Thursday, October 23, 2014

Majlis Cukur Jambul & Kesyukuran Farish

24 Ogos 2013 - Sabtu

Ok.. masa untuk cukur rambut kamu tu sayang.. Ibu sayang sangat nak cukur rambut Farish tu sebab rambut Farish lebat sangat-sangat. Lembut pulak tu. Agaknye sebab tu kot perut Ibu asyik gatal je masa pregnant dulu. Tapi nak tak nak Ibu kena botakkan Farish juga sebab nak buang semua kekotoran masa Farish dalam perut Ibu dulu. Biar rambut baru yang sihat pulak tumbuh.

Waktu pagi Ibu bangun awal untuk siapkan Farish sebab Ibu kena kenyangkan Farish siap-siap. Nanti Farish boleh tidur dengan nyenyak masa orang marhaban. Lebih kurang pukul 10am marhaban bermula. Masa tu la rambut Farish kena gunting sikit-sikit. Sayangnyeeee... Tapi Ibu terpaksa untuk kebaikan Farish.

Ternyata.. Farish tidur lena diulik dengan alunan zikir dan bacaan al-quran. Duduk dalam buaian pulak tu. Ibu pulak yang risau takut Farish tiba-tiba mengamuk nak susu. Tapi Ibu silap... Farish tidur sampai pukul 12pm, sampai habis orang marhaban. Syukur...

Lepas marhaban selesai, ada bacaan doa kesyukuran. Then tetamu menjamu selera. Sedang orang tengah ramai datang rumah, maka kepala Farish pun siap sedia untuk digondolkan. Kesian sayang Ibu ni nangis-nangis sebab tak selesa kepala dia kena cukur. Dah penat Ibu pegang Farish, nenek pulak tolong pegangkan Farish. Lamanya nak kena tunggu sampai selesai sebab rambut Farish lebat sangat.

Tunggu punya tunggu, Farish dah botak. Yeay... Ayah mandikan Farish, Ibu pakaikan Farish baju, baru Ibu susukan Farish. Good boy anak Ibu ni. Tak meronta ronta teruk sangat. Saaayang Farish.. Bila Farish dah penat, Farish tidur dalam buaian bunga-bunga yang lawa tu. Farish cute sangat bila botak. Muka Farish sebijik macam Ibu masa baby dulu. Like mother like son. Love u sayang..

Dalam pukul 6pm selesai sudah kenduri cukur jambul & kesyukuran Farish. Fuhhhh... letihnya Ibu. Nek mak, tok baba, ayah, neyni, maklong zarina, paklong hassan, semua letih. Big thanks untuk semua yang terlibat dalam event ni. Terima kasih juga untuk semua yang bagi duit raya untuk Farish. Banyak Farish dapat duit raya.. Thank you!

Harapan Ibu, jadi anak yang soleh dan beriman ye sayang. Ibu Ayah sentiasa sayang Farish sampai bila-bila. Lepas ni Ibu sunatkan Farish pulak ye.

~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers