Monday, April 8, 2013

Mengidam Steamboat

5 April 2013 - Jumaat

Ibu tak tahu la sama ada Ibu yang teringin atau anak Ibu yang teringin sangat nak makan steamboat. Semalam lepas kerja Ayah bawa pergi flaming untuk makan steamboat, tapi meja full pulak. Automatik Ibu merajuk. Tapi yang sebenarnya anak Ibu yang merajuk. Ibu cuma jadi orang tengah antara baby dengan Ayah. hehehe Ayah pujuk pergi makan dekat restoran Haslam. Nak tak nak, Ibu pergi la jugak. Sebab Ibu dah lapar. Tapi mee bandung yang Ibu order tu tak kena dengan selera Ibu. Lepas makan, Ayah pujuk lagi pergi beli kek secret recipe. Balik rumah, Ibu makan sikit je. Anak Ibu merajuk lagi ye... Sampai Ibu panggil ajak main pun baby gerak sikit-sikit je.

6 April 2013 - Sabtu

Harini Ibu kerja sampai pukul 2pm. Ayah pun kerja juga. Lepas Ibu habis kerja, Ayah bawa pergi KL Festival. Dekat situ ada restoran steamboat namanya Seoul Garden. Orang bagitahu dekat situ sedap. So, kita try je k.

Dah ambil tempat, Ayah pun mula ambil makanan-makanan yang nak dimasak tu. Start makan dari pukul 3pm. Habis makan dalam pukul 5pm. Wah... lama betul makan. Memang betul-betul makan ni. Anak Ibu pun dah mula aktif. Ibu bergerak, anak Ibu pun bergerak. Lega rasanya sebab anak Ibu dah tak merajuk dah. hehe Thank you Ayah!


Lepas makan, kita window shopping pula. Ayah ajak masuk 1 kedai baby ni. Ibu cuma tengok-tengok je. Tapi acu Ikin pulak yang beriya suruh Ayah beli baju untuk baby. Siap paksa-paksa lagi. Nak tak nak, Ayah ambil dan bayar je la. Ikutkan je kehendak adik Ayah ni. So, inilah baju yang acu Ikin nak sangat tu. Thank you Ayah sebab bayarkan!

Baju untuk baby lagi...
Lepas shopping baju baby 2 helai, terus balik rumah sebab dah nak maghrib. Anak Ibu start dari makan steamboat, sampai la malam tak nak duduk diam. Aktif sangat-sangat. Anak Ibu happy ye sayang. Seronok Ibu main dengan baby. Anak Ibu dah kuat. Sampai timbul kulit perut Ibu baby tolak. hehehe Ibu tertidur kat ruang tamu teman Ayah tengok tv. Kejap-kejap Ibu terjaga sebab baby aktif sangat. Ibu dah tidur pun baby ajak Ibu main lagi ye.. Sayang anak Ibu ni..

~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers