Thursday, October 23, 2014

Entry Balas Dendam

20 Oktober 2014 - Khamis

Assalamualaikum wbt

Ok now Ibu nak minta maaf banyak2 sebab dah laaaaaama sangat Ibu tak update blog Ibu ni. Actually lepas Ibu bersalinkan Farish, Ibu tersangat la sibuk. Kadang-kadang nak uruskan diri sendiri pun tak sempat. Ibu tak biasa lagi nak uruskan hal Farish, rumah, dan hal Ibu sendiri. But now Ibu dah boleh uruskan dengan cepat. Ibu update sikit2 je la ye. Kiranya kesimpulan kehidupan Farish selama 1 tahun ni.

Lepas Farish sunat, lepas cukur jambul, Ibu buat kenduri aqiqah untuk Farish dekat kampung Ayah. Tapi agak lama jugaklah gap dari tarikh Farish lahir. Tapi takpe. Tak jadi masalah pun. Alhamdulillah semua tanggungjawab yang wajib Ibu Ayah kepada Farish dah kami selesaikan. Cuma nak bagi didikan yang terbaik sahaja lepas ni.

Selama Farish hidup dengan Ibu & Ayah, macam2 hal, dugaan yang Ibu Ayah hadapi. Ada masanya Farish demam. Tiap kali berubah ke bulan baru, Farish mesti demam. Ibu tersangat la risau. Mana tak nye. Farish kalau demam nak menempek dengan Ibu je. Farish taknak dengan orang lain. So tiap kali Farish demam, Ibu la yang kena cuti jaga Farish. Dalam stress jaga Farish tu, Ibu happy sebab Ibu dapat rasa pengalaman jadi Ibu. Seronok... memang kadang2 Ibu akui Ibu rasa nak marah bila Farish asyik merengek je. Tapi jujur Ibu kata... Ibu tetap sayang Farish. Marah kejap je. Maybe masa tu Ibu tengah penat sgt2. Bila tengok Farish senyum, hilang terus penat, stress, letih Ibu. Farish ada magic!

Lagi satu, Ibu tersangat la susah hati bila Farish pergi tempat kotor. Nak tahu sebab ape? Sebab kulit Farish sangat sensitif. Farish sensitif dengan habuk. Tambah lagi kalau habuk simen. Huisshhhh.... tak lama lepas tu, habis merah2 1 badan Farish. Telinga membengkak, badan naik merah2, Farish pun asyik mengamuk je. Banyak kali jugak la jadi camtu. Selain tu, Farish allergic dengan seafood. Ibu tak boleh makan udang dengan ketam. Kalau x, Farish akan gatal2. Sebab Farish menyusu dengan Ibu. But now after 1 year, Farish dah tak allergic seafood. Ibu makan udang, tapi Farish tak gatal2 dah even Farish menyusu dengan Ibu.

Oh ya.. cakap pasal menyusu, alhamdulillah cukup 6 bulan Farish fully breastfeeding dengan Ibu tanpa campuran susu formula. Ibu gigih pam susu setiap hari untuk buat stok susu ebm Farish. After 6 months, Ibu mula bagi makan kat Farish. Ibu start bagi makan puree buah, puree sayur, etc. Farish tersangat suka epal. Until now bila nampak epal, Farish ngap sampai habis. Farish suka makan semua buah kecuali buah durian. Emmm... hantu buah tapi tak makan raja buah.

Rasanya masuk 10 bulan Farish dah start campur susu formula. Bukan sebab Ibu malas pam susu. Tapi susu badan Ibu dah makin kurang. Stok bawa pergi rumah Tok pengasuh pun makin kurang. Susu formula sebagai back up bila susu Ibu habis. Ibu tersangat la risau bila Farish taknak minum susu formula bila ada Ibu. Tapi dengan Tok pengasuh ok pulak. Ngada2 ye... Time puasa susu badan Ibu dah semakin kurang lagi. Ibu dah tak boleh buat stok susu lagi dah. Time kat rumah, Farish menyusu badan dengan Ibu. Time kat rumah Tok pengasuh, Farish minum susu formula. Sorry sayang... tu je yang Ibu mampu buat. Atleast Ibu dah capai target 6 bulan menyusu penuh dengan Ibu. But now Farish dah 1 tahun 3 bulan. Tapi masih lagi diberi rezeki untuk menyusu susu Ibu walaupun tak berapa banyak lagi ni. Syukur... Ibu tak dapat bayangkan kalau Farish putus susu dengan Ibu. Ibu yang nangis kot. Huwaaaa..

Ok now perangai Farish. Dari Farish lahir, sampai la sekarang ni, macam2 perangai Farish tunjuk kat Ibu Ayah. Time Farish kecik, Farish jarang merengek. Tapi kerap terjaga tengah malam. Dengan mamai2 Ibu bangun susukan Farish sampai sakit pinggang Ibu. Dari terbaring, Farish dah boleh meniarap, mengesot, merangkak, mula berdiri, jalan2 jatuh, and now dah boleh jalan sendiri dan sedang berlajar berlari sekarang ni. Dari segi perbuatan, Farish mula dengan lompat2. Farish belajar bercakp dadadda... bububu... blablabla... Fraish dah pandai tengok kartun. Bila nampak iklan ceria, Farish sangat suka. Ibu ajar Farish sayangkan kucing. Hasilnya tiap kali jumpa kucing, Farish panggil cat sambil hulur tangan macam panggil sambil buat bunyi panggil kucing. Oh so cute kamu Farish. Farish dah kenal cat. Tapi Farish confuse cat dengan dog. Farish nampak dog tapi Farish panggil dog. Aiyakkkk... takpe2.. nanti Ibu explain k. Tiap kali Ibu bukak Youtube lagu abc @ lagu kanak2, Farish tekun tengok.

Farish pandai menari goyang2 badan. Farish pandai tepuk tangan bila Ibu nyanyi lagu tepuk amai2. Farish dah pandai hi-5 dengan Ayah. Tapi susah Ibu nak ajar kamu bersalam dengan orang. Hisshhh... Tapi anak Ibu tak takut dengan orang. Selain Ibu Ayah, kalau orang lain dukung Farish, Farish ok je. Tak nangis2 pun. Sampaikan Ibu kat shopping complex, ade orang nak dukung Farish. India pulak tu.. emmm... Ibu bagikan je. Ibu Ayah pergi Secret Recipe, ade sorang makcik ni tolong jaga Farish sebab dia nak main dengan kamu. Pun kamu diam jugak. Tak nangis pun. Good boy! Macam2 Farish dah pandai. Now level menari Farish makin meningkat. Dah start goyang2 bontot, hentak2 kaki, pusing2 tangan. Sekarang jugak Ibu tengah ajar Farish menulis @ pegang pensel. Pandai Farish conteng. Time pergi check up setahun 3 bulan, nurse bagi pensel. Habis meja nurse Farish conteng. Sel2 otak sedang berhubung la tu.

Farish seorang yang sangat aktif dan ligat. Tambah lagi sekarang ni Farish dah dapat kaki. Asyik nak turun dari didukung je. Pastu nak main kejar2. Fuhhhh... letih Ibu dibuatnye nak mengejar Farish. Tenaga Farish sangat banyak. Makan pun banyak tapi badan susah nak naik. Maybe sebab baka Ibu Ayah kecik kot. Tak pun metabolisma Farish sangat tinggi macam Ibu. So tiap kali pergi check up, berat Farish mesti underweight. Aiyakkk... Tapi takpe.. janji Ibu tahu anak Ibu sihat.

Setahun 3 bulan. Farish dah makin mengada-ngada. Kalau tak dapat sesuatu, Farish mula merajuk. Nangis kuat2. Jatuhkan badan berguling kat lantai. Hai la Farish... Ibu kamu ni kecik je. Kadang2 tak larat nak handle kamu yang makin besar dan berat. Nasib baik ada Ayah yang boleh back up Ibu untuk jaga kamu. 1 Farish = 10 Farish. Grrrrr.... makin ligat kamu sekarang ni. And now Ibu dapat detect Farish makin manja. Makin mengada-ngada. Asyik nak menempek dengan Ibu. Ibu lari g dapur kejap pun dah nangis. Suka meraba Ibu time menyusu. Kalau tidur tu mesti nak pegang Ibu. Dulu dapat pegang sikit pun jadi la. But now kaki, tangan mesti kat atas badan Ibu. kadang2 kepala pun atas tangan Ibu. Tak dapat la Ibu nak peluk2 Ayah. Kesian Ayah...

Dalam seminggu jugak la Ibu notis perubahan ni. And now Ibu dah tahu kenapa Farish jadi macam tu. Reason nya sebab Ibu pregnant lagi. Means Farish akan dapat adik tahun depan (2015) In syaa Allah. Baru semalam 22/10/2014 Ibu check urine. Keputusannya positif. Syukur alhamdulillah... Means Ibu dah tak sakit macam dulu. Farish, walaupun Ibu pregnant, tapi Ibu still sayang Farish. Sama je macam dulu sampai sekarang. Sebagai Ibu, kasih sayang Ibu tetap sama untuk semua anak2 Ibu. Kalau Ibu ada 10 orang anak pun, Ibu tetap bahagikan sama rata kasih sayang Ibu. Jangan risau ye sayang. Untuk anak Ibu nombor 2, Ibu harap kamu sihat2 dalam perut Ibu selama 9 bulan sama macam abang kamu Farish dulu ye. But Ibu tahu kali ni dugaan mengandung anak ke2 sangat mencabar sebab Ibu mengandung sambil menyusukan Farish. Yeaahhhh... i'm a supermom!

Ok lah.. next entry Ibu akan update perkembangan anak Ibu yang nombor 2 ni pulak. Abg Farish jangan sedih... Ibu akan update perangai kamu yang makin mengada-ngada ni sejak Ibu tahu Ibu mengandung lagi. Kite tengok perangai ape lagi Farish nak buat.

Ibu sayang anak2 Ibu.

~Ibu~


No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers