Saturday, March 23, 2013

~Ibu~

23 Mac 2013 - Sabtu

Sajeje Ibu buka entry ni sebab nak update keadaan Ibu sekarang ni. First, berat Ibu dah makin bertambah. Dulu lepas operate berat Ibu dalam 33kg je. Bila start pregnant, berat Ibu jadi 35kg. Bulan demi bulan naik sekilo jadi 40kg. Bila dah sampai 5 bulan pregnant, berat Ibu dah jadi 42.5kg. Wah... berat ni. Confirm Ayah tak larat nak angkat Ibu lagi dah. Hehe

Second, pipi Ibu makin naik, makin tembam, makin chubby, makin bulat. Dah macam kena letak yis je ni. Huhu..






Ibu
Third, confirm la perubahan dari badan Ibu iaitu PERUT!. Makin lama makin maju ke hadapan. Makin bulat and comel je. Banyak baju Ibu dah tak muat. Bila nak keluar jalan-jalan atau pergi kerja, mesti Ibu menung dulu kat almari, dok fikir nak pakai baju apa. Aduhai...

12 weeks ++
20 weeks
21 weeks (maybe)
22 weeks
Forth, kaki Ibu dah kerap kebas dan kejang. Tapi tak bengkak pun. Ibu dah tak tahan nak jalan jauh dan lama. Kalau jalan jauh, Ibu kena berehat dulu. Ibu pergi kerja jalan kaki. Bila naik jejantas, Ibu dah mula semput. Sampai je office, terus Ibu berehat. Penat betul. Padahal rumah dekat je dengan office. Ayah suruh bawa kereta. Tapi Ibu taknak sebab sehari parking dah RM4.00. Kalau tiap-tiap hari, dah banyak. Baik Ibu simpan, boleh juga Ibu belikan barang baby kan?

Sekarang baru 5 bulan setengah. Nanti dah sarat, Ibu tak tahu la macam mana pulak. Nanti Ibu update lagi ye.

~Ibu~

Friday, March 22, 2013

Cute Soft Toy

20 Mac 2013 - Rabu

Tadaaaaa...

Cute monkey
Cute ulat bulu
Ini Ayah belikan untuk baby. Cute kan? Thank you Ayah.. Ayah belikan special untuk baby kat internet. Ayah yang excited lebih cari ulat bulu tu. Tahu-tahu je dah ada. Ibu ingat Ibu je yang excited beli barang baby. Rupanya Ayah pun sama. hehe Ni yang buat baby sayang kat Ayah lebih ni.

Buat sementara ni Ibu simpan dulu. Nanti baby dah lahir, Ibu keluarkan ye.. =)

Love you Ayah!

~Ibu~

Check Up @ KKIA

19 Mac 2013 - Selasa

Ibu bekerja separuh hari je harini sebab pukul 2pm nanti ada check up kat KKIA. On the time Ibu dan Ayah sampai klinik. Ambil nombor giliran, buat urin test, timbang berat. Semua ok.. Malangnya bila nurse buat test darah, bacaan hemoglobin Ibu masih rendah. Bacaan yang pertama 9.8 je. Bacaan kedua pula naik sikit jadi 10.4 pulak. Adoi... pening kepala Ibu fikir pasal anemia ni.

Bila jumpa nurse yang incharge Ibu, dia bebel kat Ibu sebab bacaan hemoglobin rendah. Ibu senyum je la. Bebel punya bebel, disuruhnya Ibu makan jambu batu dengan kacang kuda banyak-banyak. Ok... memang Ibu tengah teringin nak makan jambu batu pun. Siap bagi pemplet anemia lagi untuk Ibu. Ubat iron tablet pun kena sambung makan balik. Nurse lagi sorang bagitahu celik mata je lepas bangun tidur, terus makan ubat obimin. Hah??? Macam tu ke.. kesian anak Ibu. Pagi-pagi dah kena rasa ubat.

Dah habis bebel pasal anemia, nurse check perut Ibu. Dia bagi Ibu dengar jantung baby. Lega sangat bila dapat dengar heartbeat baby. Heartbeat baby 153. Alhamdulillah... semua ok. Ibu ingat kena cucuk kancing gigi harini. Rupanya bulan 4 nanti baru kena suntik. Anak Ibu dah 21 minggu 6 hari. Cepat je masa berlalu.

~Ibu~

Baby Outlet Warehouse Sale

17 Mac 2013 - Ahad

Harini last day sale dekat Baby Outlet Warehouse. Tempat ni kat Bandar Sunway. Tepat pukul 10am Ayah dan Ibu dah ada kat depan pintu gudang tu. Malangnya dia tak buka lagi. Tak tahu la apa masalahnya lambat buka. Tunggu punya tunggu, nak dekat pukul 11am baru dapat masuk. Ibu ingat ramai sangat orang sebab tu datang awal. Lagi pun nenek nak datang rumah tengah hari nanti.


Bila dah dapat masuk, mata Ibu dan Ayah melilau cari barang yang sesuai untuk baby. Barang kat sana memang murah. Tapi kena pandai pilih. Sebab barang yang reject pun dia ada letak jugak. Berpusing-pusing Ibu dengan Ayah pilih barang baby.

So inilah hasil tangkapan Ibu dan Ayah...


                                                                
                                           
                                                          
                                                    
                                                 
                                                                    
Ibu nak cari baju yang lubang-lubang macam jaring tu. Tapi takde pulak. Kena cari kat tempat lain la jawabnya. Rasanya cukup itu sahaja bajet untuk barang-barang anak Ibu untuk bulan ni. Tunggu Ibu dan Ayah dapat gaji, nanti kita shopping lagi ye sayang!

~Ibu~


Thursday, March 21, 2013

Midvalley & Ikea

16 Mac 2013 - Sabtu

Harini Ibu cuti.. tapi Ayah pulak kena kerja. So Ibu pun kemas-kemas la rumah, masak, kemas dapur, macam-macam lagi la. Ibu penat sangat. Tapi anak Ibu ni baik.. bagi kerjasama kat Ibu. Tak meragam pun. Saaayang anak Ibu ni.

Petang Ayah pun balik. Ayah ajak pergi Midvalley sebab nak beli baju baby. Ibu ada dapat cash voucher RM20 daripada Mom's Care sempena birthday Ibu dulu. Bulan ni expired nya. Lepas habis makan, Ibu dan Ayah pun gerak la pergi Midvalley. Bila sampai kedai Mom's Care, Ibu tak tahu nak pilih barang apa. Berpusing-pusing Ibu dan Ayah cari barang baby. Last kali ini lah hasilnya...

6 helai rompers baby      
Bedung baby
Stokin baby
                                                             
Bukan setakat RM20 je Ibu guna. Tapi dah Ayah sponsor untuk ambil lebih.. Ibu pun apa lagi.. grap je la apa yang Ibu berkenan. hehe Thank you Ayah.. Actually Ayah dapat rezeki lebih. Supplier bagi angpaw RM1000. Sebab tu Ayah murah hati beli barang baby banyak-banyak. hehe

Next.. Ayah dan Ibu gerak ke Ikea pula. Macam Ibu bagitahu dalam entri yang lepas, tujuan pergi Ikea sebab nak beli carpet dengan rak kat dapur. Ibu dan Ayah pusing-pusing dalam Ikea, kami dapat la carpet dengan rak yang diidamkan tu. Taaaaapi... tiba-tiba terselit barang anak Ibu.. Ini dia...

Bakul mainan baby
                                                    
Bath tab baby
                                                                 
Wah... betul-betul anak Ibu ni paw Ayah ye. hehe Tak pe lah sayang.. janji anak Ibu jadi anak yang baik ok? Ibu dan Ayah sanggup berhabis demi keselesaan anak-anak Ibu. Jangan degil-degil tau.

Lepas ke Midvalley, Ayah nak ke Danau Kota pula. Sebab Ayah nak beli baju. Tapi Ayah cakap kita pergi malam. Tapi disebabkan hujan lebat, Ayah ajak pergi KL Festival. Wah.. berjalan sakan Ayah dengan Ibu ni. Dekat KL Festival Ibu nak cari kotak je. Kami pun jalan, jalan, jalan and jumpa kotak yang Ibu nak tu. Sekali 2 Ibu grap kotak tu. hehe Taaaapi... sekali lagi... ada jugak barang anak Ibu ni terselit. Ayah berkenan sangat dengan selimut baby warna biru gambar hyppo. Pegang, letak, pegang, letak balik, Ayah cakap ambil terus je. Yeay!!! Terima kasih sekali lagi Ayah...

Selimut baby
Dah settle dekat KL Festival, kami ke Danau Kota (downtown). Kat sini tak beli apa-apa barang baby. hehe beli baju Ayah dengan tudung Ibu je. Tudung untuk Ibu pakai masa kat hospital nanti. Tu pun dapat 1 je. Jadi la tu.. lain kali cari lagi. Lagi 1 last minit Ibu nampak stokin untuk Ibu masa berpantang nanti. Comel sangat! Ibu dapat 4 pasang. Tq Ayah...

Stokin untuk Ibu
Hampir pukul 12 tengah malam baru Ibu dan Ayah balik rumah. Shopping sakan kami harini. Lepas makan, Ibu dan Ayah terus tidur. Dah penat sangat.. Tidur pun tak sedar apa dah.. Gudnite anak Ibu!

~Ibu~

Wednesday, March 13, 2013

Shopping @ Ikea

10 Mac 2013 - Ahad

Kalau ikutkan Ibu nak mula shopping bulan 5 nanti. Tapi ternampak soft toy yang sangat cute and lembut ni kat Ikea. Ikutkan tujuan asal ke Ikea cuma nak jalan-jalan dan jumpa kawan Ayah. Ibu nak beli karpet untuk letak dalam bilik. Tapi Ayah cakap kita pergi minggu depan pula.

Jalan-jalan lagi, sekali nampak anjing laut ni comel. Bila pegang, lembut sangat. Bila peluk, lagi la terasa best dan selesa. Ayah cakap harganya RM12.90 je. Ibu pun ambil la dukung, peluk bawak ke hulu ke hilir sementara shopping barang lain.

Bila sampai tempat scanner, Ayah scan harganya. Sekali keluar harga RM39.90. Alamak... salah tengok harga la pulak. Ibu tanya Ayah macam mane? Nak letak balik ke? (sambil buat muka kesian..) Ayah kesian tengok Ibu. Ayah pun bagi la Ibu beli. Yeaayy!!! Sayang Ayah ketat-ketat.

Anjing laut ni untuk anak Ibu. Body guard baby mase tidur nanti. Baby dah besar sikit, boleh buat main pulak. Lagi pun sekarang ni Ibu tengah kumpul soft toy untuk baby. Takde la baby boring nanti. Ada juga mainan untuk anak Ibu.

Buat masa sekarang ni Ibu dah beli anjing laut tu dengan almari baju warna pink. Sebab apa warna pink? Sebab masa tu Ibu tak tahu pun anak Ibu ni boy. Lagi pun ni almari sementara je. Sementara nak dapat rumah besar. Nanti Ibu tukar la almari yang besar sikit bila kita dapat rumah besar sikit. Boleh ye sayang..

                                                                   * Almari pink baby
                                                
* Minggu depan dan minggu-minggu seterusnya... Ibu dan Ayah akan mula shopping barang-barang baby bila tahu ada sale ataupun tengah murah. Ibu dan Ayah bukan orang kaya. Tapi cukup la untuk makan, pakai kita sekeluarga.

~Ibu~

Details Scan @ HUKM

8 Mac 2013 - Jumaat

It's time to see you my little baby! Ibu kerja separuh hari je harini sebab pukul 4pm Ibu ada temujanji untuk buat details scan. Ibu dan Ayah tersangat la excited nak intai budak comel ni. Ok la.. taknak bebel panjang-panjang. Tengok je gambar-gambar hasil buat details scan ni...

My Baby is a boy! Alahai... macam tak percaya je anak Ibu ni duduk dalam perut Ibu. Rasa nak nangis bila tengok anak Ibu ni dalam screen. Anak Ibu tengah tidur. So senang la nak nak ukur-ukur apa yang patut. Tapi yang tak bestnya.. Anak Ibu letak tangan kat muka. Macam mana Ibu dengan Ayah nak tengok sepenuhnya muka baby. Haisshhh... digoyang-goyang perut Ibu pun baby buat tak tahu je. Lena sangat tidurnya. Mimpi apa la tu ye. Lagi ditutupnya muka tu. Nakal anak Ibu ni... Tapi apa-apa pun, anak Ibu tersangat la comel.

Lepas buat details scan, buat Ibu lagi tak sabar nak bersalin. Ibu nak peluk anak Ibu ni. Sekarang ni dapat tengok kat screen je. Lagi 4 bulan Ibu dapat pegang anak Ibu ni. Saaaaaayang sangat-sangat kat baby. Muaaahhh...

Waiting for scanning

~Ibu~

Friday, March 8, 2013

HUKM Again

6 Mac 2013 - Rabu

Harini Ibu check up lagi kat HUKM. Minggu ni dah masuk 20 minggu. Maknanya anak Ibu ni dah 5 bulan duduk dalam rahim Ibu. Sekejap je Ibu rasa anak Ibu ni membesar. Ibu dah rasa anak Ibu punching, kicking, golek-golek dalam perut Ibu. Masa awal-awal baby bergerak, bila Ayah letak tangan, baby diam je takmo bagi respon. Dengan Ibu bagi respon pulak. Kesian Ayah tau... But now for the first time, anak Ibu punching tangan Ayah. hehehe Siap kuis-kuis tangan Ayah lagi ye. Alahai.. comel je anak Ibu ni.

Berat Ibu naik mendadak bulan ni. Dari 40kg, naik sampai 42.5kg. Huhu.. Tapi Ibu tak rasa Ibu gemuk pun. Anak Ibu yang berat ni kan? Tapi takpe.. doktor tak cakap apa-apa pun. So kira ok la tu kan.. Yang tak bestnya doktor Natasha harini takde. Dia ada meeting. Tapi doktor lain yang ganti. Alhamdulillah.. dapat doktor yang baik juga macam doktor Natasha. Cumanya dia lelaki india. Tapi berkulit cerah and smart.

Doktor arrangekan appointment untuk buat details scan baby. Ibu ingat harini juga. Rupanya tak... Petang tu orang yang akan buat details scan baby tu call Ibu. Katanya buat hari Jumaat. Ibu pun ok je laa. Ibu excited nak tengok anak Ibu ni. Nak confirmkan betul-betul baby punya gender.

Dalam masa yang sama Ayah pergi scan kat area pusat yang tak sembuh-sembuh lagi tu. Doktor kata dalaman takde masalah. Cuma luaran sahaja. Kena tunggu apa doktor kata minggu depan pulak. Harap-harap takde apa masalah.

Perut Ibu dah makin maju ke hadapan. Dah makin bulat dan makin comel. Tiap-tiap hari Ibu sembang dengan anak Ibu ni. Ibu harap baby dengar ye sayang. Setiap malam nak tidur Ibu akan peluk baby supaya baby selesa. Tapi anak Ibu ni nakal la. Ibu pegang dia, elok je Ibu nak lena, baby kicking perut Ibu. Buat Ibu terkejut je. Naughty naughty baby...

Jumaat nanti kita update lagi ye.. Lepas Ibu intai apa anak Ibu buat dalam perut Ibu ni.. =)

~Ibu~




Supplement Tambahan

2 Februari 2013 - Sabtu

Tadaaa!!!

Ini ialah supplement tambahan yang Ayah beli untuk Ibu makan. Ayah belikan pil kalsium sebabnya susu Enfamama tu Ibu tak minum. Ibu tak boleh telan susu tu. Terbayang je pun dah mula kembang tekak. Hehe Sorry Ayah.. So kena la Ibu makan pil kalsium ni. Masalah Ibu sekarang ni pulak, ubatnya sangat besar. Lagi besar dari Obimin yang Ibu makan tiap-tiap hari tu. Adehhh.. Tapi tak pe.. Ibu cuba ok..

Yang kedua pulak.. Minyak ikan Neurogain. Yang ni lagi la Ibu lemah nak makan. Baunya tersangat la hanyir. Dah macam makan ikan mentah je. Huuu.... menangis Ibu nak makan supplement ni. Kalau Ibu tak makan, Ayah bising. Kadang-kadang Ibu mengelat juga.. hehe

~Ibu~


Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers