Thursday, October 23, 2014

Farish Baby Susu Ibu

18 October 2013 - Jumaat

Dari Farish dalam perut lagi Ibu dah berazam untuk menyusukan Farish dengan susu Ibu sahaja sampai umur Farish 2 tahun (In syaa allah). Ibu usahakan beli pam susu manual dulu sebab Ibu tak tahu lagi susu Ibu banyak ke tak. Nanti terus beli yang elektrik, membazir pulak kalau tak guna. So Ibu buat preparation untuk susukan Farish sebelum bersalin lagi.

Pam susu = Done
Botol Storage = Done
Deep Freezer = Done (Beli lepas bersalin)
Bacaan pengurusan susu Ibu = Done
Cooler Bag = Done
Ice Pack = Done
Nursing cover = Done
Nursing bra = Done
Breast pad = Done

Yeay... semua dah ada. So lepas bersalin, Ibu terus susukan Farish walaupun masa tu susu Ibu tak keluar lagi. Kalau ada pun, kolestrum je. Ibu berdoa banyak-banyak supaya susu Ibu melimpah ruah. Ibu makan kurma tiap hari untuk banyakkan susu. Alhamdulillah.. Hari kedua lepas bersalin, susu Ibu banyak keluar. Sampai basah baju Ibu. Masa tu Ibu dalam wad lagi. Farish tak berapa pandai lagi nak menyusu. Tapi Ibu usahakan juga ajar anak Ibu ni hisap susu. Nurse pun bantu Ibu ajar Farish.

Dalam usaha susukan Farish, kena juga anak Ibu ni jaundice. Aiyaaakkk... Ibu tetap susukan Farish sekerap yang mungkin. Dengan susu Ibu, kuning Farish beransur pulih. Syukur... Dalam masa yang sama Ibu cuba kumpulkan stok susu dalam deep freezer untuk Farish guna bila duduk dengan pengasuh.

Walaupun tak banyak macam Ibu orang lain, Ibu berjaya kumpulkan lebih kurang 50 botol x 5oz untuk setiap botol. In syaa allah cukup untuk anak Ibu ni. Penuh peti ais belah atas dengan susu Farish je. Seronok Ibu tengok susu Farish banyak. Tapi Ibu tetap kumpulkan susu untuk top up mana yang dah bagi kat pengasuh Farish.

Ibu berdoa supaya susu Ibu melimpah ruah sampai umur Farish 2 tahun. Sekurang kurangnya 6 bulan pun jadi la. Sebab bila Farish 6 bulan, Ibu dah boleh bagi Farish makan. So demand susu maybe dah kurang sikit. Takde la bergantung dengan susu 100%.

Selama 3 bulan ni, Ibu tengok Farish suka sangat minum susu Ibu. Sampai nangis-nangis kalau Ibu cabut puting tiba-tiba. Tak puas ye sayang.. Susu Ibu banyak.. Susu Ibu sedap.. Sebab tu Farish suka. Ibu pun suka bila Farish breastfeed Ibu. Ibu harap dengan susu Ibu ni, Farish tak degil, dengar cakap Ibu, sayang dekat Ibu, hormat Ibu, semua yang baik-baik la. Ibu tak nak bagi susu formula dekat Farish sebab susu formula kurang khasiatnya berbanding susu Ibu. Biar la Ibu penat, terpaksa berjaga malam semata-mata untuk perah susu, Ibu sanggup. Janji Farish dapat yang terbaik. Ibu taknak Farish degil macam lembu. Hehe

Ibu minta Farish pun sama-sama berdoa supaya susu Ibu sentiasa ada untuk anak Ibu ni. Lumrah ibu-ibu yang menyusu badan secara eksklusif, kadang susu banyak, kadang jatuh merudum. Tapi bila susu Ibu kurang, cepat-cepat Ibu cari minuman atau makanan yang boleh banyakkan balik susu Ibu ni. Alhamdulillah sepanjang proses menyusukan Farish ni, semuanya dipermudahkan walaupun Ibu terpaksa melarikan diri secara tiba-tiba masa shopping sebab Farish dah lapar. Segan malu semua dah tolak tepi. Biar la orang nak kata apa pun janji anak Ibu kenyang dan sihat.

Ibu saaayang anak susu Ibu ni... Muhammad Farish Zafran Bin Ismail Fauzi..

~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers