Monday, April 29, 2013

Shopping Yang Tak Disengajakan

28 April 2013 - Ahad

Kalau ikutkan harini Ayah bekerja. Ada program di sekolah. Tapi Ayah settlekan kerja dia cepat-cepat, lepas tu bawa Ibu pergi jalan-jalan. Mula-mula sekali pergi Jusco Taman Maluri sebab dekat dengan sekolah Ayah. Ibu plan nak beli rak buku yang lekat kat dinding. Memang ada.. tapi Ayah tak berkenan. Katanya nanti kita tengok dekat Ikea. Design Ikea kemas sikit. Ok Ayah... Jalan-jalan masuk MPH Bookstore pulak. Dekat MPH Ayah belikan buku penyusuan baby untuk Ibu. Yeay... Ibu dapat buku. Kena study betol-betol ni. Ibu nak berikan yang terbaik untuk anak Ibu. In Syaa Allah...


Lepas tu Ayah bawa Ibu pergi One Baby World dekat Hulu Kelang. Itu kedai keperluan baby. Ibu dapat tahu sebab Ibu ada baca 1 blog ni. Tengok macam menarik. So Ibu buka la website kedai tu. Bila dah sampai, Ibu pun pusing-pusing tengok barang baby. Botol susu Tommee Tippee cute sangat. Mula-mula servey harga je. Sekali Ayah pergi tanya orang tu untuk set Tommee Tippee. Harganya lagi rendah dari dalam internet yang Ibu & Ayah servey. Fikir punya fikir, Ayah kata amik je. Yeay... anak Ibu dah ada botol susu yang sangat cute. Thank you Ayah!


Barang-barang lain yang Ibu & Ayah beli ialah...

Travel bag for baby
Barut baby / Nappy rash cream
Dapat voucher RM10 sebab belanja lebih RM500
Dah habis shopping kat OBW, Ibu ajak Ayah pergi KL Festival. Motif? Konon-konon bagi alasan beli barang Ayah siap-siap. Padahal dalam hati teringin sangat-sangat Rotiboy yang dah 2 kali tak dapat. Kesian anak Ibu. Sampai je sana, mula-mula beli barang Ayah. Lepastu buat muka kesian sikit dekat Ayah, dapat 1 bakul untuk keperluan rumah. Yeay... jalan-jalan sikit dalam tu, sebelum balik beli Rotiboy. Alhamdulillah... kali ni rezeki baby & Ibu.

Ayah dah penat.. Ibu dah sakit kaki. So... balik rumah berehat je. Anak Ibu baik harini. Tak ligat sangat macam semalam. Anak Ibu tidur ye...

~Ibu~

Friday, April 26, 2013

Jcard Member Day

23 April 2013 - Selasa

Horreay!!! Shopping time again...

Ayah bawa Ibu pergi Jusco Midvalley. Tujuan utama pergi sana sebab Ibu nak beli seluar maternity untuk Ibu. Malangnya harga mahal pulak. Takde diskaun pun. Cari punya cari, Ibu beli blouse je. Naik atas beli barang Ayah pula. And the most important, mestilah beli barang anak Ibu ni. Amik, pilih, berkenan, total bil barang baby seratus lebih. Lagi banyak dari barang Ibu dan Ayah. Ini lah barang-barang baby yang Ibu belikan...


Pin napkin / Set kepit kuku / Sikat
Stokin / Sarung tangan dan kaki
Cartoon napkin
Ibu tak boleh jalan banyak dah sekarang ni. Sebab Ibu cepat penat. Baby pun dah makin aktif sekarang. Suka buat perut Ibu mengeras. Kadang-kadang terasa sakit bila baby buat macam tu. Tapi disebabkan perasaan sayang tu sangat tinggi, Ibu tahankan juga. Janji anak Ibu happy dok dalam perut Ibu ni.. Ibu sayang baby sangat-sangat. Muaaahhh...

* Thanks Ayah sebab belikan baju Ibu & baby.. Sayang Ayah juga!

~Ibu~

Thursday, April 25, 2013

Pureen & Pigeon Warehouse Sale!!!

21 April 2013 - Ahad

Shopping lagi!

Ibu la orang paling excited kalau bab shopping ni. Pureen buat sale dekat warehouse dia. Ayah bawa Ibu pergi sana. Bila sampai sana... oh no! apa nak beli ni?? Rambang mata dibuatnya. Tapi slow2 Ibu tengok apa yang Ibu patut beli untuk baby. Ke hulu ke hilir, so ini lah hasilnya Ibu shopping kat Pureen...

Kelambu baby
Baju baby
Sarung tangan dan kaki
Bekas bedak / Cotton buds / Nose cleanser
Tikar tukar lampin
Baby wash head to toe
Bath towel / Face towel
Itu barang baby. Ini barang Ibu pula..

Maternity pad / Nursing pad
Lepas pergi Pureen warehouse, Ibu dan Ayah pergi Pigeon warehouse pula. Tapi Pigeon punya kecil je. Ini hasil shopping kat Pigeon...

Baby towel lagi




Pin Napkin
Selasa ni ada Jcard Member Day kat Midvalley. Kalau sempat, Ibu dan Ayah pergi shopping barang baby lagi ye. Baju baby dah banyak. Sekarang ni Ibu nak cari botol susu baby pula.

Anak Ibu dah kuat ye. Kalau baby kick perut Ibu, bergelombang perut Ibu tau. Tapi Ibu seronok tengok baby aktif. Ibu tahu anak Ibu ni sihat duduk dalam perut Ibu. Hehe Sayang baby...

~Ibu~

Friday, April 19, 2013

Check Up Lagi!

16 April 2013 - Selasa

Huwaaa... camne Ibu nak pergi check up kat KKIA. Kereta kena block la pulak. Ibu memang tak larat kalau bab tolak-tolak kereta. Ibu tak sekuat orang lain. Nak ajak Ayah, dia sibuk sangat kat sekolah. Ibu pujuk-pujuk Ayah, akhirnya berjaya juga. Yeay..

Pukul 2pm Ayah ambil Ibu kat rumah. Sampai klinik, Ibu test urine. Semua ok.. tapi kenapa nama Ibu jadi Nurfaizatul Maria???? Siapa tu??? Tapi no ic Ibu betul. Eeee.. benci betul la. Lepas tu Ibu pergi timbang berat. Berat Ibu dah 45kg. Nurse buat test darah untuk hemoglobin. 1st result 8 je? 2nd result naik sikit jadi 9.4 je. Senior nurse buat test pulak kat Ibu. 2 kali Ibu kena cucuk kat jari. 3rd result turun balik jadi 8. Arrghhhh... stress Ibu bila tengok result-result tu. Ibu dah ikut semua yang nurse suruh. Tapi makin turun pulak bacaan hemoglobin Ibu. Sedih..

Nurse yang selalu Ibu jumpa takde harini. Kawan dia yang ganti. Q&A sikit-sikit, lepas tu Ibu kena makan sebijik lagi iron tablet untuk supplement harian. Ni semua sebab hemoglobin rendah. Disebabkan tu juga, Ibu kena ambil darah 1 tiub untuk buat test kat makmal. Resultnya menaik jadi 10. Alhamdulillah.. tak la rendah sangat.

Lepas tu nurse nak check perut. Ibu pun baring. Dia tengok kaki Ibu tak bengkak. Good! Nurse tekan-tekan perut Ibu. Kuat dia tekan kat area pundi kencing Ibu. Dia kata maybe kepala baby kat bawah sebab terasa keras. Anak Ibu dah tak duduk diam masa tu. Terkejut nurse kacau baby ye.. Nurse check heartbeat baby. Dia pelik sebab heartbeat baby laju sangat. Dalam hati Ibu cakap memang la laju.. dah kacau anak Ibu tadi. Terkejut la baby... Ibu pujuk-pujuk baby, baru baby bertenang dan heartbeat baby pun normal. Adoi nurse.. tu pun tak boleh fikir ke. Tergelak nurse bila nampak perut Ibu bergerak. Baby marah kat nurse ye... hehe Sorry sayang..

Nurse nasihatkan supaya Ibu control makan. Hah?? badan Ibu yang kecil ni pun kena jaga makan juga ye? Haishhh... Ibu tak gemuk pun la. Ibu makan bila Ibu lapar je. Bukan Ibu saje-saje makan. Kesian kat anak Ibu bila lapar.

Nurse bagitahu harini Ibu kena ambil suntikan kancing gigi. What??? Kena cucuk lagi la ni.. Oh cry... Nurse bagitahu cucuk kancing gigi ni sakit sikit. Tangan akan rasa lenguh. Kalau demam selama 3 hari, kena jumpa doktor balik. Nurse pun cucuk la Ibu... ternyata... memang sakit pun. Tangan Ibu tak boleh angkat barang berat sangat. Terasa bengkak kat bahu kiri Ibu. Demi baby, Ibu tahankan juga.

Masa tu Ibu dah lapar sangat. Tapi Ayah ajak teman carikan air mineral untuk sekolah. Sebelum pergi beli, Ayah bawa pergi makan dulu. Habis Ibu makan. Rasa macam tak cukup pun ada. Hehe Dah habis membeli-belah, Ibu dan Ayah pun balik rumah. Ibu keletihan... lepas mandi Ibu terus tidur. Ibu kecewa pergi klinik harini sebab ada je yang tak kena. Cucuk jarum sana sini. Sakit!!! Tapi tak pe la. Sakit ni sementara sahaja. Saaaaayang anak Ibu!

~Ibu~

Ronda-ronda Time!

13 April 2013 - Sabtu

Ibu tak sihat sekali lagi. Ibu rasa macam nak demam. Ibu sakit tekak dan yang paling teruk Ibu selsema. Kesian dekat anak Ibu sebab asyik bergegar je bila Ibu batuk dan bersin. Memang Ibu lemah dan lembik. Ibu ada kat kampung Ayah ni. Ibu nak enjoy kat kampung pun terbatas. Ibu banyak berehat je.

Lepas zohor Ayah ajak Ibu pergi Teluk Intan. Dekat sana Ayah belikan susu kambing Hi-Goat. Ayah belikan ubat selsema jugak untuk Ibu. Tapi Ibu takut nak makan ubat tu. Takut ade effect kat baby. So Ibu tengok je la ubat tu. Hehe Ayah ada bagitahu ubat tu untuk orang mengandung. Tapi Ibu tetap taknak juga.

Ibu dan Ayah ronda-ronda di Teluk Intan berdua. Ayah bawa Ibu makan mee rebus yang sangat sedap kat Teluk Intan. Emmm... licin Ibu dengan baby makan. Dah habis pusing-pusing, kami pun balik rumah. Penat... padahal jalan sikit je pun.

~Ibu~

Monday, April 8, 2013

Ibu @ 6 Months

8 April 2013 - Isnin

Takde apa yang Ibu nak update. Cuma nak share gambar keadaan perut Ibu dalam 6 bulan ni. Lebih kurang 3 bulan je lagi baby nak keluar. Huhu

* Nervous * Risau * Excited * Happy * Tak Sabar * Takut * In Syaa Allah...

* 24 Weeks

* 24 Weeks juga

~Ibu~

                                                            

5th Maternity & Baby Expo @ Midvalley

7 April 2013 - Ahad

Malam tadi Ibu tak boleh tidur lena. Kaki Ibu tiba-tiba kejang tak boleh bergerak. Cepat-cepat kejutkan Ayah suruh urutkan kaki. Lega sikit bila dapat urut. Tapi terasa juga sakitnya sikit-sikit lagi. Lepas dari kekejangan tu, anak Ibu aktif balik. Ajak Ibu main lagi macam semalam. Ibu ngantok sangat masa tu. Ibu dapat peluk baby je. Sorry sayang.. Ibu letak tangan Ibu kat perut Ibu. Baby pun main la sorang-sorang. Ibu tidur pun tak lena. Tak pe la.. janji anak Ibu happy.

Hari dah siang.. Ibu bangun tidur, kemas bilik, iron baju, sarapan keropok lekor. Lepas tu bersiap nak pergi Midvalley sebab ada baby expo.

* Ayah

* Ibu
Belum pukul 10am lagi, depan pintu masuk tu dah ramai orang menunggu. Ibu dan Ayah pun sama-sama la menunggu pintu tu buka. Bila buka je, semua orang serbu masuk. Mula-mula sekali Ibu dengan Ayah daftar diri dulu. So dapat la beg dengan gift sikit. Antara gift yang dapat cuma ubat gigi kodomo lion, voucher vitamin, pastu pamplet expo tu. Ibu dan Ayah ada bagi nama untuk lucky draw. Nasib je tu.. dapat ke tak dapat, tu belakang cerita. Janji Ibu mencuba.

Errr... ramainya orang

1st, Ayah suruh daftar untuk melanggan majalah Pa&Ma. Ok.. Ibu pun isi borang langganan. Ayah belikan Pa&Ma untuk bulan Mei. Dah settle semua, orang tu suruh pilih hadiah. Wah! menarik ni.. belum apa-apa lagi baby dah dapat hadiah. Dalam banyak-banyak hadiah, Ibu pilih kain kendong baby. Sebab hadiah yang lain cuma hamper susu je. Jumlah bayaran langganan RM106 untuk setahun. Kain kendong baby tu harganya RM159. Haaa... berbaloi tak? Rezeki anak Ibu awal pagi ahad ni. hehe Gift yang lain Ibu dapat 4 kotak susu dutch lady, buku nota, pembaris kertas, pastu sample syampu melambak-lambak.

Free sling untuk baby
2nd, bermula la journey mencari barang-barang baby. Ibu dan Ayah pusing 2 kali dalam kawasan expo tu. Orang ramai sangat-sangat. Ibu pegang je perut Ibu sebab takut orang terlanggar anak Ibu tengah tidur (baby tidur ke tengah main lagi?) hehe So, inilah hasilnya Ibu dan Ayah belikan untuk baby.

Baju Polo untuk baby
Cute bibs for you my dear baby
Baby legging
Soft toy - Lion
2 barut / topi, sarung tangan & kaki / sapu tangan

                                                                      
                                                                 
                                                            
                                                                      
Baby wipes
3rd, selain barang baby, Ayah belikan barang Ibu juga. Ayah belikan set bersalin Tanamera untuk Ibu. Ibu akan pakai masa berpantang nanti.

4th, Ayah ajak pergi Carrefour untuk beli barang rumah pula. Masa tu Ibu kuat. Boleh berjalan lagi. Tiba-tiba sampai dekat tempat sayur dan buah, Ibu rasa pening nak pitam. Dan memang Ibu pitam masa tu. Ibu hampir pengsan. Ibu dah tak dengar orang sekeliling cakap. Pandangan Ibu jadi gelap dan berpusing. Nasib baik ada dinding, boleh juga Ibu bersandar. Ibu terduduk untuk legakan keadaan. Ibu minum air masak, Ibu berehat 5 minit. Alhamdulillah.. keadaan Ibu dah stabil semula. Dalam masa pening-pening tu, sempat juga Ibu snap gambar untuk masuk contest. hehe Hope ada rezeki untuk menang. Sebelum balik, Ayah belikan roti untuk Ibu makan buat alas perut. Keadaan Ibu beransur pulih.

Muka lepas pitam.. hehe
Dah sampai rumah, Ibu jadi pening balik. Cepat-cepat Ibu kemas barang shopping tadi, lepas tu Ibu tidur sekejap. Ibu takut jadi macam tadi lagi. Ibu tidur, tapi baby main dalam perut Ibu. Bergegar perut Ibu baby buat. Lepas bangun tidur, Ibu layan sekejap kerenah anak Ibu ni. Sampai ke malam anak Ibu ni main. Masuk je 6 bulan, macam-macam akal anak Ibu ni buat dalam perut Ibu. Nakal anak Ibu ni... Nakal-nakal baby, Ibu tetap sayang juga..

* Big thanks to Ayah sebab belanja beli barang baby dan Ibu. Love you Ayah!

~Ibu~


Mengidam Steamboat

5 April 2013 - Jumaat

Ibu tak tahu la sama ada Ibu yang teringin atau anak Ibu yang teringin sangat nak makan steamboat. Semalam lepas kerja Ayah bawa pergi flaming untuk makan steamboat, tapi meja full pulak. Automatik Ibu merajuk. Tapi yang sebenarnya anak Ibu yang merajuk. Ibu cuma jadi orang tengah antara baby dengan Ayah. hehehe Ayah pujuk pergi makan dekat restoran Haslam. Nak tak nak, Ibu pergi la jugak. Sebab Ibu dah lapar. Tapi mee bandung yang Ibu order tu tak kena dengan selera Ibu. Lepas makan, Ayah pujuk lagi pergi beli kek secret recipe. Balik rumah, Ibu makan sikit je. Anak Ibu merajuk lagi ye... Sampai Ibu panggil ajak main pun baby gerak sikit-sikit je.

6 April 2013 - Sabtu

Harini Ibu kerja sampai pukul 2pm. Ayah pun kerja juga. Lepas Ibu habis kerja, Ayah bawa pergi KL Festival. Dekat situ ada restoran steamboat namanya Seoul Garden. Orang bagitahu dekat situ sedap. So, kita try je k.

Dah ambil tempat, Ayah pun mula ambil makanan-makanan yang nak dimasak tu. Start makan dari pukul 3pm. Habis makan dalam pukul 5pm. Wah... lama betul makan. Memang betul-betul makan ni. Anak Ibu pun dah mula aktif. Ibu bergerak, anak Ibu pun bergerak. Lega rasanya sebab anak Ibu dah tak merajuk dah. hehe Thank you Ayah!


Lepas makan, kita window shopping pula. Ayah ajak masuk 1 kedai baby ni. Ibu cuma tengok-tengok je. Tapi acu Ikin pulak yang beriya suruh Ayah beli baju untuk baby. Siap paksa-paksa lagi. Nak tak nak, Ayah ambil dan bayar je la. Ikutkan je kehendak adik Ayah ni. So, inilah baju yang acu Ikin nak sangat tu. Thank you Ayah sebab bayarkan!

Baju untuk baby lagi...
Lepas shopping baju baby 2 helai, terus balik rumah sebab dah nak maghrib. Anak Ibu start dari makan steamboat, sampai la malam tak nak duduk diam. Aktif sangat-sangat. Anak Ibu happy ye sayang. Seronok Ibu main dengan baby. Anak Ibu dah kuat. Sampai timbul kulit perut Ibu baby tolak. hehehe Ibu tertidur kat ruang tamu teman Ayah tengok tv. Kejap-kejap Ibu terjaga sebab baby aktif sangat. Ibu dah tidur pun baby ajak Ibu main lagi ye.. Sayang anak Ibu ni..

~Ibu~

Friday, April 5, 2013

6 Months Check Up

3 April 2013 - Rabu

Dah genap 6 bulan anak Ibu dalam kandungan Ibu. Anak Ibu pun dah makin besar, dah makin pandai, aktif bermain dalam rahim Ibu, dengar dan bagi respon bila Ibu panggil baby. Macam biasa.. Ibu kena ambil berat dulu. Bulan ni berat Ibu naik 2kg lagi. Jadinya 44.5 kg. Wah... dah berat ni. Mesti boleh cecah 50kg kalau asyik naik 2kg je tiap bulan.

Doktor suruh scan dulu. Again... anak Ibu tutup muka lagi. Anak Ibu malu nak tunjuk muka kat Ibu dan Ayah ye. Tapi anak Ibu tak malu pulak tunjuk nonet dia kat Ibu dan Ayah. hehe Buat Ibu dengan Ayah tergelak je tengok perangai baby ni tau. Lepas diukur semuanya, berat anak Ibu dah 647g. Emmm... dah berat tu. Patut la Ibu cepat mengah bila jalan jauh atau naik tangga. Tak pe la.. janji anak Ibu sihat k..

Berkenaan dengan result MGTT @ air gula, doktor bagitahu result not valid. Why??? Sebab Ibu muntah.. Alahai.. doktor boleh tahu la pulak. Kantoi sudah.. Tapi doktor Natasha tak marah. Dia bagitahu nanti kandungan dah 30weeks, repeat balik. Alahai.. kena minum sekali lagi ke. Huuu...

Q & A sikit-sikit dengan doktor, lepas tu check perut, then balik.. Ibu berehat dekat rumah harini. Anak Ibu sangat aktif harini. Dari pagi sampai malam main. Excited sangat la tu Ibu cuti harini. Dapat main-main dengan Ibu ye. Ibu dan Ayah sentiasa sayang anak Ibu ni. Tak sabar nak tunggu baby keluar.

~Ibu~

Monday, April 1, 2013

Tak Sihat

29 Mac 2013 - Jumaat

O'ooo.. Tekak Ibu makin sakit. Batuk makin kuat. Selsema pulak. Hidung kejap tersumbat, kejap tak. Oh tak selesanya harini. Tapi Ibu terpaksa pergi office juga. Along balik Johor harini. Ikutkan malam ni Ayah ajak balik Ipoh.

Sampai je office, manager Ibu tanya Ibu sihat ke? Sebab dia nampak Ibu lembik, mata macam bengkak sikit. Ibu pun geleng la kepala, cakap not feeling well. Dia bagi green light kat Ibu suruh balik rumah. Dalam hati Ibu lompat-lompat seronok. hehe Tapi Ibu tunggu sampai pukul 1pm. Ibu ambil halfday je. Ibu settlekan kerja, pastu Ayah ambil Ibu balik rumah.

Kat rumah Ibu lunch, Ayah pergi solat Jumaat. Lepas tu Ibu berehat. Bila Ayah dah balik, Ayah ajak pergi The Mall. Sebab The Mall dah nak tutup. So dia buat sales untuk semua barang. Ibu pun apa lagi.. cepat-cepat serang tempat baby. Malangnya department baby dah banyak yang habis barangnya. Ibu dapat beli 1 set baju jaring dengan seluar je. Jadi la tu ye sayang. Minggu depan ada expo kat Midvalley, nanti kita shopping lagi ok. Harini banyak shopping barang Ibu dengan Ayah je. hehe

Ni je untuk anak Ibu...

                                                               * Baju jaring line pink

                                                                      * Long pants

Malam tu pulak, Ayah dan Ibu balik Ipoh. Yeay!!!

~Ibu~

MGTT a.k.a. Minum Air Gula

28 Mac 2013 - Khamis

HUKM - Tepat pukul 12 tengah malam, Ibu dah kena berpuasa. Ibu tak boleh makan atau minum sampai la pukul 8am. Sampai je HUKM, Ibu kena ambil darah, pastu minum 1 cawan air gula yang tersangat manis. Melekit rasanya tekak Ibu. Tapi nak tak nak, Ibu kena minum juga. Doktor nak check sama ada Ibu ada kencing manis atau tak.

Kesian kat anak Ibu. Selalunya pagi-pagi lagi Ibu dah bagi baby makan. Tapi harini tak. Memberontak baby dalam perut Ibu. Ibu terpaksa la sayang. Ikutkan Ibu pun lapar juga. Kita kena kuat tau. Elok habis je air gula tu, kakak makmal tu bagi kertas. Katanya pukul 10.15am nanti datang balik tapi masih tak boleh makan lagi.

Konon-konon macam sedap je kan?
Manisssss...
Ibu dan Ayah pun berehat la kat luar klinik. Ibu main game, internet, semua la nak isi masa sampai pukul 10am. Lebih kurang pukul 8.45am, Ibu dah rasa lain macam. Rasa nak muntah, pening-pening, rasa melayang. Sekali dua Ibu boleh tahan lagi. Ibu ubah tempat duduk yang ada angin sikit. 5 minit kemudian, weekkkkkkk.... alamak.... air gula tadi terkeluar la. Aduhai.. camne ni. mesti kena marah nanti. Emmm.. lantak la. Dah nak terkeluar.. nak buat camne. Lepas muntah tu, sedap je Ibu tidur kat bahu Ayah. Ibu rasa lembik sangat masa tu. Rasa macam morning sickness pulak. Tambah lagi tekak Ibu masa tu masih sakit. Kejap kejap batuk, selsema, rasa macam nak demam.

Tik tok tik tok... Dah pukul 10.15am.. Ibu dengan Ayah pun pergi la masuk makmal balik. Tunggu kejap je. Orang makmal ambil darah Ibu lagi. Kiri kanan tangan Ibu kena cucuk jarum. Tapi yang kanan ni bengkak sikit. Sakit! tapi tak pe la.. demi baby, Ibu sanggup tahan sakit. Result tunggu minggu depan Ibu jumpa doktor Natasha.

Lepas tu Ibu balik. Ibu tak larat nak masuk office. Berpinar rasanya mata Ibu ni. Dalam pening-pening tu, sampai juga Ibu kat KL Tower. Haaa... best sangat. Along belanja Ibu dan Ayah. Sepanjang hidup Ibu, ni baru pertama kali naik ke KL Tower. hehe

With Shifa ~ Sepupu baby
@ KL Tower
Ibu & Ayah
Petang tu Ayah bawa pergi makan roti nan. Tapi masa tu tak de lagi roti nan. Kena tunggu pukul 6. Sementara tunggu tu, kami pergi jalan-jalan kat Sogo. Ayah ajak pergi tengok barang baby. Mulanya nak tengok je. Sekali terambil la pulak. hehe rezeki anak Ibu kan.. So, ini la hasilnya...






Lepas pergi Sogo baru makan roti nan. Ermmm.. kenyang anak Ibu malam ni. Dah malam baru sampai rumah. Mandi, kemas-kemas sikit, baru Ibu tidur. Penat sangat rasanya harini. Tambah lagi badan tak berapa sihat. Huuu...

~Ibu~

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers