6 Mac 2013 - Rabu
Harini Ibu check up lagi kat HUKM. Minggu ni dah masuk 20 minggu. Maknanya anak Ibu ni dah 5 bulan duduk dalam rahim Ibu. Sekejap je Ibu rasa anak Ibu ni membesar. Ibu dah rasa anak Ibu punching, kicking, golek-golek dalam perut Ibu. Masa awal-awal baby bergerak, bila Ayah letak tangan, baby diam je takmo bagi respon. Dengan Ibu bagi respon pulak. Kesian Ayah tau... But now for the first time, anak Ibu punching tangan Ayah. hehehe Siap kuis-kuis tangan Ayah lagi ye. Alahai.. comel je anak Ibu ni.
Berat Ibu naik mendadak bulan ni. Dari 40kg, naik sampai 42.5kg. Huhu.. Tapi Ibu tak rasa Ibu gemuk pun. Anak Ibu yang berat ni kan? Tapi takpe.. doktor tak cakap apa-apa pun. So kira ok la tu kan.. Yang tak bestnya doktor Natasha harini takde. Dia ada meeting. Tapi doktor lain yang ganti. Alhamdulillah.. dapat doktor yang baik juga macam doktor Natasha. Cumanya dia lelaki india. Tapi berkulit cerah and smart.
Doktor arrangekan appointment untuk buat details scan baby. Ibu ingat harini juga. Rupanya tak... Petang tu orang yang akan buat details scan baby tu call Ibu. Katanya buat hari Jumaat. Ibu pun ok je laa. Ibu excited nak tengok anak Ibu ni. Nak confirmkan betul-betul baby punya gender.
Dalam masa yang sama Ayah pergi scan kat area pusat yang tak sembuh-sembuh lagi tu. Doktor kata dalaman takde masalah. Cuma luaran sahaja. Kena tunggu apa doktor kata minggu depan pulak. Harap-harap takde apa masalah.
Perut Ibu dah makin maju ke hadapan. Dah makin bulat dan makin comel. Tiap-tiap hari Ibu sembang dengan anak Ibu ni. Ibu harap baby dengar ye sayang. Setiap malam nak tidur Ibu akan peluk baby supaya baby selesa. Tapi anak Ibu ni nakal la. Ibu pegang dia, elok je Ibu nak lena, baby kicking perut Ibu. Buat Ibu terkejut je. Naughty naughty baby...
Jumaat nanti kita update lagi ye.. Lepas Ibu intai apa anak Ibu buat dalam perut Ibu ni.. =)
~Ibu~
No comments:
Post a Comment