Saturday, March 23, 2013

~Ibu~

23 Mac 2013 - Sabtu

Sajeje Ibu buka entry ni sebab nak update keadaan Ibu sekarang ni. First, berat Ibu dah makin bertambah. Dulu lepas operate berat Ibu dalam 33kg je. Bila start pregnant, berat Ibu jadi 35kg. Bulan demi bulan naik sekilo jadi 40kg. Bila dah sampai 5 bulan pregnant, berat Ibu dah jadi 42.5kg. Wah... berat ni. Confirm Ayah tak larat nak angkat Ibu lagi dah. Hehe

Second, pipi Ibu makin naik, makin tembam, makin chubby, makin bulat. Dah macam kena letak yis je ni. Huhu..






Ibu
Third, confirm la perubahan dari badan Ibu iaitu PERUT!. Makin lama makin maju ke hadapan. Makin bulat and comel je. Banyak baju Ibu dah tak muat. Bila nak keluar jalan-jalan atau pergi kerja, mesti Ibu menung dulu kat almari, dok fikir nak pakai baju apa. Aduhai...

12 weeks ++
20 weeks
21 weeks (maybe)
22 weeks
Forth, kaki Ibu dah kerap kebas dan kejang. Tapi tak bengkak pun. Ibu dah tak tahan nak jalan jauh dan lama. Kalau jalan jauh, Ibu kena berehat dulu. Ibu pergi kerja jalan kaki. Bila naik jejantas, Ibu dah mula semput. Sampai je office, terus Ibu berehat. Penat betul. Padahal rumah dekat je dengan office. Ayah suruh bawa kereta. Tapi Ibu taknak sebab sehari parking dah RM4.00. Kalau tiap-tiap hari, dah banyak. Baik Ibu simpan, boleh juga Ibu belikan barang baby kan?

Sekarang baru 5 bulan setengah. Nanti dah sarat, Ibu tak tahu la macam mana pulak. Nanti Ibu update lagi ye.

~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers