rahim. Bila dye tu mengalir, Ibu terasa pedih sikit. Tapi Ibu masih boleh tahan. Doktor pun capture la beberapa gambar untuk masukkan dalam rekod Ibu.

Kesimpulannya, doktor bagitahu Ibu, tiub fallopio kiri Ibu memang blocked. Yang belah kanan pula nampak pengaliran dye. Tapi agak sempit sedikit. Ibu redha... Ibu terima keputusan doktor tu. Lagi pun Ibu dah bersedia dengan apa pun keputusan doktor.

Dah habis semua, Ibu tukar baju dan balik rumah. Ibu dapat MC satu hari. Sebab masa ujian tu doktor ada cucuk 1 ubat ni untuk kembangkan tiub fallopio. Kesannya, mata Ibu akan kabur sedikit masa tu. Sebab tu Ibu dapat MC. Lepas ujian tu juga ada sedikit bleeding dalam masa sehari 2 tu je. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Lepas ni Ibu kena jumpa doktor Natasha pula..

~Ibu~

Thursday, December 13, 2012

Sudah Keluar!!!

17 Oktober 2012 - Rabu

Hari yang dinantikan sudah tiba. Period Ibu dah keluar. Happy sangat-sangat masa tu. Ibu pun apa lagi.. pukul 9 pagi terus call HUKM untuk buat temujanji untuk buat HSG test. Mula-mula dia bagitahu dah penuh. Penuh masa hari ke-10 dari tarikh pertama Ibu period. Dia kira-kira, ada kosong masa hari ke-7. Lagi la Ibu happy. Sebab kalau tak dapat buat masa ni, Ibu kena tunggu next cycle la pulak. Lagi lambat la Ibu nak jumpa anak-anak Ibu nanti.

Bila dah dapat tarikh, Ibu pun mula la makan nenas dengan minum air gas. Nak cepat keringkan period. Nanti ada period, tak dapat buat ujian HSG.

~Ibu~

Negatif..

4 Oktober 2012 - Khamis

Tunggu punya tunggu, HUKM tak call pun Ibu. So result untuk ujian hamil Ibu negatif la tu. Ibu cuba call HUKM untuk kepastian. Dan mereka pun bagitahu benda yang sama. Ok.. Ibu redha. Sekarang ni Ibu mengharapkan period Ibu cepat-cepat la keluar.

~Ibu~




Hati Dah Mula Risau

3 Oktober 2012 - Rabu

Period Ibu masih belum muncul lagi. Bila ni??? Ibu dah mula risau. Apa Ibu nak bagitahu dekat doktor Natasha nanti??

Masuk je bilik doktor, dia tanya dah period ke belum?? Ibu senyum je la sambil geleng-gelengkan kepala. Doktor dah pelik. Dia terkejut lagi. Adoi... Ibu ni normal ke tak ni. Doktor pun tak tahu nak buat apa. Dia suruh Ibu buat test darah Beta HCG. Test pregnant.. Mana tahu kot Ibu dah pregnant kan..

Sebelum balik doktor bagi 2 tarikh temujanji. 1 tu kalau positif, datang untuk check up pregnant. 1 lagi kalau negatif, datang untuk check up biasa. Sekali lagi doktor Natasha pesan suruh simpan duit. Ok doktor!

* Berharap supaya period datang cepat kalau betul Ibu tak pregnant lagi..

~Ibu~

Appointment Lagi

29 Ogos 2012 - Rabu

Dah puas ber "Hari Raya Puasa", masa untuk Ibu jumpa dengan doktor Natasha semula. Masa raya tu, kadang-kadang Ibu terasa juga bila orang-orang sekeliling Ibu bertanyakan bila nak ada baby?? Ibu dan Ayah bukan taknak baby. Tapi belum rezeki kami berdua lagi. Ibu dan Ayah bersabar je la. Usia perkahwinan kami pun dah setahun lebih dah. Kadang-kadang Ibu buat tak tahu je kalau orang datang. Sebab takut nak berdepan dengan orang. huhu

Ok.. back to HUKM. Doktor Natasha tanya Ibu dah period ke belum?? Ibu cakap la belum. Saki baki lucrin tu masih ada lagi dalam badan Ibu. Then doktor pun pesan la kat Ibu. Bila dah period nanti, Ibu kena buat HSG test sekali lagi. Untuk reconfirm balik keadaan tiub fallopio Ibu. Ibu pun ok je. So doktor pun keluarkan borang untuk buat test tu nanti.

Sebelum balik Ibu kena ambil darah. Untuk tahu keadaan kesihatan Ibu sekarang. Dah selesai semua, Ibu dan Ayah pun balik...

~Ibu~

Temujanji Tak Jadi

3 Julai 2012 - Selasa

Sepatutnya tarikh ni Ibu kena jumpa doktor Natasha untuk scan Ibu punya endo samada ada lagi atau tak. Tapi temujanji ni dibatalkan.

1 Ogos 2012 - Rabu

Tarikh ni pun dibatalkan juga. Sepatutnya Ibu kena pergi bahagian daycare untuk cucuk lucrin lagi. Tapi alhamdulillah tak jadi.

* Benci kat doktor lelaki tu.. takmo dah jumpe dia pasni. Kalau doktor Natasha takde lagi pasni, mintak postpone je appointment tu.

~Ibu~

Dapat Jumpa Dr Natasha!

20 Jun 2012 - Rabu

Alhamdulillah.. dapat juga jumpa dengan doktor Natasha. Haaaa... kan Ibu dah cakap.. doktor Natasha taknak sambung lucrin Ibu lagi dah. Nasib baik tak sempat cucuk lucrin lagi. Fuhhhh... Syukur...

Doktor bagitahu masa operate dulu dia ada buat HSG test. Ujian ni nak tahu sama ada tiub fallopio Ibu ok atau tak. Malangnya, doktor bagitahu tiub belah kiri dah blocked. Yang belah kanan pulak ok. Tapi agak sempit sangat. Doktor nasihatkan supaya Ibu dan Ayah mula untuk simpan duit. Sebab kalau takde peluang untuk hamil secara natural, doktor nak buat IUI atau IVF.

Ibu dan Ayah redha dengan keputusan doktor tu. Kami terima dengan hati terbuka. Lepas ni kena berjimat cermat la pulak.. Demi anak-anak Ibu... Ibu sanggup bersusah dan tahan semua sakit.

~Ibu~

Wednesday, December 12, 2012

Nak Jumpa Dr. Natasha!!!

6 Jun 2012 - Rabu

Kalau ikutkan Ibu tersangat happy harini. Nak tahu kenapa?? Sebab Ibu dapat jumpa doktor Natasha yang operate Ibu dulu. Ibu nak tahu juga la perkembangan Ibu selepas operate. Tapi... malangnya doktor Natasha ada emergency masa tu. So nurse suggest jumpa doktor lain. Dia bagitahu doktor tu anak didik doktor Natasha juga. Ok... Ibu dan Ayah tunggu untuk jumpa doktor tu.

Bila masuk, tengok-tengok doktor lelaki. Dia cerita balik apa yang doktor jumpa masa operate dulu. Ibu taknak dengar semua tu. Ibu cuma nak tahu sama ada Ibu kena sambung lucrin lagi 3 bulan ke tak. Sekali lagi malangnya dia bagitahu Ibu kena sambung lucrin lagi 3 bulan. Ibu taknak!!! Ibu nak pregnant cepat. Ibu tak sabar nak jumpa anak-anak Ibu. Dia siap bagi ubat lucrin tu lagi kat Ibu. Dah siap-siap aturkan appoitment Ibu untuk cucuk lucrin tu. Ibu dengan Ayah sedih je masa tu.

Ibu dan Ayah tak puas hati dengan doktor tu. Ayah minta appointment untuk jumpa dengan doktor Natasha minggu depan. Tapi kakak tu tak bagi. Dia kata doktor tu sama je dengan doktor Natasha. Ibu dan Ayah pun balik la dengan hampanya.

Ayah sekali lagi call HUKM untuk minta appointment jumpa dengan doktor Natasha. Alhamdulillah.. kali ni dapat. Ibu gembira sangat-sangat masa tu. Syukur... Ibu dan Ayah kembali happy!!!

* tak sabar nak jumpa dengan doktor Natasha!

~Ibu~


Tuesday, November 27, 2012

Bekerja Semula

3 Mei 2012 - Khamis

Hari ni Ibu masuk office semula untuk bekerja. Alhamdulillah Ibu dah makin sihat. Dah boleh buat kerja dah. Tapi masih dalam keadaan berhati-hati. Di pejabat, semua kawan-kawan Ibu bertanyakan keadaan Ibu. Ibu pun cerita la pengalaman Ibu.

Sebulan Ibu tak masuk office. Banyak juga Ibu kena update. Staff baru pun ramai juga. Ibu rasa macam jadi pekerja baru pulak. Banyak yang Ibu kena belajar balik. Tapi tak pe, Ibu kan hebat!

Sebelum balik rumah, Ibu dapat hadiah dari kawan-kawan office Ibu. Ibu dapat pati ayam brand's dengan kad wish supaya cepat sembuh. Terharu... Terima kasih semua.. =)


~Ibu~

Follow Up Lucrin

18 April 2012 - Rabu

Hari ni Ibu kena jumpa doktor yang cucuk lucrin kat Ibu. Dia nak follow up keadaan kesihatan Ibu. Bila dah sampai Daycare HUKM, Ibu dan Ayah terpaksa tunggu doktor sebab doktor ada di operation theater. Lama juga kami tunggu doktor. Dari pukul 8am sampai la hampir pukul 11am. Lama tau.. kesian Ayah sebab tunggu lama. Dah la kerja masa tu.

Tunggu punya tunggu, doktor Ibu masih belum datang lagi. Nak tak nak, doktor lain yang check Ibu. Ok la daripada tak check langsung kan. Bila Ibu dah balik rumah, doktor telefon Ibu untuk minta maaf sebab dia ada kes kecemasan tadi. Tak pe la doktor.. saya faham. Dia ada juga la tanya sikit-sikit berkenaan kesihatan Ibu. Alhamdulillah... semuanya OK.

4 Mei 2012 - Jumaat

Sekali lagi Ibu kena jumpa doktor untuk follow up dengan doktor lucrin. Kali ni Ibu dapat jumpa doktor yang Ibu tunggu masa temujanji yang lepas. Ibu dan Ayah tak tunggu lama pun. Doktor tanya beberapa soalan. Ibu bagitahu doktor, sepanjang tempoh lucrin ni badan Ibu asyik panas je. Mood pun swing. Miss V pulak tersangat la kering. Doktor bagitahu itu normal untuk pesakit yang ambil ubat lucrin ni.

Alhamdulillah... kesihatan Ibu makin OK. Sebelum balik doktor ambil darah Ibu. Kemudian Ayah hantar Ibu pergi kerja. Semua berjalan lancar buat sementara waktu. Syukur..


~Ibu~

Monday, November 26, 2012

Masa Untuk Berehat

2 April 2012 - 15 April 2012

Dalam tempoh ni Ibu diberi cuti sakit untuk berehat. Lepas je operate, Ibu berehat kat Ipoh sampai la habis cuti sakit Ibu. Bila habis cuti, Ayah bawa Ibu balik Kuala Lumpur semula. Seronok.. tapi yang tak seronoknya luka Ibu belum sembuh sepenuhnya. Ibu tak dapat jalan betul-betul lagi. Masih lagi macam kura-kura. Huhu

16 April 2012 - Isnin

Disebabkan Ibu tak sihat sepenuhnya lagi, Ayah bawa Ibu jumpa doktor balik kat HUKM. Bila jumpa doktor, nurse bersihkan luka Ibu. Lepas tu doktor bagi cuti sakit lagi dekat Ibu selama 2 minggu lagi. So, jadinya sebulan la Ibu cuti sakit. Seronok!!! Dalam tempuh sebulan, memang Ibu berpantang dari segi makanan sebab takut luka lambat sembuh.

Alhamdulillah. Lepas sebulan Ibu dah sembuh walaupun luka masih belum 100% pulih. Tapi tak la jalan macam kura-kura lagi. Terima kasih dekat Ayah sebab menjaga Ibu tanpa jemu selama Ibu sakit. Termasuk la Mak dan Baba Ibu. Ibu Saaaaaayang Ayah!

~Ibu~


Monday, November 5, 2012

Check Out Time

4 April 2012 - Rabu

Tiba-tiba lebih kurang pukul 5.30 pagi Ibu terjaga dari tidur yang panjang. Ibu terasa katil Ibu siap ada halang, pastu tinggi sikit. Ni sebab Ibu tak bangun langsung lepas bedah semalam. Masa tu Ibu terasa nak buang air kecil. Mujur masa tu nurse tengah round untuk ambil tekanan darah. So, Ibu cakap la Ibu nak ke toilet. Ibu minta tolong untuk papah Ibu. Sebab Ibu terasa sakit kat tempat bedah tu. Nurse tu pun bantu Ibu tegakkan katil. Terus Ibu rasa melayang. Mana taknye.. Hampir 24 jam Ibu tidur. Tiba-tiba bangun, rasa pening sangat-sangat. Bila dah stabil sikit, nurse bawak Ibu pergi toilet guna kerusi roda. Lega rasanya dapat buang air. Lepas tu Ibu tak boleh tidur dah. Rasa puas sangat dapat tidur lama.

Hari dah terang, semua nurse kemaskan semua katil pesakit. Doktor buat round, bila turn Ibu, doktor senyum tanya Ibu ok ke tak. Ibu ok.. cumanya Ibu dahaga, lapar. Sebelum doktor Natasha datang, nurse tak bagi Ibu breakfast, minum air pun tak boleh lagi. Sedih sangat tau. Katanya kena tunggu arahan doktor. Tapi lepas doktor Natasha datang, doktor bagitahu Ibu dah boleh makan dan minum. Tapi kena mulakan dengan soft diet. Contohnya minum milo, makan sup atau pun bubur.

Ibu pun cepat-cepat la SMS Ayah pesan suruh beli milo. Sebab Ibu tahu lunch nanti confirm Ibu tak dapat makan makanan hospital tu. Masa lunch Ayah datang bawa milo. Alhamdulillah lega rasanya tekak Ibu. Habis mulut Ibu pecah-pecah sebab terlalu kering. Waktu lunch, doktor datang untuk tanya perkembangan Ibu. Doktor tunjuk gambar dalam perut Ibu sebelum dan selepas pembedahan. Ngeri.. ngilu.. semua Ibu rasa. Tapi rasa lega sebab ketulan endo dah dibuang. Sembang-sembang dengan doktor, dia bagitahu Ibu dah boleh keluar hospital petang ni. Yeay... rasa nak lompat-lompat je masa tu. Cepat-cepat SMS Ayah bagitahu. =)

Taaaaapi... sebelum Ibu balik, doktor ada bagitahu Ibu kena ambil ubat hormon yang dipanggil LUCRIN. Ubat ni untuk berhentikan sekejap period Ibu. Doktor nak sembuhkan semua luka Ibu dulu. Dalam masa yang sama untuk hilangkan saki baki endo dalam perut Ibu. Doktor lucrin datang jumpa Ibu bagi serba sedikit penerangan. Ibu faham dan Ibu terima.

Bila waktu melawat sesi petang, Ayah datang jumpa Ibu untuk bawa Ibu balik rumah. Mak Ibu siap-siapkan Ibu, kemaskan barang-barang Ibu. Tiba-tiba doktor datang bawak jarum besar. Menakutkan betol la jarum lucrin tu. Disebabkan nak balik, Ibu relakan muntot Ibu kene cucuk. Errmmm... takde la sakit sangat pun. hehehe dah selesai kemas, Ibu balik. Ayah yang tolong settlekan urusan keluar ward. Alhamdulillah.. keluar juga Ibu dari hospital. Bye bye doktor.. bye bye nurse..

Ibu balik dengan hati yang gembira. Tapi jalan macam kura-kura. Slowwwww sangat. Bila dalam kereta, mulut Ibu membebel dekat Ayah. Mana taknya, bawak kereta macam orang gila. Masa tu kami pakai kereta kancil je. Bila masuk je lubang, berdenyut-denyut tempat operate Ibu. huhuhu Finally... sampai juga rumah Ibu. Yeay!

Bila di rumah pulak, Ayah sibuk tolong kemaskan baju-baju Ibu untuk balik Ipoh. Mak & Baba Ibu kena balik Ipoh malam tu jugak. Disebabkan takde siapa yang nak jaga Ibu di KL, Ibu terpaksa la ikut mereka balik ke Ipoh. Ibu berehat sekejap, lepas tu kami pun pulang la ke Ipoh. Ibu sedih tinggalkan Ayah sorang-sorang kat KL. Tak terubat lagi rindu Ibu di hospital, dah kena berpisah lagi. Tapi nak buat macam mana. Terpaksa la Ibu terima. Ayah janji hujung minggu nanti Ayah akan balik Ipoh jumpa Ibu. Yeay!

Dalam perjalanan balik Ipoh, Ibu tidur je. Tapi tak selesa. Kejap-kejap terjaga sebab terhentak sikit, terasa sakitnya. Bila dah sampai Ipoh, Ibu terus tidur. Penat rasanya hari ni. Dalam masa yang sama Ibu masih teringatkan Ayah.. Kesian Ayah kena duduk rumah sorang-sorang. Ibu sayang Ayah sangat-sangat!

~Ibu~

Tuesday, October 30, 2012

Operation Day

3 April 2012 - Selasa

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Awal pagi mak dah sampai untuk bantu Ibu mandi dan bersiap-siap sebelum pergi operate. Haruslah wangi-wangi dulu kan. Tapi perut lapar.. Masuk air pun terasa lapar sangat-sangat. Ye laaa... air tu untuk tenaga je bukan untuk kenyang.

Dah siap-siap, orang letak makanan kat meja. Wah... boleh makan ke ni? Tak lama lepas tu nurse cakap, oh.. patient ni kena puasa. Breakfast tu kena ambil balik. Kecewa... Ibu tanya doktor, air pun saya tak boleh minum ke? Doktor said "YES, TAK BOLEH". Kecewa sekali lagi. Padahal malam tadi tiap kali muntah je minum air. hahaha Sorry la doktor... lepas muntah saya kena minum. Dahaga sangat tau.

Dalam pukul 10.30am, nurse bagitahu Ibu dah boleh pergi operation theater. Siap-siap pakai baju bedah, then makan ubat bius. Ibu ambil kesempatan minum banyak-banyak. Tapi terkantoi dengan nurse la pulak. huhu Kemudian nurse sorong katil bawak Ibu pergi bilik operation. Berdebar sangat masa tu. Tapi Ayah ada sama ikut Ibu. Kiranya ada la juga semangat untuk Ibu bila tengok muka Ayah dengan parents. Ayah boleh ikut setengah jalan je. Dorang kena tunggu kat luar. Ibu dah masuk bilik bedah, Ibu tengok ada doktor Natasha dengan pembantu-pembantunya sedang bersiap-siap. Dalam masa yang masa, doktor bius bagi arahan kat Ibu untuk hidu ubat ni. Dalam masa tengah hidu tu Ibu dah makin layu, dan layu dan teeetttttttttttt..... (tak sedar apa-apa dah)

Menurut kata Ayah, dalam pukul 2pm Ibu dah keluar bilik bedah. Dah selesai bedah. Tapi kena tahan dekat bilik ICU sebab keadaan Ibu belum stabil lagi. Dalam pukul 6pm baru Ibu ditolak masuk ward balik. Tapi masa tu Ibu tak sedar lagi. Ibu tahu ramai family Ibu datang melawat. Sayangnya Ibu tak boleh bukak mata. Terasa berat sangat kelopak mata ni. Dah pukul 7pm baru Ibu boleh bukak mata. Tinggal Ayah sorang je. Tu pun dia nak balik rumah dah. Ibu bagitahu kalau rasa sakit atau perlukan bantuan, tekan je butang ni. Ibu dapat dengar tu je. Pastu Ayah balik, Ibu sambung tidur balik. Saaaammmmpai la esok.

* Untuk Hubby, Hunny kesian kat Hubby kena tunggu Hunny lama. Sorry Dear...  
* Untuk anak-anak Ibu, Ibu buat semua ni untuk dapatkan anak-anak Ibu. Ibu sanggup berkorban demi anak-anak Ibu.

~Ibu~ 

 

Check In Time

2 April 2012 - Isnin

Ibu kena masuk ward harini. Awal pagi Ibu dah sampai HUKM. Ayah tolong buatkan pendaftaran, then terus masuk ward. Ibu tak sakit lagi!! tapi kena naik kerusi roda jugak. Nurse tolak bawak naik ward. Adeh... malu pun ada jugak. Tapi best... hehehe

Sampai ward nurse bagi baju suruh tukar. Ayah dengan parents tak boleh tunggu lama. So dorang pun keluar, terus balik. Ibu lapar.. ingat kot boleh la keluar kejap pergi sarapan. Rupanya dah masuk, tak boleh keluar dah. Huuuu... sedih.. Ayah tolong belikan biskut untuk Ibu breakfast.

Sementara menunggu waktu lunch, nurse ada la jugak tanya macam-macam untuk rekod dia. Lepas tu tak buat apa-apa dah. Baca majalah, tidur..... Bangun, makan lunch, tidur balik. Sekali sekala ada jugak nurse datang check tekanan darah.

Sebelum waktu malawat sesi petang, doktor datang jumpa untuk tanya-tanya lagi. Lepas tu kena turun bawah untuk scan lagi. Scan scan scan.. tapi kali ni final scan. Again... naik kerusi roda lagi. Tapi kali ni tak la malu sangat sebab Ibu pakai baju hospital. So orang mesti ingat Ibu ni tengah sakit sangat. Heee... Buat la apa pun doktor. Janji saya sembuh lepas ni. Lepas scan, jumpa doktor bius pula. Bagi penerangan prosedur untuk esok. Tandatangan.... balik katil semula, tidur lagi.

Waktu melawat dah tiba!! Ayah datang bawa buah mangga. Weee~~~ Tapi yang tak best nya tiba-tiba doktor datang nak pasang drip. Ish.. kacau daun betul la doktor ni. Errmm... tangan kanan kena cucuk. Sakit!!!

Doktor: Oh.. saya tak jumpa urat awak la. Kita cuba tangan kiri pula ye.
Me: Ok doktor. No problem.
Doktor: Aiyaaa... tak boleh laa.. tak jumpa juga urat awak. Nanti kita cuba lagi ye. Rehat dulu ok.
Me: Huuuu... doktor, sakit tangan saya. Macam mana nak makan mangga ni?
Hubby: Kesian Hunny.. Takpe.. Hubby suapkan ye.
Me: Hati bunga-bunga.. Happy... terharu.. Love you Dear.. Muahhhh..

Pukul 7pm Ayah dah balik. Doktor datang untuk pasang drip sekali lagi. Wah... bertambah sakit la tangan Ibu. Lemah.. Lembik terus tangan.Tapi perut dah kenyang. Apa lagi.. tidur balik la. Pukul 8pm pulak, nurse datang bagi ubat untuk cuci perut. Bersiap sedia untuk buang air besar. huhuhu
Pukul 10pm, nurse datang lagi bagi ubat cuci perut lagi. Lagi??? Oh tidak.. nak telan pun Ibu pikir 100juta kali. Tak sedap.. Sebelum tidur, Ibu kena makan ubat bius dan Ibu kena puasa.

Tak lama kemudian... weeeeekkkkkkkk.... alamak!!! ubat bius tu termuntah jugak la. Ermmm.. lantak la.. Patutnya buang air besar. Tapi muntah pulak. Huhuhu Semalaman Ibu berulang alik ke toilet untuk membuang. Muntah, uk uk, muntah, uk uk. Tu je la kerja Ibu. huhuhu

* Rindu kat hubby sangat-sangat masa ni. Sebab sakit sorang-sorang, tak dapat nak manja-manja. ='(

~Ibu~




Gembira Tapi Risau...

28 Mac 2012 - Rabu

Period dah keluar... Happy!!!
Mana tak happy nya, doktor bagitahu Ibu kena period dulu baru boleh buat operation. Last appointment dulu pun doktor dah siap kira kitaran haid Ibu. Cuma period Ibu lewat keluar 2 hari. Now Ibu happy. Tapi keesokkan harinya...

29 Mac 2012 - Khamis

Ibu dah mula risau. Risau sebab takut period ni lambat kering. Nanti kena postpone date operate pulak. Fikir punya fikir, untuk cepatkan habis haid, Ibu makan nenas dengan minum air coca cola. hehehe Alhamdulillah.. pada...

1 April 2012 - Ahad

Period Ibu dah kering!!! Risau dah bertukar Happy kembali.. Hari ni kena kemas-kemas baju. Siap-siapkan barang untuk dibawa ke hospital esok.

Dalam tempoh 3 minggu ni, tiap-tiap hari Ibu makan ayam. Kenapa??? Nanti dah operate Ibu kena berpantang. Tak boleh makan makanan yang gatal-gatal. Karang lambat pulak sembuh luka.

* Bersiap sedia untuk check in ward esok... hehehe

~Ibu~





Confirm, Reconfirm, Confirm Again

14 Mac 2012 - Rabu

Appointment yang kedua pula. Kali ni Ibu jumpa dengan doktor pakar O&G, Dr Natasha Ain. Doktornya sangat baik. Ibu bernasib baik sebab Ibu dapat doktor yang sangat memahami keadaan Ibu.

Tapi sebelum jumpa doktor Natasha, Ibu kena buat ultrasound untuk confirmkan adanya endo dalam rahim Ibu. Tak cukup dengan ultrasound, doktor suruh buat TVS (Transvaginal Scan) pulak untuk reconfirm kedudukan endo. Masa tu sakit ke apa semua kena tahan (demi anak-anak Ibu). Nak sembuh kan.. kena la tahan semua tu. Beberapa gambar di capture untuk kepastian. Bila semua dah selesai, jumpa doktor Natasha pula.

Masa jumpa doktor Natasha, kami berbincang tarikh untuk buat operation (laparoscopy) untuk buang endometriosis ni. Doktor cuba cari tarikh yang paling awal. Syukur alhamdulillah sebab doktor bagi tarikh pada 3 April 2012 untuk buat laparoscopy. So, tak la Ibu tunggu lama sangat. Lebih kurang 3 minggu je kan. Dah habis bincang, doktor nak confirmkan sekali lagi endo Ibu. Ok.. kali ni masuk pula spekulum dalam miss V. Tak selesanya... rasa nak nangis. Tapi Ibu tahan juga la.. ='(

Appointment habis sampai situ je. Lepas ni datang HUKM untuk buat laparoscopy je. Ibu n Ayah balik dengan rasa puas hati. At least satu langkah dah pun selesai. Now Ibu kena bersiap sedia untuk operation pula. Kerja-kerja kat office? Oh no... 3 minggu lagi untuk selesaikan semua kerja yang tertangguh dan pass kat orang lain pula. Maklum laa.. nak cuti panjang pula lepas ni kan. =)

~Ibu~

Monday, September 3, 2012

Welcome To HUKM!!!

7 Mac 2012 - Rabu

Pada tarikh ni, Ibu mulakan rawatan di HUKM. Berdebar dan risau sangat kalau resultnya sama macam HKL bagi dekat Ibu. Alhamdulillah Ibu tak tunggu lama dan sangat sistematik. Mulanya berat & tekanan darah Ibu diperiksa. Kemudian ke bilik scan ultrasound untuk check Ibu punya endo. Then, tunggu doktor panggil.

Ibu masuk jumpa doktor sorang-sorang je sebab Ayah tak boleh masuk. Sebabnya bilik tu ada 2 patient. Ibu pun bercerita la dengan doktor ni panjang lebar. Syukur sangat sebab doktor ni faham situasi Ibu. Doktor dah check perut Ibu, then doktor tanya nak operate melalui private wing atau macam pesakit biasa je? Tanya punya tanya, Ibu dan Ayah prefer untuk proceed sebagai pesakit biasa je sebab doktor bagitahu paling lama pun tunggu sebulan je. Lega rasanya bila doktor bagitahu kena tunggu sebulan je. Kalau dekat HKL, 7 bulan Ibu kena tunggu. 7 bulan juga la Ibu merana sakit bila period datang. Lagi lama la Ibu kena tunggu untuk jumpa dengan anak-anak Ibu.

Doktor yang Ibu jumpa ni aturkan tarikh untuk Ibu jumpa dengan doktor pakar pula. Kami bersyukur sangat-sangat sebab diberi layanan yang sangat memuaskan. Sakit pun rasa macam tak sakit. Risau pun makin berkurangan sebab dapat layanan yang baik.

Ayah pun senyum sampai ke telinga laaa... weeee~~~ tak sabar nak tunggu appoinment yang seterusnya.

* Dear My Hubby, Hunny tahu Hubby baca semua entri Hunny. Hubby jangan risau ye. Hunny akan bagi babies yang comel-comel untuk Hubby.. cuma Hubby kena sabar je la ye. Jangan putus asa untuk berdoa tau. Love u Dear...

~Ibu~

Transfer Sekali Lagi

16 Februari 2012 - Khamis

Syukur alhamdulillah Allah bagi jalan keluar untuk Ibu & Ayah. Kakak ipar Ibu bagitahu kawan dia pun ada penyakit macam Ibu. Tapi dia cepat je boleh buat operation. Kakak ipar cadangkan untuk buat rawatan dekat PPUKM @ HUKM (sama la tu..)

Again.. Ayah tolong dapatkan surat transfer daripada HKL, dan terus ke HUKM untuk dapatkan tarikh appoiment. Ibu berharap sangat-sangat Ibu akan dapat rawatan yang terbaik dekat HUKM ni. Dah penat dah nak transfer, tukar-tukar hospital ni.

Tamat sudah rawatan di HKL. Sekali je Ibu dapatkan rawatan dekat HKL. Minta maaf sangat-sangat sebab memang Ibu tak dapat terima cara layanan dan servis pihak HKL bagi dekat kami. Bukan sebab kena tunggu lama untuk operate, tapi mereka-mereka di sana sangat sombong dan tak mesra dengan pesakit. Tapi Ibu tak blame semua staff. Cuma ada segelintir sahaja dan terkena yang segelintir tu pulak yang berurusan dengan Ibu. Maaf jika ada yang terasa dengan kata-kata Ibu.

Ibu & Ayah mula senyum kembali sebab mungkin ada harapan baru untuk kami di HUKM!

~Ibu~

Bermulanya Rawatan Di HKL

9 Februari 2012 - Khamis

Pada tarikh ni, Ibu kena mengadap doktor di HKL pulak. Awal pagi pukul 8.00am dah terpacak kat hospital tu. Tunggu punya tungggu... nombor Ibu pun dipanggil....

Masuk bilik doktor, senyum sampai ke telinga. Doktor tanya sakit ape, Ibu cuma tunjuk surat tranfer untuk operate je. Emmm.. ingat kot doktor dah paham. Rupenya tak.. kena la explain dari A-Z.. Dah habis explain, doktor ni pergi refer dan explain semula dekat doktor pakar pulak. Dah habis explain, dia suruh pergi scan buat ultrasound. Ok... Ibu pun pergi la scan..

Masuk bilik scan, budak yang scan tu tanya kenapa nak scan? adoi... explain lagi dari A-Z.. Dah abis explain, dia diam je. Kita pulak yang kena bertanya kat dia apa result scan tu. Susah sangat ke nak communicate dengan patient bang oiii!!! Then, tunggu doktor panggil balik..

Masuk bilik doktor semula. Doktor bagitahu tak payah operate lagi. Nanti dia akan bagi ubat. Aik? peliknya doktor ni.. Doktor ni betol ke tak? Doktor Pusrawi bagitahu memang dah kena operate ni... Nanti ganggu kawasan peranakan Ibu. Ibu dengan Ayah tak puas hati. Ayah nak Ibu operate jugak. Kalau tak operate, macam mana Ibu nak pregnant. Again... doktor ni pergi tanya doktor pakar lagi. Adoi... baik panggil atau suruh Ibu pergi jumpe pakar tu sendiri je. Doktor tak penat ke ulang-alik? Doktor ni datang semula, dia bagitahu doktor pakar nak scan sendiri guna ultrasound canggih sikit dari yang tadi..

Ibu pun pergi la scan lagi sekali. Doktor pakar ni agak sombong. Cara dia macam bagus je. Muka sikit pun taknak senyum. Pagi lagi kot... takkan dah penat. Again and again explain kat doktor pakar ni pulak berkenaan kes Ibu ni. Rasa macam nak rakam je bagi dengar. Entah apa la yang dia cakap bahasa doktor dengan doktor sorang ni. Dia bagitahu Ibu memang ada endo. Tapi kalau nak operate jugak, kena tunggu bulan September nanti. Sebab ramai yang menunggu. Kiranya Ibu kena masuk dalam waiting list patient untuk operate. Masa tu mood Ibu dah down sangat-sangat. Doktor keluarkan surat masuk ward untuk Ibu. Tak sangka kena tunggu 7 bulan untuk operate. Ayah pun kecewa & sedih hari tu.

Lepas jumpa doktor, Ibu & Ayah pergi kerja tapi dalam mood sedih. Masing-masing berfikir cara macam mana untuk operate awal, tapi kos operate ditanggung kerajaan. Fikir fikir fikir fikir sampai nangis... Uwaaaaaa!!!! ='(

~Ibu~




Thursday, August 30, 2012

Rawatan Alternatif

19 Januari 2012 - Khamis

Sejak Ibu tahu Ibu ada endometriosis, tiap-tiap hari Ibu berdoa supaya penyakit Ibu ni cepat-cepat sembuh supaya Ibu dapat bagi baby kat Ayah. Tiap kali berdoa, tiap kali tu la airmata mengalir. Sedih sangat bila difikirkan.

Emak Ibu dan emak Ayah ada suruh pergi cuba buat rawatan Islam. Mana tahu kan boleh sembuh. Seboleh-bolehnya memang taknak buat operation. Semua orang takut bila sebut operation. Macam-macam boleh jadi kan?

So pada tarikh ni, Ibu & Ayah pergi ke Pusat Rawatan Islam Darusshifa' Bangi. Ini rawatan alternatif pertama kami cuba. Bila dah terangkan semua masalah Ibu kepada Ustaz tu, kemudian Ustaz tu bacakan doa untuk Ibu dan diberinya air mineral yang dah dibaca doa kat Ibu. Hati makin berbunga-bunga mengharap agar usaha ni berjaya. Air tu Ibu kena minum setiap hari.

21 Januari 2012 - Sabtu

Alternatif kedua, emak mertua Ibu suruh balik kampung sebabnya dia nak bawak Ibu pergi mengurut pulak. Mana la tahu penyakit ni boleh susut sikit-sikit. Kita sebagai manusia cuma boleh berusaha. Berhasil atau tak, tu kerja Allah. Makcik ni pon urut la satu badan Ibu dari 7.30 pagi, sampai la pukul 1.00 tgh hari. Lama tu... Ibu tak pernah mengurut seumur hidup Ibu. Terasa sakit jugak la pada mulanya. Bila dah lama-lama, rasa ok. Sejak daripada tu, makan pun dah kena berpantang. Makcik tu kata badan Ibu banyak angin. Elakkan makan makanan yang berangin. Hurrmmm... yang bestnya, makcik tu boleh rasa Ibu punya endo tu.. Hai la makcik, kalau la makcik boleh keluarkan terus masa tu kan best. Tak payah susah-susah saya pergi operate. Tapi makcik tu mengharap agar ketulan tu boleh susut sikit-sikit.

Selang dua hari lepas mengurut, mak mertua bagitahu makcik tu sakit. Adoi.. hati dah mula gelisah.. adakah disebabkan mengurut Ibu, makcik tu sakit? Seminggu jugak la makcik tu sakit. Risau sangat sebab takut ada benda halus yang kacau makcik tu. Tapi lepas seminggu tu, mak bagitahu makcik tu dah ok. Syukur alhamdulillah. Makcik tu bagitahu dia sakit bukan disebabkan mengurut Ibu. Fuuhhh.. Lega.. Terima Kasih Makcik Manje!!!

Alternatif ketiga, emak Ibu bagi air saffron yang dah dibaca doa oleh tahfiz. Ibu kena minum air saffron ni sama macam air yang Ustaz Darusshifa' tu bagi. Duit dah tak kisah dah masa ni. Asalkan Ibu cepat sembuh dan boleh mengandung macam orang lain jugak.

Dugaan demi dugaan Allah uji Ibu. Tapi Ibu & Ayah pasrah dan tetap bersabar. Insyaallah ada jalan penyelesaiannya.

~Ibu~

Keputusan Sudah Dibuat

17 Januari 2012 - Selasa

Setelah berhari-hari Ibu & Ayah berfikir, akhirnya kami sepakat membuat keputusan untuk transfer ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Slow talk dengan doktor, bagitahu dengan dia yang kami tak mampu untuk bayar kos operation kat Pusrawi memandangkan Insurance pun tak cover untuk penyakit sakit puan ni. Bukan takde duit langsung. Tapi takut nanti tak mencukupi untuk perbelanjaan harian kami berdua. Bila doktor dan kami sudah buat keputusan muktamat, doktor pun keluarkan surat transfer ke HKL untuk proceed operation. Sampai sini je rawatan Ibu dengan Pusrawi.

Bila dah dapat surat transfer, Ibu & Ayah pergi ke HKL untuk buat rujukan disana pulak. Nurse disana bagi doktor baca surat transfer Ibu. Nurse bagi tarikh appoinment kat Ibu untuk buat rawatan balik. Ok.. kami terima dan akan kembali semula untuk meneruskan rawatan di sini.

Ibu makin tak sabar untuk buat operation. Sedangkan dalam hati tersangat takut dan sedih dengan nasib diri. Tapi takpe.. Allah tahu apa yang dirancangkan untuk Ibu.

~Ibu~

Wednesday, August 15, 2012

Bermulanya Kisah Sedih


3 Januari 2012 - Selasa

Ibu dan Ayah buat keputusan untuk pergi Pusrawi untuk check sama ada kami ada masalah kesuburan atau tak. Mana taknya.. dah 6 bulan kawin, tapi tak penah sekali pon lekat. Tiap-tiap bulan cik P datang on time, tak pernah miss. Memang salute abis la ngan cik P. Tapi... tiap kali datangnye cik P, Ibu akan nangis.. sedih sebab usaha Ibu dan Ayah masih lagi tak berjaya, masih lagi tak membuahkan hasil..

Ok now back to Pusrawi. Before this Ayah dah tolong buatkan appoinment untuk jumpe doktor. Bila sampai giliran, kami pon jumpe la doktor. Doktornya sangat baik, doktor perempuan. Tak silap namanya Doktor Habibah. Doktor pon interview la Ibu dan Ayah. Macam-macam ditanye dan kami pon jawab la semua soalan doktor. Habis interview, doktor nak check Ibu. So, Ibu pon baring untuk check perut guna ultrasound. First time check gune ultrasound, Ibu tak pandai nak tafsirkan gambar hitam putih tu.

Masa tengah scan, doktor dapat trace ada 2 ketulan di kiri dan kanan dalam kawasan peranakan Ibu. Seriously kami berdua memang tak tahu langsung ape benda tu. Doktor pon bagi la explanation kat Ibu dan Ayah. Benda tu ialah ENDOMETRIOSIS!!! Bila dah dapat semua keterangan, doktor suruh buat pap smear, pastu amik darah. Sebabnye doktor suruh buat operation untuk buang that endo. Mase tu hati dah mula sebak bila doktor bagitau kos untuk operate ialah RM8000++. Lepas keluar bilik doktor, masing-masing diam tak cakap apa-apa terus pergi makmal untuk ambil darah. Dah selesai semuanya, kami kene bayar RM350 kat kaunter. Walaupun Ayah is goverment servant, tapi Pusrawi is private hospital (tak bole guna GL)

Balik je ke rumah, airmata Ibu tak berhenti mengalir mengenangkan nasib diri. Ayah tak jemu-jemu pujuk Ibu. Dah la sedih sebab dapat tahu ada penyakit, nak kena pikir kos rawatan yang mahal tu pulak. Masa tu fikiran jadi buntu. Tapi doktor ada tanya nak buat kat Pusrawi atau tempat lain. Doktor bagi masa untuk berfikir. Next appoinment kami kena bagi keputusan kat doktor.

Hanya Allah je yang tahu perasaan Ibu. Even Ayah pun menangis bila tengok Ibu tak berhenti menangis. Rase dunia dah gelap mase tu. Macam dah takde harapan nak bagi baby untuk Ayah...
Sedih sangat...

Next post Ibu akan ceritakan apa keputusan Ibu & Ayah. Ok..

~Ibu~




Cemburu = Jealous

Arrgghhhh!!!

Cemburu sangat bila tengok orang lain ada ANAK!!! Nampak bahagia je. Tapi untuk golongan orang-orang TTC ni hidupnya mesti kadang-kadang murung dan sedih bila fikirkan hal anak kan? Tipu la kalau takde perasaan macam tu kan?

Semua orang yang berkahwin mesti nak kan zuriat. Tapi tak semua yang baru bekahwin terus dapat rezeki anak. Ada yang terpaksa tunggu lama untuk dapat rezeki Allah tu. Ibu merupakan salah seorang yang terpaksa bersabar dan menunggu untuk dapatkan anak-anak Ibu. Memang sedih bila difikirkan. Tapi nak buat macam mana, terpaksa la terima dan redha dengan ketentuan-Nya. InsyaAllah ade hikmah disebalik apa yang terjadi.

Ibu dah kawin setahun dua bulan. Tapi belum ada apa-apa good news yang boleh dikongsi bersama orang sekeliling (exspecially with Ayah). Tak pe lah. Belum ada rezeki kami suami isteri. Yang penting kami saling sayang menyayangi antara satu sama lain sama macam dulu (bertambah-tambah sayang lagi ade la (^_^)). Kasih sayang kami sikit pon tak pernah pudar. Cuma kadang-kadang terasa bersalah dengan Ayah sebab tak dapat bagi baby lagi kat dia.

"Takpe Dear.. Insyaallah ada rezeki kita nanti, Hunny akan bagi seramai yang mungkin untuk Dear.. Love U so Much!!!"

Ok.. next entry Ibu akan ceritakan pengalaman ataupun perjalanan hidup Ibu sepanjang TTC ni. Ibu harap dengan adanya blog ni, anak-anak Ibu boleh tahu, paham, fikir dan selami segala pengorbanan Ibu dan Ayah untuk dapatkan anak-anak Ibu. Semoga anak-anak Ibu lebih menghargai Ibu dan Ayah dan ingat kami untuk selama-lamanya. Ibu sayang sangat dekat anak-anak Ibu.

~Ibu~


Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers