Monday, April 1, 2013

MGTT a.k.a. Minum Air Gula

28 Mac 2013 - Khamis

HUKM - Tepat pukul 12 tengah malam, Ibu dah kena berpuasa. Ibu tak boleh makan atau minum sampai la pukul 8am. Sampai je HUKM, Ibu kena ambil darah, pastu minum 1 cawan air gula yang tersangat manis. Melekit rasanya tekak Ibu. Tapi nak tak nak, Ibu kena minum juga. Doktor nak check sama ada Ibu ada kencing manis atau tak.

Kesian kat anak Ibu. Selalunya pagi-pagi lagi Ibu dah bagi baby makan. Tapi harini tak. Memberontak baby dalam perut Ibu. Ibu terpaksa la sayang. Ikutkan Ibu pun lapar juga. Kita kena kuat tau. Elok habis je air gula tu, kakak makmal tu bagi kertas. Katanya pukul 10.15am nanti datang balik tapi masih tak boleh makan lagi.

Konon-konon macam sedap je kan?
Manisssss...
Ibu dan Ayah pun berehat la kat luar klinik. Ibu main game, internet, semua la nak isi masa sampai pukul 10am. Lebih kurang pukul 8.45am, Ibu dah rasa lain macam. Rasa nak muntah, pening-pening, rasa melayang. Sekali dua Ibu boleh tahan lagi. Ibu ubah tempat duduk yang ada angin sikit. 5 minit kemudian, weekkkkkkk.... alamak.... air gula tadi terkeluar la. Aduhai.. camne ni. mesti kena marah nanti. Emmm.. lantak la. Dah nak terkeluar.. nak buat camne. Lepas muntah tu, sedap je Ibu tidur kat bahu Ayah. Ibu rasa lembik sangat masa tu. Rasa macam morning sickness pulak. Tambah lagi tekak Ibu masa tu masih sakit. Kejap kejap batuk, selsema, rasa macam nak demam.

Tik tok tik tok... Dah pukul 10.15am.. Ibu dengan Ayah pun pergi la masuk makmal balik. Tunggu kejap je. Orang makmal ambil darah Ibu lagi. Kiri kanan tangan Ibu kena cucuk jarum. Tapi yang kanan ni bengkak sikit. Sakit! tapi tak pe la.. demi baby, Ibu sanggup tahan sakit. Result tunggu minggu depan Ibu jumpa doktor Natasha.

Lepas tu Ibu balik. Ibu tak larat nak masuk office. Berpinar rasanya mata Ibu ni. Dalam pening-pening tu, sampai juga Ibu kat KL Tower. Haaa... best sangat. Along belanja Ibu dan Ayah. Sepanjang hidup Ibu, ni baru pertama kali naik ke KL Tower. hehe

With Shifa ~ Sepupu baby
@ KL Tower
Ibu & Ayah
Petang tu Ayah bawa pergi makan roti nan. Tapi masa tu tak de lagi roti nan. Kena tunggu pukul 6. Sementara tunggu tu, kami pergi jalan-jalan kat Sogo. Ayah ajak pergi tengok barang baby. Mulanya nak tengok je. Sekali terambil la pulak. hehe rezeki anak Ibu kan.. So, ini la hasilnya...






Lepas pergi Sogo baru makan roti nan. Ermmm.. kenyang anak Ibu malam ni. Dah malam baru sampai rumah. Mandi, kemas-kemas sikit, baru Ibu tidur. Penat sangat rasanya harini. Tambah lagi badan tak berapa sihat. Huuu...

~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers