Friday, April 19, 2013

Check Up Lagi!

16 April 2013 - Selasa

Huwaaa... camne Ibu nak pergi check up kat KKIA. Kereta kena block la pulak. Ibu memang tak larat kalau bab tolak-tolak kereta. Ibu tak sekuat orang lain. Nak ajak Ayah, dia sibuk sangat kat sekolah. Ibu pujuk-pujuk Ayah, akhirnya berjaya juga. Yeay..

Pukul 2pm Ayah ambil Ibu kat rumah. Sampai klinik, Ibu test urine. Semua ok.. tapi kenapa nama Ibu jadi Nurfaizatul Maria???? Siapa tu??? Tapi no ic Ibu betul. Eeee.. benci betul la. Lepas tu Ibu pergi timbang berat. Berat Ibu dah 45kg. Nurse buat test darah untuk hemoglobin. 1st result 8 je? 2nd result naik sikit jadi 9.4 je. Senior nurse buat test pulak kat Ibu. 2 kali Ibu kena cucuk kat jari. 3rd result turun balik jadi 8. Arrghhhh... stress Ibu bila tengok result-result tu. Ibu dah ikut semua yang nurse suruh. Tapi makin turun pulak bacaan hemoglobin Ibu. Sedih..

Nurse yang selalu Ibu jumpa takde harini. Kawan dia yang ganti. Q&A sikit-sikit, lepas tu Ibu kena makan sebijik lagi iron tablet untuk supplement harian. Ni semua sebab hemoglobin rendah. Disebabkan tu juga, Ibu kena ambil darah 1 tiub untuk buat test kat makmal. Resultnya menaik jadi 10. Alhamdulillah.. tak la rendah sangat.

Lepas tu nurse nak check perut. Ibu pun baring. Dia tengok kaki Ibu tak bengkak. Good! Nurse tekan-tekan perut Ibu. Kuat dia tekan kat area pundi kencing Ibu. Dia kata maybe kepala baby kat bawah sebab terasa keras. Anak Ibu dah tak duduk diam masa tu. Terkejut nurse kacau baby ye.. Nurse check heartbeat baby. Dia pelik sebab heartbeat baby laju sangat. Dalam hati Ibu cakap memang la laju.. dah kacau anak Ibu tadi. Terkejut la baby... Ibu pujuk-pujuk baby, baru baby bertenang dan heartbeat baby pun normal. Adoi nurse.. tu pun tak boleh fikir ke. Tergelak nurse bila nampak perut Ibu bergerak. Baby marah kat nurse ye... hehe Sorry sayang..

Nurse nasihatkan supaya Ibu control makan. Hah?? badan Ibu yang kecil ni pun kena jaga makan juga ye? Haishhh... Ibu tak gemuk pun la. Ibu makan bila Ibu lapar je. Bukan Ibu saje-saje makan. Kesian kat anak Ibu bila lapar.

Nurse bagitahu harini Ibu kena ambil suntikan kancing gigi. What??? Kena cucuk lagi la ni.. Oh cry... Nurse bagitahu cucuk kancing gigi ni sakit sikit. Tangan akan rasa lenguh. Kalau demam selama 3 hari, kena jumpa doktor balik. Nurse pun cucuk la Ibu... ternyata... memang sakit pun. Tangan Ibu tak boleh angkat barang berat sangat. Terasa bengkak kat bahu kiri Ibu. Demi baby, Ibu tahankan juga.

Masa tu Ibu dah lapar sangat. Tapi Ayah ajak teman carikan air mineral untuk sekolah. Sebelum pergi beli, Ayah bawa pergi makan dulu. Habis Ibu makan. Rasa macam tak cukup pun ada. Hehe Dah habis membeli-belah, Ibu dan Ayah pun balik rumah. Ibu keletihan... lepas mandi Ibu terus tidur. Ibu kecewa pergi klinik harini sebab ada je yang tak kena. Cucuk jarum sana sini. Sakit!!! Tapi tak pe la. Sakit ni sementara sahaja. Saaaaayang anak Ibu!

~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers