Harini Ibu cuti.. tapi Ayah pulak kena kerja. So Ibu pun kemas-kemas la rumah, masak, kemas dapur, macam-macam lagi la. Ibu penat sangat. Tapi anak Ibu ni baik.. bagi kerjasama kat Ibu. Tak meragam pun. Saaayang anak Ibu ni.
Petang Ayah pun balik. Ayah ajak pergi Midvalley sebab nak beli baju baby. Ibu ada dapat cash voucher RM20 daripada Mom's Care sempena birthday Ibu dulu. Bulan ni expired nya. Lepas habis makan, Ibu dan Ayah pun gerak la pergi Midvalley. Bila sampai kedai Mom's Care, Ibu tak tahu nak pilih barang apa. Berpusing-pusing Ibu dan Ayah cari barang baby. Last kali ini lah hasilnya...
6 helai rompers baby |
Bedung baby |
Stokin baby |
Bukan setakat RM20 je Ibu guna. Tapi dah Ayah sponsor untuk ambil lebih.. Ibu pun apa lagi.. grap je la apa yang Ibu berkenan. hehe Thank you Ayah.. Actually Ayah dapat rezeki lebih. Supplier bagi angpaw RM1000. Sebab tu Ayah murah hati beli barang baby banyak-banyak. hehe
Next.. Ayah dan Ibu gerak ke Ikea pula. Macam Ibu bagitahu dalam entri yang lepas, tujuan pergi Ikea sebab nak beli carpet dengan rak kat dapur. Ibu dan Ayah pusing-pusing dalam Ikea, kami dapat la carpet dengan rak yang diidamkan tu. Taaaaapi... tiba-tiba terselit barang anak Ibu.. Ini dia...
Bakul mainan baby |
Bath tab baby |
Wah... betul-betul anak Ibu ni paw Ayah ye. hehe Tak pe lah sayang.. janji anak Ibu jadi anak yang baik ok? Ibu dan Ayah sanggup berhabis demi keselesaan anak-anak Ibu. Jangan degil-degil tau.
Lepas ke Midvalley, Ayah nak ke Danau Kota pula. Sebab Ayah nak beli baju. Tapi Ayah cakap kita pergi malam. Tapi disebabkan hujan lebat, Ayah ajak pergi KL Festival. Wah.. berjalan sakan Ayah dengan Ibu ni. Dekat KL Festival Ibu nak cari kotak je. Kami pun jalan, jalan, jalan and jumpa kotak yang Ibu nak tu. Sekali 2 Ibu grap kotak tu. hehe Taaaapi... sekali lagi... ada jugak barang anak Ibu ni terselit. Ayah berkenan sangat dengan selimut baby warna biru gambar hyppo. Pegang, letak, pegang, letak balik, Ayah cakap ambil terus je. Yeay!!! Terima kasih sekali lagi Ayah...
Selimut baby |
Stokin untuk Ibu |
~Ibu~
No comments:
Post a Comment