Wednesday, March 13, 2013

Details Scan @ HUKM

8 Mac 2013 - Jumaat

It's time to see you my little baby! Ibu kerja separuh hari je harini sebab pukul 4pm Ibu ada temujanji untuk buat details scan. Ibu dan Ayah tersangat la excited nak intai budak comel ni. Ok la.. taknak bebel panjang-panjang. Tengok je gambar-gambar hasil buat details scan ni...

My Baby is a boy! Alahai... macam tak percaya je anak Ibu ni duduk dalam perut Ibu. Rasa nak nangis bila tengok anak Ibu ni dalam screen. Anak Ibu tengah tidur. So senang la nak nak ukur-ukur apa yang patut. Tapi yang tak bestnya.. Anak Ibu letak tangan kat muka. Macam mana Ibu dengan Ayah nak tengok sepenuhnya muka baby. Haisshhh... digoyang-goyang perut Ibu pun baby buat tak tahu je. Lena sangat tidurnya. Mimpi apa la tu ye. Lagi ditutupnya muka tu. Nakal anak Ibu ni... Tapi apa-apa pun, anak Ibu tersangat la comel.

Lepas buat details scan, buat Ibu lagi tak sabar nak bersalin. Ibu nak peluk anak Ibu ni. Sekarang ni dapat tengok kat screen je. Lagi 4 bulan Ibu dapat pegang anak Ibu ni. Saaaaaayang sangat-sangat kat baby. Muaaahhh...

Waiting for scanning

~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers