Monday, April 1, 2013

Tak Sihat

29 Mac 2013 - Jumaat

O'ooo.. Tekak Ibu makin sakit. Batuk makin kuat. Selsema pulak. Hidung kejap tersumbat, kejap tak. Oh tak selesanya harini. Tapi Ibu terpaksa pergi office juga. Along balik Johor harini. Ikutkan malam ni Ayah ajak balik Ipoh.

Sampai je office, manager Ibu tanya Ibu sihat ke? Sebab dia nampak Ibu lembik, mata macam bengkak sikit. Ibu pun geleng la kepala, cakap not feeling well. Dia bagi green light kat Ibu suruh balik rumah. Dalam hati Ibu lompat-lompat seronok. hehe Tapi Ibu tunggu sampai pukul 1pm. Ibu ambil halfday je. Ibu settlekan kerja, pastu Ayah ambil Ibu balik rumah.

Kat rumah Ibu lunch, Ayah pergi solat Jumaat. Lepas tu Ibu berehat. Bila Ayah dah balik, Ayah ajak pergi The Mall. Sebab The Mall dah nak tutup. So dia buat sales untuk semua barang. Ibu pun apa lagi.. cepat-cepat serang tempat baby. Malangnya department baby dah banyak yang habis barangnya. Ibu dapat beli 1 set baju jaring dengan seluar je. Jadi la tu ye sayang. Minggu depan ada expo kat Midvalley, nanti kita shopping lagi ok. Harini banyak shopping barang Ibu dengan Ayah je. hehe

Ni je untuk anak Ibu...

                                                               * Baju jaring line pink

                                                                      * Long pants

Malam tu pulak, Ayah dan Ibu balik Ipoh. Yeay!!!

~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers