Thursday, October 23, 2014

Selamat Hari Raya Farish!

8 Ogos 2013 - Khamis

Harini hari raya aidilfitri yang pertama buat Farish. First time anak Ibu sambut raya. Raya pertama Farish masih di Ipoh sebab Ibu tak habis pantang lagi. Pagi raya Ibu sibuk siap-siapkan Farish. Ayah pun sama sibuk siapkan diri masing-masing. Ibu?? Masih lagi tak bersiap sebab sibuk buat kerja lain. Tak sempat Ibu nak bersiap, orang dah datang serang rumah Tok Baba.. Aiyaakkkk...

Tetamu yang datang semua sibuk nak jumpa Farish. Ibu bagi je laa... Farish kat depan, Ibu kat dapur tolong Nek Mak buat kerja. Walaupun Ibu dalam pantang, Ibu kuatkan diri untuk buat kerja. Dah habis orang datang, bila Ibu dukung Farish, Ibu tengok Farish tak selesa asyik mengeliat je. Sekali tengok dalam baju, ada duit raya laaaaa... Orang selit duit dalam baju Farish ye.. Heeee... Terima kasih semua..

Raya pertama memang tak kemana pun. Ayah dengan Farish tidur je dalam bilik. Emmm... sorry Ayah.. Ibu dalam pantang lagi. Tak boleh nak jalan-jalan sangat. Huhu.. Petang raya, sedara mara Ibu semua datang rumah. Raya tahun ni tak berapa meriah sebab baju raya pun takde. Apatah lagi kuih raya... Ape pun takde. Tunggu raya tahun depan laa.. Kita buat baju sedondon. Farish pun dah boleh pakai baju melayu masa tu.

Apa-apa pun,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT AYAH & FARISH

MAAF ZAHIR DAN BATIN...


~Ibu~

No comments:

Post a Comment

Percintaan Antara Ibu & Ayah

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Hidup Anak Ibu & Ayah

Lilypie Maternity tickers